window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan

Mersita · Jul 23, 2023 02:00 PM

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan 01

Pemandu di Malaysia tak kira dimana mereka berada pasti pernah terjumpa kenderaan samada trak pikap mahupun kereta penumpang biasa yang lampunya terang semacam sehingga menyilaukan mata. Sebahagian daripadanya mungkin memodifikasi lampu hadapan secara retrofit, manakala segelintir pula mungkin ‘terpasang’ lampu kabus tanpa ada keperluan nyata.

Lebih menyakitkan apabila lampu kabus belakang yang dinyalakan, kerana pemandu di belakang kereta berkenaan terpaksa bertahan dengan sinaran lampu merah yang menyilaukan dan terpaksa memotong supaya boleh memandu dengan selesa.

Apakah fungsi lampu kabus depan/belakang dan DRL?

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semakin banyak kereta di jalan raya dilengkapi 'daytime running lights' (DRL) di bahagian hadapan kereta yang bertujuan untuk meningkatkan keterlihatan (visibility) kenderaan supaya pejalan kaki, misalnya, boleh sedar akan kehadiran kenderaan dengan lebih cepat dan mudah. Dalam suasana terang mahupun gelap, DRL menyala sepanjang masa. Ini juga sebabnya mengapa Perodua Axia tiada suis 'Off' untuk lampu hadapan.

Juga baca: Ini penjelasan ringkas kenapa Perodua Axia tak ada suis 'Off' untuk lampu depan!

Berbeza bagi lampu kabus pula; penggunaannya haruslah sesuai dengan kawasan dan suasana. Terutamanya lampu kabus belakang yang meningkatkan keterlihatan di laluan gelap dan berkabus. Kegunaannya di Malaysia mungkin tidak seberapa, namun ia penting di kawasan tertentu dimana kabus tebal boleh terbentuk.

Bagaimapun, semakin banyak pengeluar kenderaan terutamanya jenama mewah – seperti Audi, Mercedes-Benz dan Genesis – sudah perlahan-lahan menggugurkan lampu kabus hadapan daripada ‘spec’ model-model mereka. Pengeluar kereta seperti Perodua juga sudah mula menggugurkan lampu kabus hadapan pada model varian rendah. Dakwa mereka, teknologi lampu hadapan kereta-kereta ini sudah cukup moden untuk menggantikan lampu kabus dan mampu berfungsi sama sepertinya, ala '2-in-1'.

Lampu kabus hadapan yang berasingan selalunya dipasang di bahagian bawah bampar dan menumpukan cahaya terus ke permukaan jalan kerana kabus paling tebal terbentuk paling rapat ke permukaan jalan. Pancarannya berjarak pendek dan mencahayai bahagian bawah kabus, mungkin hanya bagus untuk melihat penanda jalan atau longkang berjarak dekat. Namun, keberkesanannya hanya terserlah apabila kenderaan dipandu perlahan.

Bagaimanapun, ini tidak bermaksud anda tak perlu nyalakannya langsung. Jika kenderaan anda ada lampu kabus hadapan, nyalakan saja, terutamanya apabilanya keterlihatan pemandu pada jalan raya menurun ke bawah 100 meter.

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan 01

Pancaran lampu hadapan (headlights) tidak begitu membantu dalam suasana berkabus kerana kelembapan dalam udara memantulkan semula cahaya lampu hadapan. Maka, penggunaan lampu kabus mungkin berguna dalam situasi ini, walau ia hanya berguna jika kenderaan dipandu dengan sangat-sangat perlahan. Foto: startrescue.co.uk

Lampu kabus belakang pula, seperti yang dilihat pada Proton X50 dan X90, boleh meningkatkan keterlihatan kenderaan itu sendiri dalam pelbagai situasi seperti jalan gelap berbukit dan berselekoh tajam dalam cuaca hujan lebat. Kenderaan lain di belakang boleh lebih peka akan kehadiran kereta di hadapan terutama dalam keadaan berkabus.

Lebih bagus, nyalakan 'hazard lights' sekali untuk lebih berhati-hati.

Bila pemandu patut nyalakan lampu kabus?

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan 02

Lampu kabus belakang Proton X90 menyala. Silau, kan?

Lampu kabus, seperti namanya, tidak perlu dinyalakan apabila tak perlu. Walau ia berguna dalam situasi tertentu,ia boleh mengganggu pemandu lain jika dihidupkan secara sengaja atau tidak di tempat/situasi tidak sepatutnya.

Ya, tahulah kereta besar lagi canggih anda ada bermacam kelengkapan, namun ini tak bermakna anda boleh tidak peka akan keadaan sekeliling. Silalah matikan lampu kabus anda apabila berada di tengah kota atau kawasan luas terang-benderang kerana banyak pengguna jalan raya lain tidak selesa dengan lampu silau selain berpotensi mengundang bahaya.

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan 03

Simbol pada suis lampu kabus depan (kiri) dan belakang (kanan). Periksa manual pemandu masing-masing kalau tak jumpa. Kredit foto

Satu hari nanti mungkin lampu hadapan pun tak ada?

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan 04

Memetik laporan The New York Times, jenama mewah seperti Audi, Cadillac, dan Genesis berkata lampu hadapan berteknologi tinggi pada kereta moden mereka menjadikan tambahan lampu kabus “tidak perlu”. Walau dakwaan ini tidak diuji, badan seperti Consumers Union dan Insurance Institute for Highway Safety (AS) pun tidak menjalankan ujian untuk lampu kabus dan tidak dapat mengesahkan keberkesanannya.

Beberapa pengeluar seperti Mercedes-Benz menggunakan ruang yang dahulunya untuk lampu kabus sebagai lampu signal atau DRL. Audi pula menggunakan ruang ini untuk memasang radar bagi teknologi ADAS seperti kawalan peluncuran adaptif.

Fog lamps: Perlu ada atau bikin silau saja? Ini kegunaan lampu kabus dan bila ia patut dinyalakan 05

Menurut laporan itu juga, Cik Stockburger daripada Consumer Reports berkata teknologi baru boleh menjanjikan penyelesaian kepada jalan berkabus. Misalnya, sistem penglihatan malam (night-vision) inframerah yang sudah disediakan pada kereta mewah seperti Mercedes, BMW, dan Audi mampu ‘melihat’ menembusi kabus, salji atau kegelapan dengan mengesan haba objek dan memaparkan imejnya pada skrin di dalam kabin kereta.

Teknologi seperti radar dan lidar, serta sistem brek kecemasan automatik yang boleh memberhentikan kereta sebelum pelanggaran dengan sendirinya, mempunyai potensi untuk “melihat apa yang mata kita tak dapat lihat,” kata Cik Stockburger lagi.

“Mungkin kereta anda akan berhenti dengan sendirinya dan anda tak tahu kenapa,” katanya. Dengan pemodenan sistem komunikasi antara kenderaan, mungkin kereta anda nanti boleh memberitahu kereta di belakang untuk berhenti. Bukan saja lampu kabus yang akan perlahan-lahan pupus ditelan arus kemodenan; mungkin satu hari nanti, kereta sudah tidak perlukan lampu hadapan.

Juga baca: Lampu LED kenderaan mewah di dunia seperti BMW rupanya hasil produk dari Melaka!

Pemilik Perodua Myvi dikecam "netizen", ubah lampu belakang sampai membahayakan keselamatan!

Video: Lampu "high beam" Toyota Vellfire terlampau terang dikecam, berbahaya kepada pengguna lain!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda