window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai

Faisal · Aug 21, 2023 04:35 PM

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 01

Untuk anda yang berniat menjual kereta ke pasaran terpakai, kereta anda sebenarnya hanya bernilai sebanyak mana yang orang itu sanggup bayar. Kalau tiada siapa yang berminat, mungkin anda kena nilai semula harga tersebut dan tanya apa sebab ia tidak mendapat sambutan.

Antara puncanya mungkin dari ubah suai yang telah anda terapkan di mana ia mungkin bukan citarasa mereka. Mari kami jelaskan 5 perkara yang boleh merosakkan nilai jualan semula buat kereta anda.

1. Warna kereta yang terlalu unik ataupun ‘wrap’ yang nampak murah

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Warna kelabu, perak atau putih selalunya mendapat harga yang lebih tinggi sewaktu anda hendak menjual kereta tersebut.

Hal ini kerana warna-warna ini lebih selamat dan tidak keterlaluan. Disebabkan ini jugalah balutan ‘wrap’ menjadi trend sekarang ini kerana ia tidak menukar langsung warna asal dan mudah untuk pemilik mengubah suai ke warna berbeza.

Apapun, balutan ini ada banyak gred. Kalau tidak berkualiti, silap haribulan warna asal kereta anda boleh tertanggal sewaktu mencabut wrap tersebut. Malah, ada juga kes di mana ia kekal dan tidak boleh ditanggal.

2. Suspensi ‘lowered’ atau lebih keras

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 01

Demi membuatkan kereta nampak lebih sporty atau lebih bagus dari segi pengendalian, ramai pemilik didapati menukar ke spring rendah atau terus ke suspensi coilover boleh laras.

Cuma kesannya, pemanduan rasa lebih keras dan ini secara tidak langsung mengurangkan tahap keselesaan penumpang. Kalau anda hanya menukar ke spring rendah tanpa menukar penyerap hentakan, kadar penyerapan akan lari dan ini juga membuatkan pemanduan menjadi tidak selesa.

3. Modifikasi prestasi yang meningkatkan kadar penggunaan bahan api

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 02

Kebiasaannya, peningkatan prestasi melalui ubah suai akan meningkatkan tahap penggunaan bahan api. Lagipun, nak hasilkan lebih kuasa pasti memerlukan lebih banyak bahan bakar.

Yang tak bestnya, komponen prestasi yang diterapkan mungkin hanya dimahukan oleh segelintir pihak sahaja kerana kebanyakan pembeli akan mencari kereta yang paling standard mereka boleh dapat untuk mendapat tahap jangka hayat terbaik dan penjimatan bahan bakar.

4. Ekzos yang lebih bising

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 03

Pengubahsuaian komponen ini juga termasuk dalam aspek prestasi tetapi kebanyakannya hanya meningkatkan kebisingan bunyi eksos sahaja.

Tidak dinafikan bahawa melodi yang dilontarkan selalunya lebih sedap tetapi penumpang di belakang mungkin tidak suka akan karakter sebegitu sekiranya berjalan jauh. Rata-rata pembeli pun mungkin tidak minat langsung akan bunyi yang lebih kuat.

5. Alat ganti bukan tulen atau jenis murah

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 04

Harga benda yang bagus tidak akan murah dan benda murah pula belum tentu bagus. Aspek paling senang untuk dilihat dalam konteks ini adalah jenama tayar yang diguna.

Pemilihan tayar jenama tidak terkemuka boleh menjejaskan prestasi, terutamanya untuk pemberhentian dan cengkaman. Untuk pengetahuan anda, pembeli yang berminat dengan kereta anda juga boleh beranggapan bahawa anda tidak menjaga kereta dengan betul sekiranya memakai tayar dari jenama entah apa-apa.

Bercakap mengenai pembeli, ini 5 perkara yang mereka perlu diteliti sewaktu membeli kereta terpakai

1. Periksa kualiti warna badan, jurang panel, bahagian enjin dan bahagian bawah kenderaan

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 05

Tiada siapa yang tertarik dengan kereta kotor atau ada calar-balar. Eksterior yang bersih dan kemas adalah antara bukti kereta itu dijaga dengan baik. Jadi, periksa badan kereta dalam keadaan terang supaya anda dapat lihat dengan jelas.

Selain itu, periksa bahagian jurang antara panel badan serta teliti akan sebarang pantulan permukaan yang tidak sekata. Kalau nampak sesuatu yang pelik, mungkin kereta tersebut pernah mengalami kemalangan dan kerja-kerja pembaikan pasti tidak dibuat dengan sempurna.

Kalau ada karat pula, elakkan terus dari unit tersebut. Antara bahagian yang mudah untuk anda mengesan karat ialah bumbung, dinding bahagian enjin, dalam arca roda dan bawah karpet lantai.

Dalam masa yang sama, anda boleh periksa bawah kenderaan untuk lihat akan sebarang kerosakan pada papan lantai, rel casis atau pada bahagian mekanikal.

2. Sejarah servis yang lengkap

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 06

Rekod servis yang penuh dan sejarah kerja-kerja pembaikan menunjukkan bahawa pemilik kereta itu adalah seorang yang teliti dan bertanggungjawab. Pembelian terus dari pemilik selalunya akan mendapat dua perkara ini. Kalau dari pengedar, mereka selalunya akan ubah perbatuan kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, untuk pembelian dari CARSOME, pelanggan akan mendapat jaminan kualiti yang tinggi dan uniknya, waranti juga diberi selama 1+1 tahun.

3. Periksa semua fungsi dan kelengkapan

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 07

Penyaman udara sebagai contoh, sekiranya ada bau busuk atau bunyi yang tidak dingini, lupakan sahaja unit tersebut kerana kerja-kerja membaikpulih adalah mahal dan tidak berbaloi dengan masa, kecualilah kalau itu kereta istimewa.

Selain itu, periksa juga komponen elektronik seperti lampu, suis tingkap, pengelap cermin, tombol isyarat, kluster instrumen, kekunci pintu dan sistem audio.

Di samping itu, periksa juga pada bahagian panel interior kerana membaiki atau menukar ke panel baharu boleh jadi lagi mahal daripada komponen-komponen mekanikal.

4. Pandu uji

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 08

Memandu uji walaupun untuk masa singkat pun dapat merungkai beberapa isu atau masalah yang mungkin belum diketahui. Anda takkan tahu sekiranya penyerap hentakan sudah haus, enjin sudah kasar, alignment stereng sudah lari atau sebarang bunyi-bunyi pelik selagi kereta belum bergerak.

Apapun, sebaik sahaja anda menghidupkan enjin, pastikan ia mudah untuk dihidupkan dan melahu dengan lancar.

Sekiranya jurujual tidak memberi peluang untuk pandu uji, lupakan sahaja unit tersebut.

5. Kondisi tayar

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 09

Pastikan anda periksa bahagian berikut:

Usia tayar: Cari penanda tahun pembuatan tayar dan periksa sama ada keempat-empat tayar dibuat dalam tahun sama. Ini dapat memberitahu sama ada semua tayar ditukar serentak atau tidak.

Kerosakan tayar: Bahagian dinding tayar yang dah kikis bermaksud pemandu sebelum ini bukan pemandu bagus dan ini secara tidak langsung bermaksud ada lagi kerosakan yang dibuat di mana ia mungkin melibatkan bahagian tempat lain. Tayar itu sendiri juga mungkin tidak lagi selamat untuk diguna.

Kehausan tayar: Kehausan yang tidak sekata bermaksud pemilik sebelum ini tidak menjaga kereta dengan baik. Kehausan pada bahagian dalam dan luar bermaksud ada alignment atau rotation tidak dibuat secara berkala, ataupun suspensi itu sendiri ada isu.

Tayar yang tidak serupa: Kalau salah satu dari 4 tayar didapati tidak sama bermaksud kereta tidak dijaga dalam keadaan sebaik mungkin kerana lain jenama atau jenis tayar, lain tahap brek dan pengendaliannya. Ketidakseimbangan ini boleh menjejaskan kemampuan kereta tersebut.

CARSOME kini menawarkan waranti 1+1 tahun

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 10

Program CARSOME Extended Warranty Program (EWP) ini tidak memakan kos anda satu sen pun dan ia ditawarkan sehingga 31 Ogos 2023. Secara amnya, pembeli kereta CARSOME Certified terpilih mendapat tambahan lagi 1 tahun untuk waranti 1 tahun yang diberi secara standard, sekaligus memberikan waranti selama 2 tahun.

Secara teknikal, waranti ini disokong oleh Allianz, dan pelan 1+1 ini diibarat seperti menawarkan pelan Gold untuk pembeli terpilih.

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 11

Dalam Gold Plan ini, komponen seperti enjin, transmisi, penyaman udara dan beberapa bahagian elektrik dan elektronik akan dijamin untuk 20,000 km / 1 tahun (yang mana datang dahulu).

Jumlah yang disokong adalah sebanyak RM 50,000 per polisi dan RM 10,000 had maksimum untuk setiap tuntutan.

Kereta yang ada dalam CARSOME Certified untuk program EWP 1+1 ini adalah Honda City, Honda Jazz, Toyota Vios dan Nissan Almera.

Unit yang layak pula adalah yang memiliki waranti pengeluar yang tinggal kurang dari 6 bulan.

Kalau anda berminat untuk beli kereta dengan CARSOME, boleh lihat model yang ada di sini. Kereta yang berada dalam 1+1 Extended Warranty Programme pula boleh dilihat di sini.

Dalam masa yang sama, kalau anda perlu jual kereta dan hendak menaik taraf, proses yang mudah boleh dibuat dengan klik di sini.

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 12

Buat masa sekarang, CARSOME ada memberi tawaran istimewa sekiranya anda menjual kereta kepada mereka. Untuk model terpilih dalam tawaran ini, CARSOME akan bantu lagi RM 500 dari harga yang dipersetujui.

Tawaran RM 500 ini sah untuk model-model popular di bawah sahaja:

  • Honda City
  • Honda Jazz
  • Honda Civic
  • Toyota Vios
  • Toyota Yaris
  • Toyota Corolla Altis
  • Nissan Almera
  • Mazda 2
  • Mazda 3

Menariknya, untuk anda yang hendak menjual Perodua atau Proton, CARSOME akan tambah lagi RM 300 untuk harga yang dipersetujui.

Namun begitu, kedua-dua tawaran ini hanya untuk persetujuan harga RM 10,000 dan ke atas.

Akhir sekali, promosi ini hanya untuk temujanji menjual dari laman sesawang atau walk-in. Anda boleh membuat temujanji untuk menjual kereta dalam laman CARSOME di sini.

Secara amnya, semua kereta CARSOME Certified diperiksa sehingga 175-bahagian dan dibaikpulih secara profesional. Jadi, lawati CARSOME hari ini atau muat turun aplikasi kami.

5 perosak nilai 'resale' kereta anda dan 5 perkara yang wajib diperiksa sewaktu membeli kereta terpakai 13

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda