window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta

Mersita · Aug 9, 2023 10:00 AM

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 01

Semua pemilik kenderaan tahu yang penyenggaraan berkala ialah perkara paling penting bagi memastikan kenderaan masing-masing berfungsi dengan baik dan selamat. Namun, hal ini juga bergantung kepada bengkel dan mekanik yang dipilih – adakah mereka mempunyai kemahiran dan alatan yang sepatutnya bagi pemeriksaan serta penyenggaraan sempurna?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memilih bengkel yang boleh dipercayai dan memegang ketelusan sebagai prinsip perniagaan; selain memiliki alatan serta kepakaran yang betul supaya servis yang anda perolehi berbaloi dengan masa dan wang yang dibelanjakan.

Ini 5 soalan mudah yang juga penting untuk diutarakan kepada bengkel atau mekanik yang anda kunjungi sebelum membenarkan kereta anda untuk dibaiki atau diselenggara:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Adakah alat ganti yang digunakan tulen (original) atau OEM?

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 01

OEM (Original Equipment Manufacturer) ialah alat ganti yang selalunya digunakan oleh bengkel persendirian kerana kosnya lebih rendah, dan bagi sesetengah kes – terutamanya bagi kenderaan lama – ia lebih mudah didapati.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa beberapa alat ganti OEM tidak menawarkan ketahanan atau kualiti yang sama dengan alat ganti tulen daripada pengilang kenderaan itu sendiri. Tapi pada masa sama, bukannya semua alat ganti OEM tidak berkualiti dan pilihan masih di tangan anda - baik dari segi harga dan keperluan. Oleh itu, bertanyalah pada bengkel/mekanik tentang kategori alat ganti yang akan dipasang pada kereta anda. Harganya juga perlulah padan dengan kategorinya – samada alat ganti tulen atau OEM.

Juga baca: CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos

2. Adakah alat ganti yang dipasang disertakan waranti/jaminan?

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 02

Kebanyakan alat ganti, terutamanya komponen-komponen besar, dijual dengan waranti pengilang sekiranya terdapat kecacatan (defect) atau kegagalan (failure). Waranti ini selalunya diberi untuk tempoh antara 2 minggu ke 3 bulan, bergantung pada komponen dan pembekalnya.

Oleh itu, penting bagi anda untuk bertanya pada bengkel/mekanik terlibat sekiranya alat ganti yang digunakan disertakan sekali dengan waranti atau tidak sekiranya berlaku kegagalan. Jika tiada waranti, pinta sebabnya. Contohnya, di Pusat Servis CARSOME, waranti diberikan ke atas hasil kerja dan alat ganti - kecuali item 'wear & tear' seperti 'brake pad', mentol lampu, 'wiper blade', dan lain-lain; atau komponen yang rosak akibat punca luaran seperti kemalangan.

3. Adakah bengkel dilengkapi peralatan diagnostik yang betul?

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 03

Proses membaiki mana-mana kerosakan pada sesebuah kenderaan perlu dimulakan dengan pemeriksaan/diagnostik yang betul bagi memastikan puncanya dikenalpasti dengan lebih tepat. Tanpa proses pencarian punca sebenar, segala wang dan masa yang dilaburkan akan jadi sia-sia.

Inilah sebabnya mengapa bengkel yang dikunjungi perlu dilengkapi dengan peralatan diagnostik yang betul. Peralatan ini merangkumi alat diagnostik ECU, penguji elektrikal dan mekanikal dan lain-lain. Jika kereta anda berdepan apa-apa masalah, tanya mekanik anda tentang kaedah yang mereka gunakan untuk mencari punca kerosakan dan alatan apa yang mereka gunakan bagi mengesahkan kerosakan sebenar yang dihadapi kereta tersebut.

4. Bolehkah bengkel memberi anggaran harga untuk servis/pembaikan? Bagaimana pula jika bayaran sebenar melebihi anggaran asal yang diberi pada awalnya?

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 04

Pasti ramai yang lebih suka akan bengkel yang telus dalam aspek kos pembaikan dan memberi nasihat terbaik yang tidak semestinya menguntungkan bengkel sebelum kerja-kerja selenggara dijalankan pada kereta pelanggan. Bengkel/mekanik yang bagus sepatutnya memberi anggaran kos pembaikan dan sentiasa memaklumkan pelanggan jika kos sebenar melangkaui anggaran.

Jika sesebuah bengkel terus menjalankan kerja pembaikan tanpa memberitahu pelanggan terlebih dahulu, besar kemungkinannya mereka kurang jujur dan mahu ‘untung atas angin’ saja.

5. Apa yang membezakan juruteknik servis CARSOME dan ‘foreman’ biasa yang lain?

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 05

Selalunya, kebolehtahanan kenderaan anda sebahagian besarnya bergantung pada faktor-faktor di atas serta kepakaran dan latihan diterima ‘foreman’ atau pakar yang membaiki kereta anda.

Ambil contoh Pusat Servis CARSOME, dimana juruteknik servis berkelayakan dan terlatih dengan pengalaman bertahun lamanya dipertanggungjawabkan untuk membaiki segala kerosakan pada kereta anda. Selain dilengkapi dengan alatan diagnostik dan pengujian terkini, juruteknik servis di Pusat Servis CARSOME boleh mencari punca masalah kereta anda dengan pantas dan tepat.

Di mana nak cari bengkel yang telus dan berkebolehan untuk baiki/servis kereta anda?

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 06

Jika anda masih ragu-ragu, apa kata anda buat janji temu untuk hantar kereta anda ke Pusat Servis CARSOME? Nak 'walk-in' pun boleh, tapi janji temu boleh menjimatkan masa anda memandangkan slot servis sudahpun ditempah terlebih dahulu. Pusat Servis CARSOME menawarkan servis selepas-jualan yang mudah dan telus kepada pemilik kereta pelbagai jenama dan keluaran, walaupun kereta tersebut tidak dibeli daripada CARSOME.

Semua kerja pembaikan yang dijalankan ke atas kereta anda dilaksanakan oleh juruteknik servis terlatih dan berpengalaman dengan menggunakan alat ganti berkualiti serta pelincir yang tulen sahaja. Anda tak perlu risau tentang penjagaan berkualiti yang diberi oleh Pusat Servis CARSOME.

Juga baca: Memperkenalkan CARSOME App - aplikasi setempat untuk semua keperluan kereta anda

Selalu tertipu? 5 soalan anda patut tanya mekanik sebelum servis dan baiki kereta 07

Lebih menarik, servis yang ditawarkan tidaklah mahal. Pakej-pakej servis CARSOME bermula serendah RM 98 sahaja - antara pakej termurah yang ditawarkan di pasaran. Bagi tempoh terhad, anda boleh nikmati diskaun RM 50 untuk kunjungan pertama anda dengan pembelian minimum RM 98. Dapatkan baucar diskaun RM 50 anda di pautan ini!

Kunjungi laman sesawang Pusat Servis CARSOME dan buat temu janji servis kereta anda sekarang. Anda boleh pilih untuk kunjungi Pusat Servis CARSOME di Ampang ataupun Petaling Jaya.

Dapatkan pakej servis bermula RM98 + pemeriksaan PERCUMA. Nikmati servis kereta tanpa risau dan telus, atau servis pembaikan oleh mekanik bertauliah kami yang hanya menggunakan alat ganti berkualiti. Tempah janji temu di CARSOME atau muat turun aplikasi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda