window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG rancang hasilkan EV di Indonesia, hab pembuatan ke-2 di ASEAN selepas Thailand?

Mersita Β· Aug 7, 2023 02:00 PM

MG rancang hasilkan EV di Indonesia, hab pembuatan ke-2 di ASEAN selepas Thailand? 01

MG, jenama China-Britain yang masih tiada di pasaran Malaysia walau pernah dilihat di jalan raya atau diumumkan untuk pasaran kita, kini dilaporkan akan membina sebuah kilang di Indonesia.

Di samping rancangan untuk menjadikan kilang baru di Indonesia itu sebagai fasiliti berfokuskan pada kenderaan elektrik (EV), rancangan untuk pembuatan model berenjin pembakaran dalaman (ICE) juga diumumkan.

MG rancang hasilkan EV di Indonesia, hab pembuatan ke-2 di ASEAN selepas Thailand? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

β€œKami amat gembira dan bangga untuk mengumumkan rancangan kami dalam pembuatan kenderaan MG di Indonesia,” kata Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam MG Motor Indonesia, Arief Syarifudin dalam satu kenyataan rasmi kepada media Indonesia.

MG rancang hasilkan EV di Indonesia, hab pembuatan ke-2 di ASEAN selepas Thailand? 01

Ulasnya lagi, β€œLangkah ini membuktikan komitmen sebenar kami untuk hadir di Indonesia dengan menyediakan penyelesaian EV untuk orang ramai dan mentafsir-semula jangkaan mereka berhubung kemudahan pemilikan kenderaan berkelas dunia.”

Juga baca: Pengedar EV Primus di Thailand umum pelan untuk melancarkan Wuling Air di Malaysia pada 2024

MG rancang hasilkan EV di Indonesia, hab pembuatan ke-2 di ASEAN selepas Thailand? 02

Rancangan tentang di mana dan bila operasi kilang bermula belum lagi diumumkan. Tambahan pula, samada kilang MG di Indonesia ini bakal digunakan untuk mengeksport model ke luar negara ataupun eksklusif untuk pasaran domestik sahaja; juga belum diumumkan.

MG rancang hasilkan EV di Indonesia, hab pembuatan ke-2 di ASEAN selepas Thailand? 03

Wuling Air (atas) dan MG Comet (bawah)

Barisan MG di Indonesia buat masa ini terdiri daripada model-model yang diimport (CBU) dari Thailand. MG merupakan subsidiari SAIC Motor dari China, yang juga memiliki Wuling. Wuling sudahpun mempunyai kilang pembuatan di Indonesia yang memasang Wuling Almaz dan Wuling Air, antaranya.

Lebih menarik, Almaz dan Air dilencanakan semula (rebadged) dengan jenama MG di pasaran India – masing-masing sebagai Hector dan Comet.

MG rancang hasilkan EV di Indonesia, hab pembuatan ke-2 di ASEAN selepas Thailand? 04

Di Indonesia, EV MG4 (digelar sebagai MG Mulan di China) adalah satu-satunya EV yang ditawarkan oleh jenama itu dan dijual pada harga bermula dari IDR 649.9 juta (~RM 195k). Dua varian ditawarkan – Ignite dan Magnify i-Smart – yang dikuasakan oleh motor elektrik 170 PS/250 Nm dipasang di bahagian belakang kereta. Berbekalkan bateri 51 kWj, MG4 mempunyai jarak pandu sejauh 425 km (berdasarkan penilaian NEDC).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG MULAN Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia