window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza

Faisal · Jul 21, 2023 08:00 PM

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 01

TERKINI untuk Julai 2023: Untuk tempoh terhad, CARSOME sedang menawarkan waranti tambahan 1+1 tahun untuk Honda Jazz. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Honda Jazz merupakan raja hatchback kompak di Malaysia. Cuma sayangnya, ia telah digugurkan dari pasaran kita. Sepanjang tiga generasi, jualan Jazz dalam pasaran telah menjangkau 100,000 unit dan 80,000 unit daripadanya dipasang di Melaka.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 01

Dalam zaman yang sama, pesaing terhangat dari benua Eropah iaitu Volkswagen Polo Mk5 turut menerima sambutan yang begitu panas.

Pemahaman yang berbeza

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 02

Secara amnya, Honda Jazz sinonim dengan unsur praktikaliti dan kemudahan pengguna, manakala VW Polo pula lebih kepada pengendalian yang jitu dan solid, tipikal dengan jenama kereta dari Eropah.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 03

Jazz generasi GK ini ditawarkan dengan enjin 1.5L NA (118 PS, 145 Nm). Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Polo Mk5 ini pula menggunakan enjin 1.6L NA (105 PS, 153 Nm) dan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Harga

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 04

Lambang ‘H’ di Malaysia sememangnya mampu mengekalkan harga dengan begitu baik sekali. Sebagai contoh, dalam CARSOME dan Carlist.my, harga Honda Jazz terpakai tahun 2018 berada dalam julat RM 53k – RM 70k. Memandangkan generasi GK yang terakhir ini begitu popular dan ditawarkan dengan tiga varian (S, E dan V), anda yang bernasib baik mungkin boleh dapat varian V terus pada harga yang sama.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 05

Polo Mk5 pula hanya datang dengan varian Comfortline dan untuk usia sama, harganya kini berada di antara RM 38k – RM 51k. Faktor yang menyebabkan harganya begitu rendah adalah Volkswagen sememangnya tidak begitu kebal dalam bab kesusutan nilai. Kelengkapan yang kurang juga tidak membantu.

Pemenang - Polo

Keluasan kabin

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 06

Tahap praktikaliti Honda Jazz.

Honda Jazz terkenal dengan kabin yang luar biasa luas.

Ciri tempat duduk belakang jenis Ultra Seats yang boleh mengubah konfigurasi untuk memuatkan penumpang atau barang juga bukan main praktikal lagi. Sebagai contoh, kalau kerusi naik, kapasiti yang diberi adalah seluas 363 liter tetapi kalau dibaringkan, kapasitinya terus meningkat kepada 1,200 liter.

Lagi satu, tempat duduk belakangnya boleh dilipat secara 60:40.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 07

Ruang di belakang pada Volkswagen Polo Mk5 Comfortline.

Kalau anda nak tahu, Polo juga ada fungsi 60:40 sama tetapi ia tidak memberi ruang yang rata seperti Honda Jazz. Selain itu, ruang kargonya apabila kerusi tidak lipat hanyalah seluas 280 liter. Jadi soal keluasan kabin, Honda Jazz sememangnya tiada tandingan.

Pemenang – Jazz

Penyelenggaraan / alat ganti

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 08

Sewaktu anda mengira komitmen bulanan buat kereta anda, pastikan tambah sekali 10-15% untuk perbelanjaan penyelenggaraan seperti kos servis berkala dan kerosakan yang mungkin akan berlaku secara tiba-tiba. Kalau tak perlu pun, kos tersebut mungkin boleh dikira untuk bayar petrol, cukai jalan dan insurans.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 09

Apapun, di atas adalah jadual servis berkala buat Honda Jazz secara rasmi tetapi kalau anda buat di bengkel luar yang bertauliah seperti di CARSOME Service Center, harganya boleh jadi lagi murah.

Juga bacaDapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center

Di bawah pula adalah untuk Volkswagen Polo dari pusat servis rasmi Volkswagen.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 10

Memandangkan waranti model 2018 akan tamat, rata-rata pembeli pasti akan menghantar terus ke bengkel luar yang bertauliah. Lagipun, sana jauh lebih menjimatkan.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 11

Secara teknikalnya, Jazz mungkin lebih murah untuk dijaga tetapi memandangkan selang servis Polo lebih lama, perbezaan kos di antara mereka sebenarnya mungkin tidak begitu ketara.

Pemenang – seri

Penjimatan petrol

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 12

Penggunaan petrol secara rasmi buat Jazz adalah 5.6 liter/100 km, manakala Polo pula pada 6.3 liter/100 km.

Pemenang – Jazz

Keselamatan

Dalam hal ini, kelengkapan yang diberi pada Polo sebenarnya hanya setaraf dengan Jazz varian S di mana kedua-dua model hanya datang dengan 2 beg udara dan tiada langsung kawalan kestabilan.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 13

Jazz varian E pula hadir dengan 4 beg udara dan kawalan kestabilan, manakala Jazz V lengkap dengan 6 beg udara.

Zaman sekarang, keselamatan tidak patut dikompromi dan dalam hal ini, Jazz E dan V sememangnya tiada tandingan berbanding Polo.

Pemenang – Jazz

Keselesaan

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 14

Jazz bukan setakat lebih luas, suspensinya sendiri lebih selesa dan tenang. Kualiti pemanduan Honda Jazz akan lebih serasi dengan ramai pengguna.

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 15

Polo pula lebih keras tetapi ada baiknya. Malah, Polo juga ada ciri corong penyaman udara belakang untuk keselesaan penumpang.

Pemenang – Jazz

Pengendalian

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 16

Kalau nak kualiti pemanduan yang sedap dan menyeronokkan, Polo lah jawapannya dan itulah kesan daripada suspensi lebih keras yang disebutkan tadi.

Pemenang – Polo

Konklusi

Honda Jazz vs Volkswagen Polo - saingan hatchback terpakai segmen B dari dua benua berbeza 17

Juara antara kedua-dua calon hatchback ini sebenarnya bergantung pada keutamaan dan tahap kewangan anda.

Apapun, ambil masa yang diperlukan dan pandu uji kedua-dua hatchback. Pilih mana yang lebih dekat dengan hati anda.

Juga bacaHonda Jazz (GK) terpakai kini serendah RM 40k - masih diidamkan, lebih mahal daripada City GM6 sedan!

Nak senang, anda boleh muat naik aplikasi CARSOME di sini dan lihat lebih mendalam akan Honda Jazz dan Volkswagen Polo terpakai. Anda juga boleh membuat temujanji dari aplikasi terus untuk melihat kereta itu dengan lebih terperinci.

Juga baca'Fresh grad' baru kerja kena beli Proton/Perodua sahaja? VW Polo Mk5 RM 35k pun boleh!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda