window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross?

Faisal · Apr 28, 2023 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 01

Dari segi pandangan pertama, walaupun dengan wajah Parametric Jewel, visual yang disampaikan oleh Creta nampak lebih lasak atau dalam bahasa omputeh, ‘rugged’. Begitu juga pada bahagian dalam yang mana bahan yang digunakan adalah keras belaka.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 02

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 03

Perbatuan baru catat 59 km. Jadi, enjin kiranya belum 'break in'. Lepas dipandu lebih banyak, mungkin daya pecutan, kelancaran dan penggunaan petrolnya akan lebih cekap.

Untuk mereka yang mementingkan ketahanan atau penggunaan ala mengembara, mungkin ini pilihan yang lebih sesuai berbanding pendekatan ‘keluarga’ dan premium yang disampaikan oleh pesaing handal dalam segmen ini. Menariknya, kluster digital Hyundai memang si Honda dan Toyota tak boleh lawan kerana animasi dan grafiknya nampak lebih mengagumkan.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 04

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 05

Soal keselesaan pula, Hyundai Creta sebenarnya sedikit ‘kureng’ berbanding Hyundai Kona sendiri walaupun dengan ruang kabin yang begitu lapang. Perkara ini dapat dirasai melalui tempat duduk fabriknya yang tidak memberi sokongan menyeluruh pada bahagian depan. Tempat penyandar pada tempat duduk belakang pula terlalu kebawah dan bangkunya agak singkat, tidak mencecah belakang lutut.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 06

Dalam topik ini, suspensinya sendiri tidak seempuk Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross dan karakternya rasa sedikit kasar dan ‘kosong’. Body roll juga agak ketara sewaktu selekoh dan dari segi kadar penebat bunyi, tahap kesenyapan kabinnya tidak sehebat Corolla Cross. Barangkali hanya setaraf dengan Honda HR-V. Berkenaan stereng pada Hyundai Creta pula, terdapat ‘freeplay’ sekiranya anda memandu lurus tetapi apabila dipusing lebih, nisbahnya tidak rasa perlahan langsung.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 07

Apapun, ada beberapa aspek yang bagus pada Hyundai Creta. Antaranya dari segi trenkuasa itu sendiri. Walaupun hanya menggunakan nadi 1.5L NA Smartstream G1.5 (115 PS, 144 Nm), talaan yang diberi pada trenkuasa ini membuatkan Creta tidak rasa lemau langsung, sekurang-kurangnya untuk pemanduan harian. Tetapi untuk memecut, memang jangan harap lebih lah sebab enjinnya bukan turbo dan kapasiti hanya 1.5L.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 08

Dalam masa yang sama, transmisi CVT yang dikenali Hyundai sebagai IVT juga tiada bunyi meraung dan cukup lancar walaupun pada kelajuan rendah. Malah, anda mungkin takkan sedar bahawa ia sebuah CVT sampailah anda tekan minyak banyak dan waktu ini barulah raungan enjin kendengaran.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 09

Jadi itulah sendikit pendapat dan pandangan yang dapat kami sampaikan kepada anda mengenai Hyundai Creta setakat ini. Secara keseluruhan, Hyundai Kona sendiri rasa lebih mantap walaupun ia produk yang lebih lama. Mungkin itulah bezanya model global untuk pasaran yang sudah membangun berbanding model global serantau seperti Creta yang mana selain Malaysia, ia ada di pasaran India, Indonesia dan juga Thailand. China (ix25), Rusia, Brazil, Mexico dan Afrika Selatan.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 10

Persoalannya, dengan harga mencecah RM 150k, untuk pelanggan yang bagaimanakah Hyundai Creta disasarkan? Mungkin untuk mereka yang mahukan sebuah SUV segmen B yang nampak betul-betul macam SUV dan tidak lebih daripada itu. Atau mungkin juga untuk anda yang betul-betul tak nak sama macam orang lain.

Rebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross? 11

Apapun, berkenaan ciri keselamatan ADAS Hyundai SmartSense dan butiran yang lebih menyeluruh, nantikan rebiu penuh dari kami tidak lama lagi untuk ulasan penuh mengenai pencabar SUV segmen B yang baru di pasaran kita ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Hyundai Creta 1.5 PLUS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda