window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya?

Zamil Syaheer ยท Dec 4, 2021 08:00 PM

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 01

Setelah memandu kereta kesayangan anda buat sekian lamanya, akhirnya sudah tiba masa untuk membeli tayar baru. Dah sampai kedai, terjumpa pula satu set yang agak murah. Anda pun membelek tayar tersebut, dan mendapati ia adalah tayar yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Kini, terdetik pula persoalan sama ada tayar tersebut selamat untuk digunakan ataupun tidak. Maklumlah, dah nak masuk tahun 2022.

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kemudian, mungkin anda terfikir sama ada tayar mempunyai tarikh luput ataupun tidak?

Jawapan ringkas: tayar yang tidak digunakan hanya disyorkan untuk disimpan dengan baik selama enam tahun maksima sebelum ia diisytiharkan tidak sesuai untuk digunakan, tidak kira sama ada bunga masih tebal atau tidak.

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 01

Sebelum kita masuk ke era 2000an, tayar mempunyai had simpanan tidak lebih daripada 10 tahun dari tarikh pembuatannya. Kini, garis panduan yang dipersetujui secara umum ialah 6 tahun, dan ini mengandaikan bahawa ia disimpan di dalam rumah, jauh dari sinaran ultra ungu matahari.

Juga baca: Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik?

Saya jarang memandu kereta saya, jadi berapa lama tayar saya boleh tahan?

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 02

Ramai yang percaya bahawa selagi benang pada tayar masih tebal kerana mereka tidak memandu kereta mereka dengan kerap sejak dua tahun lalu kerana ‘lockdown’, maka anda tidak perlu menukarnya.

Walau bagaimanapun, getah tayar boleh teroksida dan menjadi keras apabila terdedah kepada pelbagai unsur, terutamanya matahari. Jadi, walaupun bunga tayar anda masih tebal, kondisi getah tetap akan merosot.

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 03

Menurut Bridgestone Malaysia:

Perbatuan yang rendah sebenarnya tidak menjadi masalah walaupun kereta jarang digunakan, tetapi penuaan tayar akan terjadi. Penuaan tayar berlaku sekiranya kereta diletakkan dalam tempoh yang lama, dimana getah akan teroksida dan menyebabkan ianya retak secara halus.

Penuaan tayar adalah lebih teruk jika kereta diletakkan di bawah terik matahari tanpa sebarang perlindungan. Adalah disyorkan untuk memandu kereta sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk jarak yang singkat sahaja.

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 04

Pergerakan tersebut akan memindahkan antioksida atau antiozon dalam getah ke permukaan luar bunga tayar dan dinding sisi. Antioksidan akan membentuk lapisan perlindungan dan melambatkan kesan penuaan tayar.

Tetapi persoalannya, jika anda mempunyai bajet atau menghadapi kekurangan stok tayar, bolehkah anda membeli tayar yang dikeluarkan pada tahun 2019?

Juga baca: Kenapa angin tayar saya boleh berkurang?

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 05

Pada masa penulisan, iaitu 2021, jawapan ringkasnya ialah ya. Tetapi jika anda membaca artikel ini pada tahun 2024, maka kami mengesyorkan anda menyemak sama ada getah telah mengeras sebelum membelinya.

Dalam kes kereta dengan perbatuan yang rendah, tayar boleh digunakan selama lebih daripada 5 tahun jika ia dipandu dengan kerap, walaupun untuk jarak pendek kerana putaran tayar akan melambatkan penuaan tayar.

Juga baca: "Kenapa tayar kereta boleh meletup?" Ini sebabnya

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya? 06

Tetapi adalah disyorkan untuk memeriksa keadaan tayar anda untuk keretakan garis halus pada dinding sisi atau tanda-tanda getah mengering.

Untuk menyemak bila tayar dikeluarkan, hanya lihat pada kod DOT empat digit yang akan menunjukkan minggu dan tahun tayar itu dibuat. Dua digit pertama menunjukkan minggu, manakala dua digit terakhir menunjukkan tahun. Baca lebih lanjut mengenainya di sini.

Juga baca: Mencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda