window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000!

Zamil Syaheer Ā· Jun 24, 2023 12:00 PM

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 01

Apakah persamaan antara Tengku Djan Ley dan Alex Yoong? Selain daripada menjadi profesional dalam dunia sukan permotoran, kedua-duanya memulakan kerjaya cemerlang mereka di belakang stereng kereta pertama Malaysia, Proton Saga.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 02

Sebagai salah satu ikon kebanggaan negara, Proton Saga mempunyai sejarah yang menarik dalam perlumbaan sukan permotoran di peringkat akar umbi ('grassroots'). Daripada Kejohanan Super Saga lama kepada siri Saga Cup yang kini berlangsung, Saga pertama adalah (dan masih lagi) gerbang terbaik untuk sesiapa yang ingin menceburi sukan permotoran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 01

Berbeza dengan siri perlumbaan lain, menyertai Kejohanan Saga Cup ataupun mengubahsuainya menjadi kereta perlumbaan sebenar tidak memerlukan kos yang tinggi. Ambil contoh salah satu kereta yang menyertai siri perlumbaan Saga Cup ditunjukkan pada acara Retro Havoc di The Curve, Mutiara Damansara pada awal bulan yang lalu.

Tetapi bagaimanakah kereta Malaysia pertama ini berubah daripada kereta rakyat kepada kereta yang sesuai untuk litar?

Permulaan sebuah Saga perlumbaan

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 02

Apabila pengeluar kereta Malaysia ditubuhkan 40 tahun yang lalu pada tahun 1983, matlamat utamanya adalah untuk membawa mobiliti yang berpatutan kepada rakyat serta meningkatkan negara daripada ekonomi pertanian yang kebanyakannya bergantung kepada sumber semulajadi kepada negara industrialisasi.

Dua tahun kemudian, Proton Saga dilancarkan, dimana Proton membawa sedan itu menjelajah ke seluruh negara untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kita ada sebuah produk berkualiti yang tahan lasak serta mampu memenuhi impian mereka untuk memiliki kereta baharu pada harga yang berpatutan.

Baca juga: Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga dan Kilang EON, 9 Julai 1985!

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 03

Sejak awal penubuhannya, Proton tidak hanya mahu menjual keretanya kepada ramai orang, jadi mereka mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan permotoran di seluruh negara untuk menunjukan betapa hebatnya Saga ini.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 04

Petronas dan pengedar eksklusif Proton ketika itu, EON, bersatu untuk membentuk Petronas-EON Rally Team (PERT) pada tahun 1980-an dan mencapai banyak kejayaan dalam acara perlumbaan rali serantau pada dekad berikutnya. Namun, Proton juga tidak melupakan perlumbaan di litar.

Baca juga: Evolusi kereta rali lasak Proton ā€“ Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia?

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 05

Mengambil inspirasi daripada oleh Siri Silhouette Jepun yang aerodinamik dan kereta 'touring' Group A, Proton akhirnya memperkenalkan kereta perlumbaan mereka sendiri yang khusus untuk siri perlumbaan Saga Cup tunggal.

Petronas dan EON sekali lagi membentuk perkongsian lain untuk mewujudkan pasukan perlumbaan, mengekalkan nama PERT asal dengan huruf "R" sekarang melambangkan "Racing" pada tahun 1990.

Baca juga: Retrospektif: EON & USPD - Ketika Proton mempunyai rangkaian pengedar berasingan seperti Toyota pada 90an

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 06

Di bawah perkongsian perlumbaan baru ini, pasukan itu memutuskan untuk bersaing dalam Kejohanan Super Saga yang berlangsung dalam 8 perlumbaan di Litar Batu Tiga di Shah Alam dan Litar Johor di Pasir Gudang.

Berbeza dengan siri perlumbaan Saga biasa yang melibatkan Saga yang tidak diubah suai bersaing antara satu sama lain, Kejohanan Super Saga menyaksikan pasukan dengan bajet yang lebih besar bersaing dalam Saga bergaya siluet dengan tiada had pengubahsuaian untuk enjin 4G15.

Sesuai untuk orang yang baru berjinak

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 07

Walaupun siri tersebut memang hebat, Kejohanan Super Saga tidak berlangsung lama dan apabila Saga digantikan oleh Iswara, siri perlumbaan itu berakhir. Namun, itu tidak menghentikan daya tarikan bagi mereka yang ingin merasa kehebatan berlumba menggunakan kereta nasional pertama.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 08

Ketika Proton masih lagi mengambil bahagian dalam sukan permotoran, mereka lebih memberi tumpuan kepada perlumbaan rali dengan Satria S2000 dan kemudian Iriz.

Bagi perlumbaan litar, Proton turut serta dalam beberapa perlumbaan ketahanan dengan menggunakan kenderaan yang lebih moden seperti Suprima S dan Saga yang baru.

Namun, pada tahun 2016, selepas beberapa tahun dalam kegelapan, Malaysian Speed Festival (MSF) menghidupkan semula Saga Cup dimana falsafahnya tetap sama seperti format asal pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Siri perlumbaan tunggal ini bertujuan untuk menjadikan sukan permotoran lebih mudah diakses oleh rakyat dan MSF berada di barisan hadapan dalam perlumbaan sukan permotoran di tahap akar umbi.

Baca juga: Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih?

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 09

Dengan memperkenalkan semula Saga Cup, ia memberikan jalan pintas kepada ramai rakyat Malaysia untuk berlumba sebagai hobi atau sebagai batu loncatan ke kerjaya dalam dunia sukan permotoran.

Peraturan ketat yang hanya membenarkan Saga dengan unit 4G15 karburetor asli yang standard memberikan cabaran dan melatih kemahiran pemandu di litar sebelum beralih ke kenderaan yang lebih berkuasa.

Kini, ia merupakan salah satu siri perlumbaan terbesar di Malaysia dengan lebih kurang 80 kereta bersaing di Litar Antarabangsa Sepang.

Betul ke berpatutan?

Saga putih yang ditunjukkan di Retro Havoc adalah milik seorang veteran Saga Cup, Engku Muhammad Hadri bin Engku Hassan.

Para penggemar automotif tempatan mungkin mengenali beliau sebagai rakyat Malaysia yang memandu Toyota Sprinter Trueno AE86 dari Malaysia ke Jerman. Beliau merupakan peminat kereta tegar sejak zaman kanak-kanak.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 10

AE86 milik Hadri di litar Nurburgring. Perhatikan nombor pendaftaran Malaysia di hadapan!

Berbeza dengan ramai peminat kereta yang hanya boleh berangan untuk memandu kereta semasa kanak-kanak, Hadri sendiri mula belajar memandu pada usia 9 tahun dan pada akhirnya, semasa remaja, beliau mencari kerja praktikal di bengkel sekitar Taman Melawati, tempat beliau dibesarkan.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 11

Pada usia 17 tahun, Hadri menyertai pasukan perlumbaan tempatan sebagai krew dan itulah langkah pertama beliau terlibat dalam aktiviti sukan permotoran. Pada tahun 2016, Hadri memutuskan untuk mengubah sebuah Proton Saga Automatik 1990 yang diwarisi daripada ibunya menjadi kereta perlumbaan.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 12

Saga itu menjalani proses penurunan berat dengan semua bahagian dalaman dari tempat duduk hingga lantai karpet dibuang. Tempat duduk ā€˜bucketā€™ yang lebih ringan dan transmisi manual 5 kelajuan telah digantikan, termasuklah sistem penyaman udara demi penjimatan berat. Satu-satunya benda yang tinggal adalah papan pemuka dan hiasan pintu hadapan.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 13

Walaupun enjin karburetor 4G15 pada Saga ini nampak ā€˜standardā€™, peserta dibenarkan untuk menambah beberapa pengubahsuaian ringan untuk meningkatkan aliran udara atau memastikan prestasi lancar di litar.

Idea utama bagi kereta perlumbaan Saga adalah supaya pemandu boleh pergi ke litar, berlumba, dan pulang ke rumah dalam kereta yang sama, jadi Saga yang disediakan untuk perlumbaan ini mempunyai pelekat cukai jalan dan plat nombor. Cuma jangan tanya sama ada ia boleh dilakukan atau tidak. Bak kata orang, ā€œpandai-pandailah yaā€.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 14

Selain 'splitter' depan dengan snorkel penyedup udara serta dan tali ā€˜towingā€™ depan dan belakang, Saga milik Hadri masih kelihatan standard dari luar. Untuk ciri keselamatan, kereta lumba Saga ini dilengkapi dengan ā€˜rollcageā€™ 6 poin daripada Ultra Racing, suis penghentian enjin berserta pemadam api.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 15

Selain enjin, semua pemandu Saga Cup mesti menggunakan tayar Hankook Ventus RS4

Di tempat lain, kereta perlumbaan Saga ini juga dilengkapi dengan brek Project Mu serta susunan suspensi depan GReddy dan belakang buatan khas. Hadri memberitahu WapCar bahawa tetapan suspensi itu mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk mendapat ā€˜settingā€™ yang sempurna.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 16

Hadri berkata beliau telah menghabiskan sekitar RM 40,000 untuk mengubahsuai Saga-nya daripada kereta harian kepada kereta perlumbaan dan beliau mempunyai trofi untuk membuktikannya.

Antara 2017 dan 2022, beliau mengambil bahagian dalam beberapa perlumbaan dengan Saga dan berjaya meraih tempat di podium dalam Asia Classic Car Challenge serta beberapa perlumbaan yang dianjurkan oleh MSF.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 17

Walau bagaimanapun, jangan biarkan harga itu menghalang anda jika anda ingin mengambil bahagian dalam perlumbaan dengan Saga kerana Hadri berkata kosnya hanya serendah RM 10,000 hingga RM 15,000 untuk mengubah Saga menjadi kereta perlumbaan. Beliau berkata bahawa sebahagian besar wang akan digunakan untuk ā€˜rollcageā€™ serta penalaan suspensi, sistem ekzos, dan enjin.

Perlu diingat, harga yang disebutkan tidak termasuk kereta tetapi kerana Saga lama boleh didapati dengan harga serendah RM 2,000 atau lebih rendah, ini adalah cara yang berpatutan untuk mencuba dunia perlumbaan.

Anda boleh mengatakan ia lebih berpatutan daripada perlumbaan Vios Challenge yang dianjurkan oleh Toyota Gazoo Racing.

Lebih murah daripada go-kart? Mulakan karier 'motorsports' anda dengan Proton Saga 'racecar' serendah RM 10,000! 18

Secara amnya, go-kart merupakan cabang permulaan yang sering dipilih untuk memulakan kerjaya pemandu kereta lumba sehingga ke taraf Formula Satu.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin merasai sukan permotoran dengan kos yang tidak terlalu mahal, Proton Saga yang lama amatlah sesuai, dan berita baik disini adalah Hadri ingin menjualnya. Harga yang diminta? RM 28,800 untuk kereta lumba Saga yang sudah terbukti mampu untuk memenangi podium dan kompetitif di litar.

Anda boleh lihat iklan serta spesifikasi Saga milik Hadri disini.

@wapcar_zamil salah satu kereta kuat orang @retrohavoc, @road2ring, memang timbul rasa patriotik bila tengok! #retrohavoc2023 #retrohavoc #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #reviewkereta #keretamalaysia #proton #protonsaga #sagacup #msfracing #otaimasihberbisa ā™¬ original sound - Zamil_WapCar.my

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda