window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta

Faisal · Jun 17, 2023 02:00 PM

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 01

Kalau anda perasan, kereta sebenarnya bukan setakat menarik minat pengguna, malah haiwan seperti kucing, burung dan binatang liar seperti ular juga tertarik dengan kereta. Tetapi yang paling menyakitkan hati sebenarnya adalah kucing kerana badan kereta sampai boleh calar-balar dibuatnya, akibat oleh cakaran kuku untuk memanjat atau menurun dari kereta.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 02

Kucing juga selalu tidur bawah kereta atau di celah tayar. Agak bahaya untuk EV yang tiada bunyi langsung kerana ia mungkin tak sempat lari sebelum kenderaan mula bergerak.

Manusia semestinya faham bahawa tidur di atas permukaan yang sedikit sejuk atau panas bergantung pada cuaca sememangnya sesuatu yang mengasyikkan tetapi kalau dah sampai menjejaskan badan kereta, pasti sesuatu harus dibuat. Jadi, cuba ikuti 6 petua mudah dari way.com seperti yang diperincikan di bawah.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Sembur pewangi

Kucing tidak suka bau wangi dan antara yang paling dibencinya adalah jenis rosemary dan lavender kerana ia membuatkan mereka rasa tidak selesa. Jadi, cuba sembur cecair wangian itu di sekeliling kereta.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 01

Lada boleh menghalang kucing daripada duduk di tempat tersebut.

2. Guna bau dari serbuk bahan mentah kering di dapur

Kucing juga tidak suka serbuk lada, cili, kulit limau atau kapur barus. Untuk bahan yang disebutkan, anda boleh bungkuskan ke dalam beg plastik dan tebuk beberapa lubang supaya aromanya boleh dihidu oleh si kucing. Kemudian, letak di sekeliling kereta dekat kawasan tempat parkir rumah anda atau di tempat kucing selalu duduk seperti di hud, bumbung dan sebagainya.

Apapun, untuk kulit limau, anda tidak digalakkan meletakkan ia berdekatan dengan badan kereta kerana kandungan asid yang ada boleh melunturkan warna.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 02

3. Guna pembunyi ultrasonik

Alat bunyi jenis ultrasonik iaitu yang berfrekuensi 20,000 Hz ke atas sebenarnya boleh didengari hanya oleh telinga haiwan seperti kucing, anjing dan tikus. Bunyi ini pula akan dirembeskan secara rambang sampai membuatkan kucing rasa jengkel dan tidak boleh duduk diam. Alat ini kebiasaannya boleh didapati di kedai perkakas.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 03

4. Pakai lampu suluh

Suluhan lampu yang spontan juga boleh menganggu kucing daripada bertapak di tempat yang sama. Sekiranya anda ke kedai perkakas, terdapat juga jenis lampu yang ada ciri pengesan di mana ia akan dinyalakan jika terdapat sebarang pergerakan.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 04

5. Letak kereta di dalam garaj tertutup

Perkara ini juga boleh melindung sebarang haiwan luar daripada masuk ke bahagian garaj, sekaligus menghalang peluang kucing daripada panjat ke atas kereta anda.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 05

6. Pakai sarung penutup kereta

Tips yang ini agak mudah difaham iaitu meletakkan kain kanvas atau selimut kereta bagi mengelakkan dari terkena sebarang impak halus dari kucing, terkena sebarang hujan asid atau ultraviolet dari matahari.

Antara punca calar, ini 6 tips mudah untuk elak kucing panjat atau tidur atas badan kereta 06

Juga baca5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda