window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan X-Trail baharu (generasi T33) kini berharga 10 peratus lebih mahal, bersediakah anda?

Haris · Apr 11, 2023 06:00 PM

Nissan X-Trail baharu (generasi T33) kini berharga 10 peratus lebih mahal, bersediakah anda? 01

Nissan X-Trail baharu 2023, generasi T33 merupakan salah satu kisah kejayaan Nissan yang lebih baik sejak akhir-akhir ini, sekurang-kurangnya di Jepun. SUV 5- dan 7-tempat duduk ini dilancarkan di Jepun pada bulan Julai tahun lalu dan dengan pantas menjadi model X-Trail paling laris terjual dalam sejarah 22 tahun model. Sebanyak 12,000 unit pesanan terkumpul hanya dalam dua minggu.

Namun, masalah kekurangan komponen automotif yang berterusan, terutamanya komponen elektronik memaksa Nissan menghadkan pesanan hanya kepada varian warna satu tona sahaja.

Semalam, syarikat tersebut mengumumkan bahawa harga bagi Nissan X-Trail T33 tahun 2023 akan dinaikkan. Kenaikan harga yang diumumkan sangat tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan X-Trail baharu (generasi T33) kini berharga 10 peratus lebih mahal, bersediakah anda? 01

Varian asas iaitu X-Trail 1.5S 2WD 5-tempat duduk sekarang bermula dari 3,510,100 Yen, naik 10 peratus dari sebelum ini. Varian 4WD G e-4ORCE dengan dwi-motor yang paling mahal sekarang berharga 4,499,000 Yen, meningkat hampir 6 peratus.

Nissan mengatakan peningkatan harga adalah disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah dan kos logistik yang melanda global.

Nissan X-Trail baharu (generasi T33) kini berharga 10 peratus lebih mahal, bersediakah anda? 02

Selain daripada Nissan X-Trail, harga juga telah dinaikkan model untuk pasaran Jepun bagi Nissan Kicks, Nissan Caravan (NV350), Nissan AD, dan Nissan Elgrand.

Baca: Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun!

Nissan X-Trail baharu (generasi T33) kini berharga 10 peratus lebih mahal, bersediakah anda? 03

Enjin 3-silinder 1.5 liter turbo KR15-DDT pada Nissan X-Trail T33 ini mempunyai gandar engkol yang canggih bertujuan untuk mengubah nisbah kompresi ruang pembakaran. Ia menghasilkan 144 PS dan 250 Nm tetapi enjin tidak menggerakkan roda. Ia hanya berfungsi sebagai pengecas kuasa untuk mengisi bateri 1.8 kWh yang memberi daya kepada motor BM46 (204 PS / 330 Nm) di bahagian depan. Varian pacuan empat roda e-4ORCE akan mempunyai tambahan motor MM48 (136 PS / 195 Nm) yang menggerakkan roda belakang.

Nissan X-Trail baharu (generasi T33) kini berharga 10 peratus lebih mahal, bersediakah anda? 04

Bagi rantau kita, Nissan X-Trail T33 masih belum tersedia dalam barisan produk Edaran Tan Chong Motor. Bukan sahaja Malaysia, Nissan X-Trail T33 juga masih belum tersedia di Thailand dan Indonesia. Hanya Singapura yang mengimport SUV ini secara CBU sahaja yang telah menjalani pra-tayangan bagi X-Trail T33.

Punca bagi kemunduran Nissan boleh dibaca dengan lebih lanjut melalui pautan berikut.

Baca: Carlos Ghosn jelaskan mengapa Nissan lebih lemah berbanding Mitsubishi di Asia Tenggara

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda