window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia?

Zamil Syaheer · Apr 9, 2023 02:00 PM

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 01

Di Malaysia, pada masa ini tiada sedan manual serba baharu selain daripada Proton SagaPerodua Bezza, dan bintang kita untuk rencana ini, Subaru WRX.

Namun, unit uji pandu yang kami dapat menggunakan transmisi CVT, dan bukannya manual. Hmm, walaupun kami terasa sedikit kecewa, ia tetap sebuah sedan “rally-inspired”, dan ia tiada pesaing langsung.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Subaru WRX Sedan 2023
Harga RM 296,245 (AT), RM 286,245 (MT)
Segmen Segmen C
Enjin 2.4L turbo flat-4
Transmisi CVT
Kuasa 275 PS @ 5,600 rpm
Tork 350 Nm @ 2,000 - 5,200 rpm
Asal CBU, Jepun

Kalau ada yang paling dekat dari segi kuasa, harga dan roda yang digerakkan pun adalah Volkswagen Arteon, namun kedua-duanya amat berbeza - satu sedan mewah dan satu sedan sporty.

Jadi, apakah faktor yang akan menarik para pembeli untuk mempertimbangkan Subaru WRX 2023?

Eksterior – ‘cladding’ pada sedan?

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 01

Sekilas pandang reka bentuknya tidak begitu menarik. Ketika memandu WRX ini di sekitar bandar mahupun ketika parkir di tepi jalan, tiada sesiapapun yang memujinya. Semestinya ada yang menoleh pandang sedan ini dah warna pun jingga terang kan…

Baca juga: Subaru WRX generasi 2022 kini di Malaysia - 'Impreza' baharu, anggaran RM 285k, 275 PS, EyeSight

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 02

Subaru WRX bukanlah sebuah kereta yang cantik, tetapi ia bukan hodoh - perkataan itu dikhaskan untuk satu jenama Eropah yang mempunyai lubang hidung besar dan lampu juling. Secara peribadi, saya suka fasia depan WRX ini yang bersudut, serta arca 'fender' belakang yang sasa.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 03

Namun, dari sudut mana sekalipun, 'body cladding' yang ada di keseluruhan kereta nampak berlebihan. Subaru berkata cladding yang tidak dicat mempunyai tekstur heksagon yang membantu dengan pergolakan angin yang (dikatakan) menjadikan kereta lebih stabil pada kelajuan tinggi.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 04

Panel bertekstur heksagon juga terdapat di bawah kereta. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan bunyi angin yang dihantar ke dalam kabin. Adakah ia berfungsi? Mungkin, tetapi bunyi tayar akan menutupinya. Tetapi kita bincangkan bahagian bunyi kemudian.

Interior – Beberapa isu yang menjengkelkan

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 05

Di dalam, ia adalah gabungan di antara gaya tradisional dan pemodenan. WRX tidak mempunyai banyak butang pada papan pemuka berbanding pendahulunya untuk rupa minimalis, tetapi ia masih menggunakan kluster instrumen analog. Pelik, kerana Subaru BRZ generasi kedua mempunyai kluster instrumen digital sepenuhnya.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 06

Tombol fizikal untuk menu kawalan iklim telah dialih keluar dan kawalan kini disepadukan ke dalam skrin infotainment potret. Ia responsif untuk digunakan tetapi grafiknya kurang menarik secara visual dan tiada sebarang animasi.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 07

Bahkan juga, untuk sebuah kereta berharga RM 300k, kualiti binaan dan bahan yang digunakan tidak mercerminkan tanda harga tersebut. Terdapat banyak penggunaan plastik keras pada beberapa bahagian papan pemuka atas. Lain daripada itu, pintu terasa ringan dan anda tidak mendapat bunyi dentuman yang syahdu apabila anda menutupnya.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 08

Bagi kami, terdapat beberapa isu yang menjengkelkan seperti fungsi penahan brek yang memerlukan anda bermain-main dengan skrin untuk pergi ke tetapan, pelarasan kawalan iklim yang memerlukan anda mengalihkan pandangan dari jalan, ruang 'cubby' kecil di pintu, dan saiz pancaran Android Auto yang kecil apabila disambung.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 09

Selain itu, tempat duduk penumpang hadapan tidak mempunyai pelarasan kuasa. Dalam kereta dengan julat harga RM 300k, ini tidak boleh diterima. WRX versi wagon mendapat tempat duduk penumpang hadapan boleh laras berkuasa.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 10

Dalam nada yang berbeza, ada sahaja benda yang kami suka. Tiang-A nipis dan garis tingkap rendah membuat WRX mempunyai tahap keterlihatan yang baik, penggunaan bahan seperti suede pada tempat duduk agak selesa, dan terdapat perasaan lapang secara keseluruhan di dalam kabin dengan ruang untuk bergerak.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 11

Kedudukan pemanduan juga amat baik, walaupun ‘grip’ stereng terasa agak tebal serta posisi pemanduan tidak boleh direndahkan dengan lebih ketara.

Pengalaman Memandu – Tidak seperti kereta sedan lain

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 12

Berbanding pendahulunya, enjin boxer pada WRX ini mempunyai sesaran yang lebih besar iaitu 2.4 liter (sebelum ini 2.0 liter) tetapi kuasa hanya naik sebanyak 7 PS manakala angka tork kekal sama. Bagaimanapun, tork puncak kini mencapai 400 rpm lebih awal pada 2,000 rpm dan dikekalkan sehingga 5,200 rpm.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 13

Ini bermakna penghantaran kuasa lebih progresif dan enjin tidak perlu bekerja keras untuk mencapai rentak yang sama. Ia meningkatkan kelajuan dengan mudah dan akan terus memecut seperti kereta api sehingga anda melepaskan pedal pendikit.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 14

0-100 km/j hanya mengambil masa 6.6 saat

Seperti yang dinyatakan, unit uji pandu yang kami terima ini menggunakan transmisi CVT, tetapi ia adalah antara yang terbaik. Ia terasa langsung seperti dan dalam mod "manual”, ia menukar “gear” dengan begitu efisyen. Jika dibiarkan pada mod biasa sekalipun, ia memberikan pengalaman pemanduan yang amat lancar.

Ia adalah transmisi yang cuba menjadi segala-galanya - pengendali harian yang lancar, pemaksimum tahap kecekapan dan penukaran yang pantas. Namun begitu, oleh sebab ia adalah CVT, ini bermakna ia tidak akan memenangi hati individu yang mempunyai pengalaman buruk dengan transmisi ini.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 15

Seperti semua Subaru moden, terdapat mod SI Drive Mode yang mengubah tindak balas pendikit dan pemetaan anjakan transmisi.

Mod Intelligent (I) terasa agak redam kerana ia cuba memaksimumkan kecekapan bahan api, manakala mod Sport Sharp (S#)  memberikan tindak balas yang paling agresif tetapi membuatkan pedal pendikit terasa seperti suis mati/hidup, manakala mod Sports adalah kegemaran saya secara peribadi kerana ia memberikan tindak balas yang paling intuitif terhadap input pedal pendikit.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 16

Dari segi pengendalian pula, tindakbalas stereng agak responsif. Ia mempunyai nisbah cepat untuk meningkatkan rasa ketangkasan, walaupun maklum balas adalah minimum seperti kebanyakan stereng berkuasa elektrik. WRX mampu mengambil selekoh dengan lebih rata daripada hampir semua sedan lain di pasaran.

Sebahagian daripadanya adalah disebabkan oleh spring bantuan dalam peredam yang membantu mengurangkan olengan badan, manakala sebahagian lagi adalah sifat pusat graviti rendah oleh kerana penggunaan enjin boxer. WRX terasa begitu mencengkam di sekitar selekoh.

Baca juga: Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini?

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 17

Tahap cengkaman mekanikal adalah tinggi. Ini bermaksud anda tidak mungkin akan mengalami sebarang 'understeer' di jalan raya. Anda perlu memandu pada kelajuan yang tidak masuk akal untuk 'understeer' berlaku.

Selain itu, WRX sentiasa mengesan sebarang gelinciran atau kehilangan daya tarikan pada bila-bila masa tertentu, dan pacuan semua roda dengan sistem vektor torknya bersedia untuk melawannya.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 18

Brek mudah untuk dimodulasi, cuma rasa pedal terasa sedikit lembut. Apabila anda ingin berhenti dengan cepat, ia terasa agak kurang kerana WRX tidak menurunkan kelajuan seperti yang diarahkan oleh input kaki anda.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 19

Beralih kepada sistem EyeSight pula, ciri kawalan pelayaran adaptif dan pengekalan lorong adalah salah satu sistem yang ditentukur yang lebih baik di luar sana. Ia menjejak dengan tepat walaupun di sekitar selekoh dan mengesan penunggang yang cilok masuk di hadapan tanpa panik.

Baca juga: Sejak 2008, Subaru telah menjual 5 juta kereta yang dipasang dengan sistem ADAS EyeSight

Tahap keselesaan - Syahdu di lebuh raya, keras di kawasan bandar

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 20

Subaru telah meningkatkan tahap pergerakan suspensi pada WRX baharu, terutamanya bahagian pergerakan lantunan (pengembangan). Mereka juga telah mengendurkan redaman lantunan untuk perjalanan yang lebih baik. Untuk mengawal pergerakan badan, mereka menambah spring bantuan yang disebutkan di atas.

Ini membuatkan WRX meluncur dengan syahdu di lebuh raya dengan alur yang lebih lancar dan redaman lantunan yang santai membantu mengurangkan pergerakan menegak (vertical movement).

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 21

Walau bagaimanapun, suspensi dan redaman mampatan terasa keras. WRX terasa kasar ketika melalui permukaan jalan yang tidak elok.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 22

Dari segi keselesaan tempat duduk, saya dapati arca tempat duduk hadapan tidak memberikan pengagihan tekanan yang sekata di belakang saya. Bahagian bawah kawasan lumbar menonjol lebih daripada yang saya biasa, walaupun dengan jumlah sokongan lumbar yang paling sedikit. Sokongan paha pula agak baik.

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 23

Di bahagian belakang, belakang tempat duduk berada pada sudut yang agak santai dan tapak tempat duduk mempunyai panjang dan sudut yang baik untuk memberikan sokongan paha yang mencukupi.

 

Bagi pengasingan hingar, Subaru WRX bukanlah kereta yang paling senyao. Walaupun ia ditapis secara mekanikal dengan bunyi enjin kuasa yang minimum, bunyi tayar sentiasa ada dan bunyi angin menjadi lebih ketara pada kelajuan tiga digit.

Subaru WRX Sedan 2023 - Tahap kebisingan
60 km/j 60 dB
90 km/j 66 dB
110 km/j 69 dB

Penggunaan bahan api

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 24

Dalam gabungan pemanduan lebuh raya dan bandar 60/40, penggunaan bahan api Subaru WRX 2023 diuji pada 10.4 liter/100 km. Komputer perjalanan memaparkan purata 10.7 liter/100 km – kiranya agak tepat.

Kesimpulan

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 25

Subaru WRX 2023 merupakan sebuah kereta yang tidak akan dihargai oleh para pembeli kereta am. Ini kerana pada julat harganya, sudah semestinya ramai akan memilih jenama Jerman.

Apa-apapun WRX benar-benar berada dalam kelasnya sendiri; ia tersedia dengan transmisi manual yang, pada zaman ini, menjadikan Subaru WRX sebagai barang 'rare'. Selain itu, ia juga tersedia dalam bentuk badan wagon. Kereta ini dibuat untuk peminat klise yang berkata "Jika ada pilihan transmisi manual/manual, 'confirm' saya beli,".

Rebiu: Subaru WRX Sedan 2023 - nama berlegenda dengan transmisi CVT yang TERBAIK di dunia? 26

@wapcar_zamil Ke nak pilih GR Corolla atau Lancia Delta? Hehe... #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #tahukahanda #malaysia #subaru #wrx #impreza #reviewkereta #rallycar #fypシ ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2017 Subaru WRX 2.0 CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda