window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bridgestone Potenza Sport - tayar OEM kereta 'sport' dari RM 959, kini rasmi di Malaysia!

Haris · Nov 8, 2021 03:00 PM

Bridgestone Potenza Sport - tayar OEM kereta 'sport' dari RM 959, kini rasmi di Malaysia! 01

Tayar merupakan antara aspek yang penting dalam pemanduan sehari-harian bagi setiap kenderaan. Mencari set tayar yang kena dengan cara pemanduan adalah sangat penting, lebih lagi jika anda memandu jentera berprestasi tinggi yang memerlukan perhatian dan penggunaan berbeza.

Oleh itu, Bridgestone hari ini telah memperkenalkan tayar siri POTENZA yang baharu - Bridgestone POTENZA Sport. Menggunakan slogan Better Never Settles, POTENZA Sport direka bentuk menggunakan teknologi tayar terkini dan menawarkan prestasi kestabilan jalan yang unggul.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bridgestone Potenza Sport - tayar OEM kereta 'sport' dari RM 959, kini rasmi di Malaysia! 01

Bridgestone POTENZA Sport adalah tayar terbaik daripada keseluruhan siri POTENZA. Ia menetapkan standard baharu dalam kenderaan prestasi sport premium dan mewah dalam mengambil selekoh yang luar biasa dan kestabilan garis lurus, di samping kawalan yang cemerlang pada kedua-dua keadaan jalan kering dan basah.

Bridgestone Potenza Sport - tayar OEM kereta 'sport' dari RM 959, kini rasmi di Malaysia! 02

Bridgestone POTENZA Sport menampilkan pelbagai teknologi baharu dan inovatif dalam reka bentuk corak bunga, bahan dan pembinaan. Goresan 3D yang inovatif digunakan pada reka bentuk corak bunga tayar untuk meningkatkan kekuatan dari segi potongan, serta menambah baik dan meningkatkan rintangan dan pelelasan brek.

Bridgestone juga menggunakan bahan hibrid yang mengukuhkan binaan tetulang tayar terbaru untuk memaksimumkan kestabilan tayar pada kelajuan tinggi.

“Menggantikan model Bridgestone Potenza S007A, Bridgestone POTENZA Sport direka untuk memenuhi keperluan dan jangkaan pelbagai jenis sedan dan SUV sport premium serta pemandu kereta sport berprestasi tinggi dengan membuka potensi kenderaan mereka sambil mengekalkan kawalan terbaik kenderaan tersebut.”, komen Michael Chung, Pengarah Urusan, Bridgestone Tyre Sales (M) Sdn. Bhd.

Bridgestone Potenza Sport - tayar OEM kereta 'sport' dari RM 959, kini rasmi di Malaysia! 03

Bridgestone POTENZA Sport ialah tayar asal yang digunakan pada beberapa jenama kereta sport premium seperti BMW M5, Ferrari Portofino, Maserati Ghibli, Porsche Macan dan Jaguar F-Type.

Tidak lupa juga, model supercar seperti Maserati MC20, Lamborghini Huracán STO turut menggunakan Bridgestone POTENZA Sport dari barisan pengeluaran.

Bridgestone POTENZA Sport kini boleh didapati dalam 16 saiz berbeza antara 18 hingga 19 inci dan boleh dibeli daripada pengedar sah Bridgestone. Harga bermula dari RM 959 hingga RM 1,723 mengikut saiz. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Potenza Sport dan rangkaian peniaga, sila layari www.bridgestonetyre.com.my

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda