window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk

Faisal · Oct 20, 2023 10:57 AM

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 01

Mercedes-Benz Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz EQS 580 4Matic SUV. Dengan harga RM 699,888 (harga di atas jalan, tanpa insurans, termasuk SST 10%), model ini diposisikan sebagai SUV elektrik mercu dari Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 02

Antara ciri eksterior yang ada termasuk Digital Light yang berfungsi ala projektor untuk memancarkan cahaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 01

Selain itu, penampilan EQS SUV ini lengkap dengan pakej AMG Line dengan rim aerodinamik 22-inci, pemegang buka tutup pintu luar jenis tersembunyi dan bumbung suria panoramik.

Untuk makluman anda, kadar aerodinamik EQS SUV ini adalah serendah 0.26 Cd, antara yang terbaik dalam kelasnya, sekaligus menawarkan kabin yang luar biasa senyap.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 02

Dari segi sistem gantungan, ia menggunakan suspensi AIrmatic dengan penyerap hentakan boleh laras. Kelegaan tanah pula boleh dinaikkan sebanyak 25 mm dan terdapat mod Offroad.

Ciri standard lain yang ada termasuklah stereng belakang yang boleh berpusing sebanyak 10-darjah.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 03

Berkenaan trenkuasa pula, EQS 580 SUV menggunakan dua motor elektrik (AWD) yang menghasilkan output gabungan sebanyak 544 PS/858 Nm. 0 – 100 km/j pula hanya mengambil masa 4.6 saat.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 04

Dengan bateri berkapasiti 108.4 kWj (boleh guna), jarak pandunya (kitaran WLTP) boleh pergi sehingga 615 km.

Untuk mengecas, jenis AC menyokong sehingga 22 kW dan ia boleh menyesuaikan dengan pengecasan satu-fasa dan tiga-fasa, pertama buat EV Mercedes-Benz di Malaysia. Jenis pantas DC pula sehingga 200 kW.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 05

Masuk ke bahagian dalam, kabin EQS SUV didominasikan oleh skrin 141 cm yang menggabungkan paparan kluster, infotainment dan multimedia penumpang depan sekaligus. Di samping itu, terdapat Augmented Reality Head-up Display (AR-HUD) yang memaparkan informasi ke cermin secara 3D.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 06

Bahagian tempat duduk belakang pula ada dua skrin 11.6-inci yang dikenal sebagai MBUX High-End Rear Seat Entertainment Plus.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 07

Istimewa untuk EQS SUV adalah kabin yang boleh memuatkan sehingga 7 penumpang melalui 3 baris tempat duduk yang ditawarkan.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 08

Audio pula diuruskan oleh Burmester 3D Surround Sound System dengan 15 pembesar suara.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 09

Beralih ke aspek keselamatan, EQS 580 SUV ini lengkap dengan Driving Assistance Package Plus yang merangkumi ciri ADAS seperti:

  • Distronic Plus
  • Extended Automatic Re-start in traffic jams
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Evasive manoeuvre support
  • Pre-Safe impulse side

Selain itu, terdapat ciri Parking Package dengan kamera 360-darjah dan Active Parking Assist dengan Parktronic.

Mercedes-Benz EQS SUV dilancar di Malaysia pada RM 699k, SUV mercu EV dengan 7 tempat duduk 10

Secara amnya, setiap pembelian datang dengan waranti 4 tahun, manakala baterinya disokong oleh waranti 10 tahun/250,000 km.

Juga bacaMercedes-Benz Malaysia sokong Bajet 2024, sasar xEV meliputi 50% jualan menjelang 2025

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz EQS SUV Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia