window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tanpa "cheat code", mampukah Honda City e:HEV RS hibrid menamatkan KL-Penang-KL dengan hanya 1 tangki?

Haris · Apr 17, 2023 07:00 AM

Tanpa

Honda City RS e:HEV adalah salah satu model yang membuktikan bahawa anda boleh mempunyai kepuasan maksima dan menjimatkan minyak dalam satu masa.

Model mercu dalam siri City ini mempunyai kuasa hibrid penuh dua motor yang menjanjikan prestasi yang diinginkan, namun masih menjimatkan minyak dan ini adalah sesuatu yang dianggap sukar sebelum ini.

Dengan 109 PS dan tork sehebat 253 Nm, Honda City RS e:HEV layak dianggap sebagai sedan prestasi untuk marhaen, tetapi bagaimana nak menggambarkan penjimatan bahan apinya kepada anda? Di sini kami cuba. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cabaran yang ditetapkan

Tanpa

Untuk cabaran ini, kami meletakkan satu syarat mudah yang agak sukar. Mampukah Honda City RS e:HEV menamatkan perjalanan dari KL ke Pulau Pinang, melalui beberapa tempat makanan popular dan kemudian kembali ke KL hanya dengan satu tangki minyak?

Selain itu, ujian ini akan menjadi ukuran bagi pemanduan dunia nyata, jadi pemandu tidak dibenarkan menggunakan "cheat code" - menekan pendikit secara ringan atau mematikan penyaman udara.

Serta Honda City RS e:HEV perlu mengekalkan kelajuan di jalan raya sewajarnya dan dipandu dengan penuh bertanggungjawab.

Jarak perjalanan pergi balik dari KL ke Pulau Pinang adalah sekitar 750 km. Adakah Honda City RS e:HEV mampu melakukannya? Tonton video di atas untuk melihat bagaimana Adrian dan rakan sekerja kami menyelesaikan cabaran tersebut.

Amaran: Spoiler di perenggan berikutnya

Tanpa

Tanpa

Apabika selesai cabaran tersebut, Honda City RS e:HEV dengan mudahnya telah berjaya menempuh jarak sejauh 814 km (dengan sekitar 81 km lagi sisa jarak gerak), menamatkan pemanduan pergi balik ke Pulau Pinang sebelum tangkin diisi semula.

Berdasakan pengiraan, Honda City RS e:HEV mencapai kecekapan minyak yang diuji hanya 4.05 liter / 100 km.

Keputusan cabaran Honda City e:HEV FC
Jarak pemanduan keseluruhan 814 km
Jumlah pengisian semula 33.01 liter
Kos keseluruhan RM 67.66
Kos per KM RM 0.08
Penggunaan minyak (diuji) 4.05 liter / 100 km
Jarak 1 tangki yang boleh dijangkakan 986 km

Namun, kecekapan bahan api yang hebat ini hanya menceritakan separuh daripada keseluruhan kemampuan Honda City RS e:HEV.

Satu lagi ciri yang menonjol dalam cabaran jarak jauh ini adalah Honda City RS e:HEV mempunyai reka bentuk dalaman yang sedap dan luas, memberikan keselesaan yang tiada tandingan (dalam kelasnya) untuk tempoh perjalanan yang panjang.

Tanpa

Selain itu, seperti yang dinyatakan oleh pasukan WapCar, rangkaian Honda Sensing ADAS mengurangkan tekanan memandu dan memastikan keselamatan semasa memandu dengan ciri-ciri bantuan yang menakjubkan seperti Lane Keep Assist System (LKAS) dan Adaptive Cruise Control (ACC).

Sebagai rujukan, Honda City RS e:HEV yang berada di puncak varian ini dijual dengan harga RM 108,800, tidak termasuk insurans.

Baca: Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda