window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isi minyak Lamborghini Huracan RM 400 pun nak tunjuk, wanita dikecam main 'phone' di stesen petrol

Mersita · Jul 22, 2022 01:00 PM

Isi minyak Lamborghini Huracan RM 400 pun nak tunjuk, wanita dikecam main 'phone' di stesen petrol 01

Satu video menunjukkan seorang wanita mengisi minyak kereta mewah Lamborghini Huracán dan menunjukkan harga RON 97 yang diisinya mula tular di media sosial selain menerima kecaman hebat dari warganet.

Klip video berdurasi 1 minit 27 saat itu dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit, menunjukkan wanita berkenaan keluar dari kereta dan mengangkat pam petrol merah lalu memasukkannya ke lubang tangki Huracán miliknya.

Wanita berkenaan mengakhiri rakamannya dengan menunjukkan jumlah isian minyaknya – RM 446.90 bagi 75.08 liter petrol Shell V Power Racing yang dijual pada harga RM 5.95/liter ketika itu. Dia dilihat seakan-akan berseloroh dengan mengatakan “tak mahal pun, (minyak) murah je,” sambil menunjukkan jumlah bayarannya di meter pam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti biasa, rakaman ini menerima kecaman hebat dari warganet di pelbagai platform media sosial. Rata-rata mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang menggunakan telefon bimbit di stesen minyak sedangkan semua sudah sedia maklum perbuatan itu dilarang atas faktor keselamatan.

Isi minyak Lamborghini Huracan RM 400 pun nak tunjuk, wanita dikecam main 'phone' di stesen petrol 01

Sumber foto

Disamping itu, sebahagian warganet juga berasa kurang senang dengan sikap menunjuk-nunjuk wanita berkenaan.

“Kat petronas ada sign board “penggunaan telefon bimbit hanya ketika berada dalam kenderaan,” ciap @Mohdfaiz13 sebagai respon pada video berkenaan yang dikongsikan oleh @isusemasaviral.

“Tp kan kalau isi minyak v power racing kalau x g racing pon xbest gak. Last2 guna jalan yg sama jeee sebelah Kancil jugak,” ciap @chazajamaludin pula.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda