window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus?

Haris · Feb 22, 2021 08:00 PM

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 01

Nissan X-Trail generasi ketiga menampilkan pembaharuan yang radikal daripada Nissan. Sebelum ini, SUV 7 penumpang tersebut mengenakan rekaan yang lebih bersegi dan kotak namun generasi ketiga ini tampil bergaya dengan garis badan melengkung.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejatuhan jenama Nissan secara global turut dirasai oleh industri automotif tempatan. Jenama yang dahulunya Big 5 kini menjadi Big 4 dengan 2 jenama tempatan hampir mengungguli 70% pegangan pasaran.

Baca: Dominasi 2 jenama tempatan akan mengurangkan pilihan

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 01

Dalam dunia yang penuh persepsi, susut nilai yang dialami oleh model Nissan juga turun mendadak. Kini boleh didapati pada harga sekitar RM 60,000, adakah susut nilai Nissan X-Trail T32 menyebelahi anda?

Latarbelakang Nissan X-Trail T32

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 02

Model generasi ketiga Nissan X-Trail T32 ini melakukan debut global pada tahun 2013. Walaubagaimanapun, model ini hanya dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015, agak baru untuk sebuah panduan kereta terpakai.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 03

Ruang baris ketiga dilipat

Melihat kepada penyusutan harga yang dialami oleh model ini, ia menjadi suatu pilihan yang agak berbaloi kepada pembeli SUV 7 tempat duduk. Secara realistiknya, SUV ini berkonfigurasi tempat duduk 5+2 kerana kerusi baris ketiga tidak begitu besar.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 04

Turut didatangkan dengan kit badan Impul pada tahun 2016

Ketika dilancarkan, Nissan X-Trail T32 hadir dengan 2 varian yang berbeza pilihan enjin. Nissan X-Trail 2.0 2WD berharga RM 142,800 manakala Nissan X-Trail 2.5 4WD berharga RM 165,800.

Melihat kepada pasaran terpakai kini serendah RM 60k, SUV 7 penumpang ini tampak sangat berbaloi untuk dibeli.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 05

Skema warna Flaming Red dilancarkan pada tahun 2016

Jadi, apa yang menghalang pembeli untuk melamar SUV ini? Apa kata kita semak dulu masalah yang selalu dialami oleh Nissan X-Trail T32 ini.

Masalah Nissan X-Trail T32

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 06

Kami merujuk Mr Noel dari JTech Autoserv yang disyorkan oleh beberapa pemilik Nissan mengenai masalah yang biasa dialami oleh Nissan X-Trail T32. Menurut beliau, masalah yang selalu dihadapi adalah seperti berikut:

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 07

Kotak gear CVT - Kotak Gear CVT dari Nissan memang agak terkenal dengan masalah tetapi pada Nissan X-Trail T32 ini, masalah yang lebih spesifik adalah bearing yang berbunyi. Kos bagi menyelesaikan masalah bearing kotak gear ini adalah sekitar RM 2,000.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 08

Foto: Kumpulan pemilik

Masalah kod P0420 - Masalah kod P0420 memerlukan pemeriksaan kepada sensor oksigen dan catalytic converter. Sebarang kos baikpulih adalah mengikut komponen mana yang rosak.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 09

Foto: JTech Autoserv

Selain itu, bagi masalah haus dan rabak (wear and tear), beberapa komponen berikut perlu diperhatikan:

Komponen Anggaran Kos
Subframe bush RM 1,300
Lower arm bush RM 500 - RM 1,000
Stabilizer bush absorber depan dengan pautan (mounting) RM 1,300 - RM 1,500
Condenser penyaman udara RM 650 - RM 1,000
Cooling coil RM 1,100 - RM 1,300

Tips penjagaan dan membeli Nissan X-Trail T32

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 10

Milik Sreen Vasan

Selain daripada baikpulih Nissan X-Trail T32, Mr Noel juga memberikan sedikit tips penjagaan dan penyelenggaraan SUV ini. Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah penukaran minyak CVT. Sela penukaran minyak CVT adalah sekitar 30,000 km - 40,000 km.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 11

Disebabkan kotak gear CVT Nissan yang selalu bermasalah, disyorkan agar pemilik untuk memandu dengan lebih ‘jinak’ dan pastikan sebarang penukaran bendalir (minyak CVT) berada pada tahap yang tepat. Tak lebih dan tak kurang.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 12

Foto: JTech Autoserv

Bagi model Nissan X-Trail 2.0 2WD pula, pastikan anda melakukan walnut blasting pada bahagian injap pengambilan (intake valve). Kos bagi melakukan walnut blasting ini adalah sekitar RM 500.

Sebagai panduan, enjin 2.0 liter adalah enjin jenis Direct Injection manakala enjin 2.5 liter adalah jenis Port Injection.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 13

Model facelift dibezakan dengan lampu hadapan yang sedikit tajam di pertengahan

Bagi mereka yang berminat, model Nissan X-Trail T32 dijual pada tahun 2015 hingga 2019 sebelum model facelift dilancarkan. Sesetengah model masih lagi mempunyai warranti (ketika artikel ini ditulis) yang menyebabkan ia agak berbaloi untuk dibeli.

Kesimpulan

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 14

Warna yang jarang dijumpai

Tidak banyak tawaran SUV 7 tempat duduk yang boleh dibeli pada harga serendah RM 60k. Hal ini bermakna susut nilai yang dirasai oleh Nissan X-Trail T32 agak tinggi namun ia boleh menjadi kelebihan untuk anda.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 15

Masih baik. Foto Wing Tan

Oleh yang demikian, model Nissan X-Trail T32 ini sebenarnya agak baik untuk dimiliki. Masalah kotak gear CVT yang selalu digembar-gemburkan mempunyai kos baikpulih yang agak rendah kerana ia masalah komponen dalaman dan bukannya masalah keseluruhan kotak gear tersebut.

Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus? 16

Perlu lebih perhatian?

Membeli kereta terpakai tidaklah tanpa sedikit usaha lebih untuk memastikan pembelian tersebut baik dan selamat untuk digunakan. Apa pula pendapat anda mengenai model Nissan X-Trail T32 ini? Nyatakan di bahagian komen!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda