window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus?

Mersita ยท Jul 14, 2020 12:00 PM

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 01

Jenama Honda Type R adalah nama yang cukup sebati di dalam dunia permotoran berprestasi tinggi. Banyak pembuat-pembuat kereta di luar sana mahu mencontohi legasi dan kehebatannya. Sememangnya tak semua sempurna dan boleh dikatakan aneh (macam FN2 R). Tetapi secara keseluruhannya, barisan kereta Type R Honda telah menjadi keinginan dan igauan ramai sejak dari dulu lagi. Lagipun, berapa ramai je pembuat kereta boleh mengaku yang Ayrton Senna pernah terlibat dalam penghasilan sports car pertama mereka?

Kali ini, kita akan bincangkan dengan lebih lanjut tentang barisan kereta Type R – Civic FD2 dan FK8, kereta Type R terpantas setakat ini.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 02

Rekaan Civic FD tak lapuk dek usia

Yang menariknya, FD2 R tampak lebih halus berbanding yang lagi satu. Walaupun dengan spoiler belakangnya yang besar, FD2 R masih tampak agak ringkas sehinggakan anda mungkin akan tersilap pandang sebagai Civic FD. Sangat berlainan dengan Type R yang satu lagi. FK8 R tampak bergaya dengan gabungan elemen sudut, ruang udara, dan penggayaan seperti Gundam. Ia tersangatlah menonjol – kalau anda memandu lalu sebelah restoran mamak, orang confirm akan pandang punya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 01

Pandanglah, lihatlah… Tiru macam saya

Kita mulakan dengan FD2 R, generasi Type R yang akhir sekali menggunakan enjin ‘naturally-aspirated’. Kereta ini menawarkan pengalaman pemanduan yang sangat ‘raw’. Suspensionnya sangat keras, ditambah pula dengan tork rendah bawah 5,800 rpm. Ini bukanlah kereta untuk anda keluar suka-suka, ini kereta untuk orang yang betul-betul ‘kentang’.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 02

Bila dipacu lebih sikit, barulah FD2 R menunjukkan belangnya yang sebenar. Suspensionnya yang mula-mula kasar akan menjadi lebih baik dengan kelajuan tinggi sedikit, dimana tayarnya juga akan mencengkam dengan lebih kuat. Pada titik pengaktifan i-VTEC iaitu 5,800 rpm, enjin K20A mula bangun mengaum, tidak sabar untuk dipacu lebih dan lebih lagi.

Kalau nak diikutkan, FD2 R betul-betul menggambarkan falsafah dan kegilaan orang ramai terhadap barisan Type R Honda – tren kuasa ‘naturally-aspirated’nya digabung pula dengan chassis yang betul-betul padu. Sehingga FK2 R, inilah pengalaman pemanduan VTEC yang sebenar – pengendalian yang menggiurkan dan penuh kuasa, boleh buat anda tak tidur malam. Tapi, yang pastinya, semua perkara ada penghujungnya.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 03

Titik kematian enjin K20A yang ikonik adalah kombinasi antara undang-undang pengeluaran gas rumah hijau yang semakin ketat dan hal lain seperti praktikaliti. Pesaingnya boleh menjana 300 – 400 PS pada unit pengecas turbo mereka untuk peralihan dan jumlah silinder yang sama. Berapa banyak sajalah kuasa yang boleh diperah dari enjin ‘naturally-aspirated’.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 04

Sifat yang berlainan tapi matlamat yang satu: kemuncak pemanduan

Munculnya enjin K20C1 yang menjana 310 PS dan tork 400Nm yang memberikan pengalaman pemanduan Type R yang sangat berbeza. Tak padan dengan rupanya yang penuh gaya, FK8 R mempunyai sisi lembutnya jika dipandu dengan kasual. Ia terasa seperti ‘hot hatch’ moden, selesa (lebih selesa berbanding VW Golf R) apabila meluncur ‘steady’ di jalan raya – cukup sempurna untuk kegunaan harian.

Enjin K20C1 ini menjana 400Nm dengan kelenturan yang tiada pada K20A. Ini bermaksud anda tidak perlu menekan enjin terlalu bersungguh-sungguh untuk memacu lebih laju – sesuatu yang diperlukan pada FD2 R. Biarkan ‘adaptive dampers’nya pada mod Comfort dan anda boleh menikmati pemanduan yang hebat dengan Type R ini selama yang boleh.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 05

Adakah FK8 R telah kehilangan sedikit kehebatan VTEC? Tidak semestinya. Ia cuma menghasilkannya dalam kaedah yang berlainan. Jika anda beralih ke mod pemanduan Sport atau +R, jiwa pemanduan sebenar Type R boleh dinikmati pada FK8 R. Cuma pada masa ini, enjinnya lebih serupa seperti enjin ‘naturally-aspirated’ berkapasiti besar berbanding enjin berturbo tinggi, dengan capaian 7,000 rpm yang jarang sekali ditemui pada enjin-enjin turbo yang lain.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 06

Pandu FK8 R melalui fasa-fasanya dan anda akan dapati yang pengendaliannya adalah sehebat atau lebih baik berbanding FD2 R. Suspension hadapan ‘Dual Axis Strut’ menekan kereta dengan baik ke permukaan jalan dengan janaan kuasanya iaitu 310 PS dan 400 Nm. Elemen lain yang masih kekal padu adalah ketepatan peralihan gearnya – salah satu keistimewaan Type R.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 07

Dual Axis Strut Honda cekap dalam meminimakan pemacu tork

Ini adalah satu indikasi utama tentang kehebatan Type R. Tambahan pula, kuasa tambahannya juga membolehkan ia melengkapi pusingan di Nurburgring dengan masa pecah-rekod bagi kereta pacuan tayar-hadapan (sehingga Renault Megane RS Trophy R mengalahkan rekod masanya).

Oleh itu, walaupun tidak boleh disangkalkan lagi yang enjin K20C1 kekurangan ketegangan dan kehebatan K20A, pengalaman pemanduan Type R masih kekal sama. Anda cuma perlu mengubah sedikit jangkaan anda terhadap VTEC dan anda akan dapati yang FK8 R adalah ‘hot-hatch’ yang cukup hebat dalam kelasnya.

Honda Civic FK8 lawan FD2 Type R. Bukankah yang baru selalunya lebih bagus? 08

Bagi kami, ia adalah Type R paling lengkap dalam barisannya. Mungkin kadang-kadang anda ingin rasakan kehebatan asli K20A pada FD2 R, tapi FK8 R cukup menyeronokkan pada bila-bila masa. Samada anda boleh tahan dengan luarannya yang cukup ‘over-the-top’ adalah terpulang pada anda. Peredaran masa mungkin telah mengubah sedikit esen sebenar Type R, tetapi ia masih cukup menyeronokkan untuk dipandu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda