window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top!

Faisal · Oct 30, 2023 08:00 PM

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 01

Membeli kereta terpakai sering menjadi sesuatu yang kurang meyakinkan dalam kalangan pelanggan. Antara sebabnya adalah kurang ketelusan daripada pihak penjual serta proses dan kos yang tidak begitu konsisten di pihak peniaga. Namun, faktor utama yang bermain di fikiran pembeli sebenarnya adalah kualiti dan sejarah kereta terpakai itu sendiri.

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 02

Pemeriksaan secara tidak rapi atau tidak menyeluruh pula menyukarkan lagi pembeli untuk menilai kondisi dan kualiti sebenar kereta tersebut. Dari sudut inilah kereta CARSOME Certified berbeza dengan kereta terpakai lain kerana ia diwajibkan melalui pemeriksaan ketat 175 titik dan kerja-kerja baik pulih kereta yang dibuat secara menyeluruh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaCARSOME Certified Lab di Klang kini pusat pengubahsuaian kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara!

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 01

Aspek kualiti ini banyak dibantu oleh proses baik pulih di CARSOME Certified Lab. Untuk makluman anda, makmal ini terlebih dahulu hanya memilih kereta pramilik dengan kondisi yang cemerlang dan dari sini, mereka akan membaik pulih untuk kelihatan lebih bagus dari segi kualiti.

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 02

Antara sudut yang diperiksa adalah aspek mekanikal dan struktur komponen seperti fungsi lampu dan sistem elektronik. Sebagai contoh, yang pertama sekali, mereka akan menggunakan alat pengesan diagnostik untuk memastikan semua komponen elektronik seperti ECU, EPS, ABS atau beg udara berfungsi dengan baik.

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 03

Seterusnya pula, CARSOME Certified Lab akan menjalankan ujian keseimbangan dan penjajaran roda. Bunga tayar dan pad brek pula diperiksa supaya ketebalan masing-masing mencapai standard piawaian JPJ.

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 04

Selepas itu, CARSOME Certified Lab akan membuat penukaran minyak pelincir enjin, pemeriksaan bendalir, servis dan pembersihan penyaman udara. Kalau perlu, mereka juga akan menggantikan bahagian seperti pengelap cermin, cermin yang retak, kamera, pengesan parkir, GPS dan sebagainya. Di samping itu, juruteknik berpengalaman mereka juga akan memeriksa kelancaran operasi enjin, kotak gear, sistem stereng dan sistem ampaian (suspension) supaya kondisi kereta berada dalam keadaan optimum.

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 05

Untuk estetik seperti sebuah kereta baharu pula, segala bahagian yang didapati ada kemek, calar atau permukaan yang nampak ganjil akan dititikberatkan mengikut kriteria yang ketat dan juruteknik akan menentukan sekiranya kerja-kerja membaiki panel badan atau cat semula perlu dilaksanakan. Jika perlu, kereta akan dicat dengan cat OEM yang berkualiti dan juruteknik akan meratakan permukaan yang dicat semula sama paras dengan badan kereta untuk hasil kerja yang sempurna.

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 06

Dan akhir sekali, setiap kereta akan melalui proses menggilap 3 tahap pada bahagian luar serta proses membaik pulih bahagian kabin untuk memberikan pengalaman yang memuaskan hati buat para pembeli.

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 07

Kemudian sebelum disenaraikan dalam laman dan aplikasi CARSOME, kereta yang dibaik pulih di CARSOME Certified Lab akan melalui pemeriksaan kualiti (QC) dan PUSPAKOM untuk jaminan layak guna kenderaan. Menariknya, dalam CARSOME Certified Lab sendiri ada pusat pemeriksaan PUSPAKOM mudah alih di mana tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko kerosakan penghantaran dan mengelak daripada merugikan kilometer setelah kereta itu dibaik pulih dengan begitu menyeluruh untuk pemilik baru.

Juga bacaBaiki 2,000 unit kenderaan sebulan, Carsome Certified Lab kini pusat 'refurbish' kereta terbesar ASEAN!

CARSOME Certified Lab - pusat baik pulih kereta terpakai hingga kualiti menjadi tip-top! 08

Oleh itu, untuk anda yang hendak mencari kereta terpakai berkualiti, dengan proses yang mudah serta boleh dipercayai, serahkan kepada CARSOME di mana setiap kereta yang tersenarai telahpun lulus pemeriksaan 175 titik, bebas dari penipuan milej (jika ada, boleh rujuk ke pihak CARSOME), kerosakan banjir, kebakaran dan kemalangan besar. Malah, setiap pembelian dijamin dengan waranti 1 tahun dan disokong oleh jaminan pulangan wang selama 5 hari. Jadi, layari CARSOME hari ini atau muat turun aplikasi CARSOME sekarang.

Juga bacaJaminan pulangan wang 5 hari dari CARSOME tiada tandingan! Ini cara mudah untuk anda mendapatkannya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda