window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa?

Faisal Β· Jun 11, 2023 04:00 PM

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 01

Membeli kereta dan menjaga kereta adalah dua aspek yang berbeza. Kalau anda mampu sekalipun, tidak semestinya anda perlu beli kereta yang paling mahal berdasarkan kelayakan gaji anda.

Lagi satu, kereta lagi mahal selalunya memerlukan kos yang lagi tinggi untuk dijaga. Jadi, lebih wajar sekiranya anda tidak habiskan terus dan simpan sebilangan duit untuk penyelenggaraan atau kerosakan yang mungkin akan berlaku di kemudian hari.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Anda mungkin pernah dengar bahawa pembeli tidak sepatutnya berbelanja 30% daripada gaji untuk bayaran bulanan kereta tetapi kalau nak lebih selamat, kurangkan ia kepada 20%.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 01

Konteks ini sebenarnya turut merangkumi servis berkala, insurans, cukai jalan, tayar dan sebarang kerosakan.

Jadi, tanpa membuang masa, inilah 5 kereta yang anda boleh beli untuk julat gaji bulanan RM 5,000. Kalau anda perlu kira dengan pantas, kalkulator di sini juga boleh membantu.

Perodua Myvi

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 02

Suka tak suka, inilah antara kereta paling berbaloi untuk dibeli di Malaysia dan ia boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan. Disebabkan inilah harga Myvi dalam pasaran terpakai buat agak kukuh.

Carsome sendiri ada banyak Myvi terpakai dari generasi ke-2 hingga generasi ke-3 sekarang.

Harga generasi ke-2 model akhir tahun 2017 varian SE atau Advance yang kami syorkan sekarang lebih kurang RM 39k – RM 44k dan ia sudahpun memasuki usia 7 tahun.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 03

Dengan mengira kadar bayaran pendahuluan 10%, ansurans bulanan dan gaji minimum yang diperlukan adalah seperti di bawah:

2017 Perodua Myvi Gen-2
Tempoh pinjaman Kadar faedah Ansuran bulanan Gaji minimum
7 tahun 3.5 - 4.1 % RM 530 - 600 ~RM 2,850
5 tahun 3.5 - 4.1 % RM 700 - 790 ~RM 3,750

Kalau anda minat generasi ke-3 yang sekarang pula, harga varian H ke atas yang disyorkan untuk model awal tahun keluaran iaitu sekitar 2018 kini berharga dalam lingkungan RM 45k – 50k.

  • 2015 Perodua MYVI X 1.3

    RM 29,300
    RM 321
    /bulan

    92,440 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2014 Perodua MYVI EZ 1.3

    RM 24,100
    RM 279
    /bulan

    105,731 km

    9.5 years

    Masai

  • 2014 Perodua MYVI SE 1.5

    RM 31,700
    RM 347
    /bulan

    73,090 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 01

Dan perkiraan pembayaran untuk Myvi yang lebih baru ini adalah seperti berikut:

2018 Perodua Myvi Gen-3
Tempoh pinjaman Kadar faedah Ansuran bulanan Gaji minimum
9 tahun 3.2 - 3.6 % RM 490 - 550 ~RM 2,600
7 tahun 3.5 % RM 600 - 660 ~RM 3,150
5 tahun 3.5 % RM 790 - 880  ~RM 3,700

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 02

Juga bacaPerodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi "King" atas jalan!

Toyota Vios

Untuk yang minat sedan, Toyota Vios terpakai juga antara calon terhandal. Menariknya, model ini juga digunakan dalam perlumbaan.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 03

Kereta lumba Vios Challenge.

Antara yang paling berbaloi untuk dibeli adalah generasi ke-3 iaitu Vios NCP150. Dalam pertengahan usianya, terdapat pembaharuan trenkuasa yang dikhaskan untuk meningkatkan tahap penjimatan minyak.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 04

Bergantung pada bajet, model tahun 2014 – 2019 adalah antara yang terbaik untuk dipertimbangkan.

Varian G pula cukup berbaloi untuk dipilih kerana ia datang dengan brek cakera pada semua roda, lampu projektor, kemasukan tanpa kunci dan butang push start (standard pada semua varian bermula tahun 2015), cermin depan jenis akustik, roda stereng kulit dan 6 pembesar suara.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 05

Trenkuasa baharu yang kami sebutkan tadi pula dirasmikan pada tahun 2016. Walaupun dengan kapasiti 1.5L sama, unit 1NZ-FE VVT-i dengan transmisi automatik 4 kelajuan diganti dengan enjin 2NR-FE Dual VVT-i dan transmisi CVT.

Juga bacaToyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela?

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 06

Menariknya, kuasa dan torknya sedikit rendah berbanding model pendahulu tetapi ia 18% lebih menjimatkan petrol. Dalam masa yang sama juga, kawalan kestabilan didatangkan secara standard.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 07

Disebabkan ini sahaja, model 2016-2017 sangat ideal untuk dibeli. Kalau anda ada bajet lebih, model tahun 2019 dengan fasia baharu juga pilihan yang bagus.

Dalam pasaran terpakai seperti Carsome, unik sebelum trenkuasa baharu diperkenalkan berharga lebih kurang RM 42k – RM 52k. Kalau anda ada bajet lebih, model kemaskini tahun 2016-2017 berada dalam julat RM 52k – RM 60k. Model tahun 2019 pula dalam lingkungan RM 65k – RM 70k.

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 54,500
    RM 572
    /bulan

    68,030 km

    7 years

    Cheras

  • 2019 Toyota VIOS E 1.5

    RM 69,900
    RM 733
    /bulan

    14,011 km

    5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 48,200
    RM 561
    /bulan

    98,931 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 01

Toyota Vios 2014 - 2015
Tempoh pinjaman Kadar faedah Ansuran bulanan Gaji minimum
7 tahun 3.6 - 3.9 % RM 570 - 710 ~RM 3,200
5 tahun 3.6 - 3.9 % RM 750 - 930 ~RM 4,200
Toyota Vios 2016 - 2017 (trenkuasa baru)  
Tempoh pinjaman Kadar faedah Ansuran bulanan Gaji minimum
7 tahun 3.6 - 3.9 % RM 710 - 810 ~RM 3,800
5 tahun 3.6 - 3.9 % RM 930 - 1,100 ~RM 5,000
Toyota Vios 2019
Tempoh pinjaman Kadar faedah Ansuran bulanan Gaji minimum
9 tahun 3.3 - 3.8 % RM 730 - 780 ~RM 3,800

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 02

Juga bacaPanduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik?

Proton Exora

Kalau anda perlu memuatkan lebih penumpang pula, MPV seperti Proton Exora terpakai patut berada dalam senarai anda.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 03

Walaupun telah beransur sejak tahun 2009, Exora telah menerima banyak pembaharuan untuk kekal dalam pasaran.

Untuk tahap keselamatan terbaik, varian yang patut dibeli sebenarnya bukanlah yang terkini.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 04

Maksud kami di sini ialah model facelift 2015, khususnya Exora varian Premium dan Super Premium yang mana ia dilengkapi dengan 4 beg udara dan kawalan kestabilan (ESC).

Kalau anda nak tahu, kemaskini 2017 mengurangkan 4 bilangan beg udara itu kepada 2 sahaja, semua untuk kurangkan kos.

  • 2017 Proton EXORA PREMIUM 1.6

    RM 41,600
    RM 456
    /bulan

    64,239 km

    6.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2014 Proton EXORA FL 1.6

    RM 27,500
    RM 327
    /bulan

    48,757 km

    10 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Proton EXORA BOLD PREMIUM 1.6

    RM 36,300
    RM 398
    /bulan

    52,369 km

    8 years

    Petaling Jaya

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 01

Yang hebatnya, nak cari Proton Exora Super Premium 2015 ini agak susah tetapi kalau ada, harga dalam pasaran terpakai sepatutnya berada dalam lingkungan RM 32k – 34k. Carsome sendiri ada Exora yang diperkatakan ini.

Proton Exora Super Premium 2015
Tempoh pinjaman Kadar faedah Ansuran bulanan Gaji minimum
5 tahun 3.5 - 4.1 % RM 570 - 610 ~RM 2,950

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 02

Juga bacaNak MPV luas 7 penumpang, bawah RM 60k & berenjin turbo? Pilih Proton Exora 2019 terpakai

Nissan X-Trail

SUV yang selalu dipandang biasa ini juga antara pilihan yang bagus.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 03

Malah, ia agak unik kerana terdapat konfigurasi 5+2 tempat duduk. Cumanya, beg udara yang dilengkapkan hanyalah 2 tetapi selain daripada itu, X-Trail sangatlah praktikal dan cukup menjimatkan petrol.

  • 2016 Nissan X-TRAIL CVT 2.0

    RM 62,300
    RM 774
    /bulan

    78,077 km

    8 years

    Cheras

  • 2015 Nissan X-TRAIL CVT 2.0

    RM 61,900
    RM 693
    /bulan

    118,046 km

    8 years

    Bayan Lepas

  • 2016 Nissan X-TRAIL CVT 2.0

    RM 74,000
    RM 811
    /bulan

    55,854 km

    7 years

    Kuala Lumpur

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 01

Dengan SUV yang semakin popular pada zaman sekarang, kebanyakan model laris sebenarnya sukar untuk mengalami kesusutan harga. Di sinilah X-Trail terpakai berbaloi untuk dibeli kerana harga dalam pasaran terpakai sudah susut ke tahap mampu milik.

Juga bacaPanduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus?

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 02

Sebagai contoh, model tahun 2016-2017 dalam Carsome kini berharga lebih kurang RM 63k – 70k sahaja.

Nissan X-Trail 2016 - 2017
Tempoh pinjaman Kadar faedah Ansuran bulanan Gaji minimum
7 tahun 3.6 - 3.9 % RM 860 - 950 ~RM 4,500
6 tahun 3.6 - 3.9 % RM 970 - 1,100 ~RM 5,000

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 03

Juga bacaReview Pemilik: 2018 Nissan X-Trail 2.0 Aero, SUV keluarga yang praktikal!

Honda Jazz

Ini satu lagi calon yang tidak boleh kita ketepikan. Lagipun, Honda Jazz merupakan hatchback segmen B bukan nasional yang paling laku ketika ia masih dijual secara rasmi. Kini di tahun 2023, ia tetap mantap dan betul-betul serba boleh.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 04

Antara kekuatannya adalah keluasan kabin, pengendalian, penjimatan minyak dan tahap praktikaliti yang luar biasa sekiranya anda menggunakan ciri Ultra Seats.

Harga pasaran sekarang dalam Carsome buat generasi ke-3 Jazz GK model tahun 2018 atau lebih baru pun dah cukup mampu milik.

5 kereta terpakai mantap untuk gaji bawah RM 5,000 di Malaysia, bayaran bulanan pula berapa? 05

Kalau ada bajet lebih, pilih terus varian paling atas iaitu 1.5V di mana ia lengkap dengan 6 beg udara. Harga sekarang pun dalam lingkungan RM 68k – 72k sahaja. Sekiranya bajet anda sedikit rendah, harga model tahun 2016 kini lebih kurang RM 60k tetapi spesifikasinya tetap sama.

  • 2017 Honda JAZZ E 1.5

    RM 62,800
    RM 688
    /bulan

    66,657 km

    6 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Honda JAZZ E 1.5

    RM 55,500
    RM 608
    /bulan

    78,438 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Honda JAZZ E 1.5

    RM 49,700
    RM 592
    /bulan

    58,786 km

    8.5 years

    Kuala Lumpur

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda