window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah?

Haris · Apr 21, 2023 11:00 AM

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah? 01

Dengan harga RON97 yang melambung tinggi - mampu mencapai RM 4.70/liter ketika prestasi komoditi merudum - anda mesti bertanya-tanya jika pemilik Porsche Macan dan Cayenne recond/terpakai (kini lebih murah untuk dibeli selepas beberapa tahun) masih mampu untuk mengisi minyak kereta mereka dengan angka oktana yang betul.

Hal ini kerana segelintir orang "usahawan" yang menjual imej kekayaan sering dilihat menayang kenderaan mewah mereka namun rupa-rupanya dilihat mengisi minyak RON95.

Jika anda tidak faham mengapa ini menjadi suatu "bahan" netizen, di sini kita jelaskan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah? 01

Secara umumnya, kita tidak mengkritik Porsche atau majoriti besar pemilik yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk menggunakannya.

Namun, Porsche secara eksklusif mengesyorkan RON97 untuk hampir semua model semasa mereka - justeru dalam iklim ekonomi semasa, bolehkah "usahawan" MLM, forex, dan kosmetik kecantikan ini mengisi RON95 dalam kereta "milik" mereka tanpa menyebabkan kerosakan jangka panjang?

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah? 02

Ambil sebagai contoh Porsche Macan varian pengenalan - yang memerlukan minyak petrol RON98 untuk daya kuasa dan kebolehpercayaan minimum.

Disebabkan Malaysia tidak mempunyai RON98, Porsche Malaysia menyatakan bahawa, "Paras global untuk prestasi enjin optimum bagi Porsche Macan adalah menggunakan gred bahan api RON98, seperti yang disyorkan.

"Walaubagaimanapun di Malaysia, penggunaan bahan api yang disyorkan, seperti RON97, akan menjadi pilihan terbaik untuk pengoptimuman prestasi enjin empat-silinder 2.0 liter turbo berkuasa Porsche Macan."

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah? 03

Jadi, apa yang akan berlaku jika pengguna memilih untuk mengabaikan saranan tersebut?

Nah, selain daripada tidak mengesyorkan - Porsche Malaysia turut menjelaskan bahawa, "Disyorkan supaya setiap model Porsche menggunakan bahan api premium secara eksklusif untuk memastikan enjin berkuasa tinggi dioptimumkan dengan baik. Oleh itu, penggunaan gred bahan api yang lebih baik seperti RON97 adalah disyorkan untuk menjaga enjin agar bersih dan sihat sambil mengoptimumkan prestasi kereta sport."

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah? 04

Di sebelah kanan, campuran bahan api udara menyala sebelum omboh mencapai bahagian atas

Bagi menjelaskan lebih lanjut tentang jawapan Porsche - penarafan RON minimum adalah "disyorkan" kerana keupayaan bahan api untuk mengelakkan masalah pencucuh pramatang (pre-egnition) atau lebih dikenali sebagai "engine knocking". Ketukan ini boleh merosakkan bahagian-bahagian dalaman enjin dan boleh menyebabkan kerosakan awal atau bahkan kegagalan enjin.

Selain daripada itu, minyak petrol RON97 diformulasikan untuk disesuaikan dengan enjin yang berorientasikan prestasi. Ia juga memastikan komponen-komponen penting enjin seperti sensor enjin, pengesan, penyuntik, catalytic converter dan sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR) beroperasi dengan baik sepanjang hayat perkhidmatan mereka.

Oleh itu, selain prestasi dan kecekapan, RON97 juga disyorkan oleh Porsche Malaysia untuk semua model mereka agar enjin mereka "bersih dan sihat" dan berfungsi "optimum".

Jadi, apa yang akan berlaku apabila Porsche kerap diisi dengan RON95?

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah? 05

Jawapannya mudah, enjin akan menghasilkan kuasa yang lebih rendah, berfungsi kurang cekap dan mungkin akan menyebabkan ketukan enjin yang berlebihan lantas menjadikan operasi enjin tidak selamat.

Ini tidaklah sampai enjin meletup dengan hanya satu atau dua tangki penuh penggunaan RON95 namun dengan penggunaan yang berterusan, tidak lama lagi lampu "Check Engine" yang terkenal akan menyala atau bunyi-bunyi misteri akan kedengaran dari enjin.

Tips: Sewa/pinjam kereta Porsche milik orang lain tapi isi RON95, boleh kah? 06

Pada ketika itu, rakan-rakan "usahawan" kita akan berharap bahawa mereka sepatutnya membeli Proton Saga kerana kos pembaikan semula enjin pada Porsche sama mahal dengan harga sedan marhaen itu.

Baca: Isi minyak Lamborghini Huracan RM 400 pun nak tunjuk, wanita dikecam main 'phone' di stesen petrol

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Porsche Cayenne 3.0 V6

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda