window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar

Faisal · Jun 17, 2023 10:00 AM

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar 01

Pepatah ada mengatakan bahawa anda boleh tahu banyak tentang seseorang itu melalui apa yang dipakai di kakinya. Menariknya, perkara ini juga boleh dilihat pada kereta.

Maksud kami di sini ialah bahagian tayar dan bagaimana ia telah diguna atau dijaga. Perkara ini sebenarnya penting untuk anda yang hendak mencari kereta terpakai yang berkualiti. Jagi, bagaimana hendak kenal pasti?

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, tayar adalah komponen yang paling mahal kalau bercakap tentang penjagaan kereta dan pemilik selalunya akan lengahkan dahulu atau membuat kompromi kerana mahu berjimat. Masalahnya, perbuatan sebegini boleh menjejaskan tahap keselamatan dan prestasi keseluruhan kenderaan tersebut.

Jadi, untuk anda yang hendak mencari kereta terpakai, teliti juga bahagian tayarnya melalui tiga aspek di bawah.

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar 01

Usia tayar – anda boleh lihat tahun tayar tersebut dibuat melalui tanda 4 digit pada bahagian dinding. 3 digital terakhir menandakan bulan dan tahun dibuat, mengikut turutan dari kiri. Sekiranya label didapati berlainan antara ke-empat-empat tayar, maknanya anda boleh tahu yang mana ditukar dahulu dan yang mana ditukar kemudian. Perlu dimaklumkan bahawa setiap tayar juga mempunyai jangka hayat sekitar 5 tahun sahaja.

Juga bacaNak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya?

Kerosakan tayar – tayar yang bahagian dindingnya macam dah terkopek atau tergiris semestinya sudah tidak berapa selamat untuk diguna. Dari sini juga anda boleh tahu bagaimana kereta itu dipandu kerana kalau dia berhemah, dinding tayar takkan jadi sebegitu rupa.

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar 02

Kehausan tayar – tayar yang hausnya tidak begitu seimbang menunjukkan bahawa penjagaan dari pemilik sebelumnya tidak berapa bagus. Haus pada bahagian dalam/luar menunjukkan bahawa alignment tidak dibuat mengikut jadual atau ada masalah lain pada bahagian sistem suspensi.

Juga baca'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya?

Tips tambahan: Pentingkan juga jenama tayar

Jenama tayar pada kenderaan terpakai itu juga dapat memberitahu kita sama ada pemilik sebelumnya berjimat atau tidak kompromi langsung dalam bab penjagaan dan penyelenggaraan. Kalau tayar tersebut adalah dari jenama terkemuka, ia membuktikan bahawa pemilik betul-betul mengeluarkan kos untuk benda yang penting.

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar 03

Kalau anda nak tahu, jenama tayar yang ternama banyak mengeluarkan belanja dalam R&D, kejuruteraan, ujian dan menghasilkan tayar yang mencengkam dengan kadar yang lebih mantap tanpa menjejaskan tahap keselesaan dan jangka hayat. Disebabkan inilah harganya lebih mahal. Antara jenama yang boleh dipertimbangkan ialah Michelin, Bridgestone, Goodyear, Pirelli, Yokohama, Dunlop, Continental, Toyo dan Hankook. Jadi, anda boleh jadikan jenama tersebut sebagai rujukan akan hal yang diceritakan.

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar 04

Satu lagi tanda penjimatan kos adalah menggantikan tayar dengan jenama berbeza. Kalau jenama atau model yang lagi hebat atau sekufu tidak mengapa lagi. Tetapi kalau lagi rendah, ini semestinya akan memberi kompromi dari segi prestasi cengkaman dan keselamatan.

Juga baca“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal?

Dalam hal yang sama juga, perbuatan sebegitu dapat memberitahu bahawa pemilik sebelumnya tidak begitu menghiraukan akan aspek penjagaan terpenting buat keselamatan sesuatu kenderaan iaitu benda yang menghubungkan antara keseluruhan kereta dengan jalan raya.

4 petua mudah untuk cari kereta terpakai berkualiti dengan hanya melihat kondisi tayar 05

Nak senang, cari terus di Carsome yang mana kereta terpakai yang tersenarai dijamin dalam keadaan terbaik. Setiap pembelian pula lengkap dengan waranti 1 tahun termasuk jaminan pulangan wang selama 5 hari.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda