window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000!

Zamil Syaheer · Sep 9, 2023 10:00 AM

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 01

Warna Championship White dan Type R adalah salah satu gabungan ikonik yang menjadi pujaan ramai peminat tegar Honda. Lambang Honda berwarna merah dan logo R pada cat putih melambangkan bendera Jepun, dengan aura yang sangat kuat dalam sukan permotoran.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 02

Honda adalah pembuat kereta Jepun pertama yang memenangi perlumbaan Formula One (F1) pada Mexico Grand Prix 1965. ‘Lambang H’ ini kemudiannya membekalkan enjin kepada pasukan paling berjaya pada era tersebut seperti Williams dan McLaren.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 01

Pada masa itu, Honda memutuskan untuk menentang Ferrari dan Porsche dengan kereta supercar pertamanya, Honda NSX. Itulah asas kepada model Type R pertama, NSX-R pada tahun 1991.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 02

Walau bagaimanapun, Honda Integra Type R generasi pertama benar-benar menunjukkan kepada dunia apa yang lambang R berwarna merah ini benar-benar mampu lakukan - menjadikan sebuah kereta yang agak biasa dengan pacuan roda hadapan menjadi salah satu kereta dengan pengendalian yang terbaik di dunia.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 03

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 04

Integra Type R dengan kod DC5 adalah model generasi kedua dan ia menjadi ikon JDM  pada tahun 2000-an. Sementara kita meneroka butiran mengenai DC5 Championship White ini yang kini dijual di Karrus Private Garage dengan harga RM 110,000, mari kita lihat sejarah Integra.

Baca juga: Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal?

Permulaan mewah yang sederhana

Pada akhir tahun 1980-an, tiga pengeluar kereta utama Jepun memperkenalkan sub-jenama mewah mereka untuk pasaran Amerika Utara. Ini bukan kerana Jepun yakin mereka boleh melawan Cadillac dan Mercedes-Benz, tetapi kerana sekatan eksport kerajaan Amerika, bermakna model yang lebih mahal adalah lebih menguntungkan.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 05

Jenama Acura milik Honda diperkenalkan pertama kali pada tahun 1986, diikuti oleh Lexus milik Toyota dan Infiniti milik Nissan pada tahun 1989. Model pertama yang diperkenalkan oleh Acura adalah Legend dan Integra, dan kedua-duanya dijual di luar Amerika sebagai Honda.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 06

Walaupun diposisikan sebagai sebuah coupe mewah, Integra dikenali di kalangan komuniti ‘tuner’ pada tahun 1990-an. Generasi kedua Integra memperkenalkan enjin VTEC Honda yang pertama berkod B16A aspirasi semulajadi dengan kapasiti 1.6 liter. ia menjadi kegemaran di kalangan peminat Honda dengan garis merah ikoniknya yang melebihi 8,000 rpm.

Baca juga: Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan!

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 07

Generasi ketiga benar-benar memacu Integra ke tahap yang lebih tinggi apabila diperkenalkan pada tahun 1993. Reka bentuk halusnya berkongsi beberapa persamaan dengan Honda Prelude generasi keempat, namun Integra tetap menjadi model yang lebih mewah dan lebih 'sporty'. Ia dijual di rangkaian pengedar Honda Verno bersama NSX.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 08

Untuk menyambung legasi Type R selepas NSX-R, pasukan homologasi Honda memilih model Integra.

Pengendalian yang lain macam!

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 09

Bagi kebanyakan peminat pemanduan tradisional, pacuan roda depan (FWD) tidak sebaik pacuan roda belakang (RWD). Segalanya berubah seketika dengan pelancaran DC2 Integra Type R pada tahun 1995 yang melihat penambahan ‘limited slip differential’ (LSD) yang membolehkan sportscar ini mengambil selekoh dengan mudah.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 10

Ini adalah ciri penting yang acap kali disebut oleh wartawan automotif di seluruh dunia dari Jepun ke UK dan Amerika. Versi Acura di Amerika mempunyai sepasang lampu hadapan bulat yang agak kontroversi, kadangkala dipanggil sebagai "Spider lights".

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 11

DC2 dijual di pelbagai pasaran utama di seluruh dunia tetapi ia kekal menjadi satu-satunya yang dijual di pasaran kenderaan pandu di sebelah kiri (LHD) kerana penerusnya hanya dijual di beberapa pasaran pandu di sebelah kanan (RHD) di luar Jepun seperti Australia dan New Zealand.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 12

Kredit: Temple of VTEC Asia

Kedua-dua generasi Integra Type R tidak pernah dijual secara rasmi di Malaysia dan oleh itu, semua daripadanya datang daripada pengedar kereta recon yang tidak rasmi. Walau bagaimanapun, DC5 Integra Type R pernah mengambil bahagian dalam perlumbaan Merdeka Millennium Endurance (kini dikenali sebagai Sepang 12 Hours) pada tahun 2003 di mana ia mendapat tempat pertama di kelasnya.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 13

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 14

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 15

DC5 Integra Type R dilancarkan di Jepun pada tahun 2001 dan merupakan salah satu daripada dua varian yang ditawarkan untuk Integra generasi keempat. DC5 tahun 2003 di Karrus Private Garage ini bukanlah dalam ‘showroom condition’ terbaik tetapi kebanyakannya masih dalam keadaan asal, termasuklah karpet lantai.

Ciri-ciri eksklusif

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 16

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 17

DC5 menggunakan enjin 4-silinder K20A i-VTEC DOHC semula jadi berkapasiti 2.0 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 217 PS dan tork sebanyak 206 Nm. Enjin berprestasi tinggi ini juga digunakan dalam generasi EP3 dan FD2 Civic Type R.

Baca juga: Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus?

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 18

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 19

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 20

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 21

Unit ini dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan yang memacu roda hadapan. Secara keseluruhannya, keadaan DC5 ini masih baik walaupun tiada logo Type R pada bahagian luar. Warna Championship White yang ikonik berada dalam keadaan baik tanpa calar atau rekahan.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 22

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 23

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 24

Tempat duduk Recaro berwarna merah dan stereng kulit Momo masih kelihatan baik dan DC5 ini telah melalui perjalanan melebihi 100,000 km berdasarkan bacaan odometer.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 25

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 26

Mengikut falsafah utama logo Type R, DC5 standard menghilangkan beberapa ciri "mewah" termasuk wiper belakang, cermin lipat elektrik, kawalan jauh, beg udara sisi, dan cermin solek.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 27

Tempat duduk belakang bukanlah yang paling berguna...

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 28

... tetapi lipat ke bawah dan anda mendapat sportscar yang sangat praktikal

Walau bagaimanapun, ia masih merupakan sportscar yang praktikal dengan ruang bagasi belakang yang besar dan boleh diperluaskan dengan melipat tempat duduk belakang.

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 29

Namun, ini adalah permulaan akhir kepada segmen coupe Jepun kerana jualan semakin merosot. Walaupun Integra Type R mendapat pujian yang luar biasa, ini akan menjadi pengakhiran bagi model tersebut. Hanya Civic yang akan terus membawa api Type R, dengan logo tersebut merayakan ulang tahun ke-30 tahun lalu.

Baca juga: Kelibat Honda Civic Type R FL5 muncul di Malaysia tanpa seurat benang - unit rasmi atau recond?

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 30

Mahukan sebuah legenda JDM? Honda Integra Type R DC5 ini dijual dengan harga RM 110,000! 31

Kini, makin ramai yang mencari Integra Type R, sama ada generasi pertama DC2, DC5, atau DB8 pintu 4 yang lebih ‘rare’. Pada harga RM 110,000, adakah anda rasa harga DC5 ini sesuai dengan statusnya yang ikonik?

Terima kasih kepada Karrus Private Garage kerana membenarkan kami mengambil gambar DC5 ini. Sila lihat inventori mereka di sini untuk melihat kenderaan klasik menarik lain yang sedang dijual.

@wapcar_zamil Mana geng VTEC meraung di sini? Kasi hadir!! #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #reviewkereta #typer #integratyper #dc5typer #integradc5 #jualkereta #k20a #vtec #wapcar ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda