window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar?

Faisal · Apr 9, 2023 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, SUV 3 baris segmen D tersebut diasaskan dari Geely Haoyue dan di Filipina, ia memakai nama Okavango.

Untuk makluman anda, Okavango merupakan antara SUV terlaris dalam segmennya.

Juga bacaGeely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam!

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 01

Jadi, apa pandangan orang sana berkenaan Geely Okavango? Berpandukan rakan kami dari AutoFun PH, inilah ulasan jujur mereka mengenai kembar Proton X90 ini.

Eksterior – besar, ringkas dan konvensional

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 02

Menurut mereka, rupa paras Geely Okavango sebenarnya nampak agak konvensional. Selain wajah yang nampak sedikit menonjol, bahagian tepinya agak kosong dan belakang pula nampak agak konservatif.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 03

Mungkin dari segi imej, Okavango tidak nampak begitu menyerlah tetapi yang pastinya, ia tidak kontroversi. Mungkin sentuhan reka bentuk sebeginilah yang akan menarik minat pelbagai demografi.

Interior – luas, lapang dan bergaya

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 04

Walaupun bahagian luarnya tidak berapa mengagumkan, rakan kami di AutoFun PH berpendapat bahawa kabinnya cukup luas dan penglihatan ke luar juga tiada masalah langsung. Antara faktor yang membuatkan ia rasa lapang adalah bumbung suria panoramiknya di mana gelas yang besar membantu memberi lebih cahaya ke dalam kabin.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 05

Soal reka bentuk pula, beliau memberitahu bahawa kabin Geely Okavango nampak begitu bergaya sekiranya dilihat depan mata. Segala butang juga mudah difahami kerana susunannya dibuat supaya pengguna dapat akses dengan senang. Dalam masa yang sama, ruang meletak barang ada banyak dan luas. Senang kata, cukup praktikal.

Juga bacaProton X90 terima skrin infohibur 12.3 inci terbesar TANPA Android Auto dan Apple Carplay, mengapa?

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 06

Namun begitu, walaupun tempat duduk kulitnya lembut, bahan plastik yang diguna pada panel pintu dan papan pemuka didapati sedikit keras dan mudah calar. Satu perkara yang ditekankan oleh AutoFun PH adalah unit yang mereka rebiu ini ada sedikit bunyi yang menjengkelkan sewaktu mengundur dan pintu isi petrol juga tidak boleh ditutup dengan rapat.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 07

Selain itu, kerusi baris kedua dan ketiga juga agak sukar untuk dilaras.

Pemanduan – talaan minyak tidak begitu linear dan suspensi sedikit kasar tetapi Proton mungkin boleh selesaikan isu ini

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 08

Untuk makluman anda, salah satu pesaing Geely Okavango di Filipina adalah Toyota Fortuner dan Mitsubishi Pajero. Kedua-dua model ini menggunakan platform ladder frame. Geeky Okavango pula diasas oleh platform unibody. Jadi, memandu SUV besar ini dikatakan lebih mudah berbanding pesaing lain.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 09

Namun begitu, AutoFun PH memberitahu bahawa spring yang lembut pada SUV ini mengakibatkan olengan badan (body roll) yang ketara sewaktu mengambil selekoh. Tidak dinafikan bahawa SUV adalah sebuah kereta yang tinggi. Berbanding Fortuner, Okavango sendiri tidak begitu berbuai sewaktu melalui jalan yang beralun. Cumanya, mereka melaporkan bahawa mutu serap hentakan pada jalan berlubang terasa kasar dan menusuk tulang.

Mungkin dengan penggunaan suspensi belakang jenis multi-link pada Proton X90 nanti dapat memperbaiki isu yang ada pada Okavango di Filipina ini. Lagipun, Proton memang handal dalam bab pengendalian dan keselesaan suspensi.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 10

Bercakap mengenai ini, maklum balas stereng pada kelajuan tinggi juga tidak begitu banyak tetapi pemandu akan rasa mudah untuk mengemudi pada kelajuan bandar kerana sterengnya ringan dan radius pusingannya juga kecil. Jadi, sama-samalah kita tunggu sentuhan yang akan dibawa oleh Proton nanti.

Penggunaan petrol yang agak tinggi walaupun dengan teknologi hibrid sederhana

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 11

Secara teknikal, Geely Okavango turut menggunakan enjin 1.5L turbo 3 silinder yang digandingkan dengan sistem MHEV 48V dan outputnya menghasilkan 190 PS dan 300 Nm tork. Nadi ini dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan tetapi menurut AutoFun PH, ia agak tersentak-sentak sewaktu memecut dari pegun. Mengawal input minyak sewaktu meletak kenderaan di sudut cerun pun agak sukar untuk dibuat secara lancar.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 12

Apapun, enjin itu sendiri cukup bertenaga dan lonjakan turbonya boleh dirasai bermula 2,000 rpm.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 13

Mengenai sistem MHEV, AufoFun PH melaporkan bahawa enjin akan dimatikan sebelum kereta berhenti sepenuhnya. Terpulang pada anda untuk anggap ia sebagai sesuatu yang bagus atau tidak. Apapun, penyaman udaranya kekal sejuk.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 14

Tetapi satu aspek yang dikatakan agak mengecewakan adalah dari segi penggunaan petrol. Walaupun dengan teknologi MHEV, penggunaan petrol Geely Okavango sebenarnya agak tinggi. Dengan hanya menggunakan mod Eco dan pemanduan dalam bandar sekalipun, pengulas hanya mendapat angka 11.1 – 16.6 L / 100 km. Apapun, itu di bandar. Untuk pemanduan di lebuh raya, mereka berjaya mencapai penggunaan serendah 6.25 – 7.7 L / 100 km.

Konklusi

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 15

Secara keseluruhannya, AutoFun PH berpendapat bahawa Okavango tetap sebuah SUV yang berbaloi untuk dibeli kerana spesifikasinya tinggi dan apa yang kekurangannya bukanlah di tahap yang sampai tidak boleh diterima. Dari segi pemanduan, sekiranya tahap keselesaan suspensi dan sistem hibridnya dapat diperbaiki, mungkin Okavango boleh menjadi pesaing tegar buatan SUV dari Jepun.

Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar? 16

Apapun, Proton X90 mungkin tampil dengan talaan yang lebih mantap. Tetapi setakat ini, itulah apa yang dapat kami kongsikan dari pakar pengulas kereta berkenaan SUV 6 /7 penumpang yang rakyat Malaysia tunggu ini.

Juga bacaBuatan Malaysia, sekurang-kurangnya 45 peratus kandungan tempatan Proton X90 CKD dalam tempoh 2 tahun!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda