window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CARSOME Juru Autofair tawar penjimatan di utara dari 7-9 Julai 2023, diskaun sehingga RM 10,000!

Mersita · Jul 4, 2023 12:40 PM

CARSOME Juru Autofair tawar penjimatan di utara dari 7-9 Julai 2023, diskaun sehingga RM 10,000! 01

Jika anda sedang tercari-cari kereta terpakai berkualiti yang memuaskan hati namun masih menunggu tawaran hebat berserta diskaun, kami sarankan anda untuk berkunjung ke CARSOME Autofair di Juru Autocity yang bakal menawarkan banyak manfaat dan diskaun hebat sehingga RM 10,000.

Info berkenaan CARSOME Juru Autofair adalah seperti berikut:

CARSOME Juru Autofair tawar penjimatan di utara dari 7-9 Julai 2023, diskaun sehingga RM 10,000! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mungkin anda masih belum pasti jenis kereta apa yang anda mahukan, ataupun anda terbuka dengan pilihan yang ada dalam segmen sama. Inilah kelebihan ‘window shopping’ di CARSOME Juru Autofair; dimana anda boleh melihat sendiri dan memandu uji bermacam-macam jenis model dari pelbagai segmen, selain membandingkan kereta-kereta ini bersebelahan satu sama lain supaya anda boleh membuat keputusan dengan lebih jelas.

Dengan pelbagai model kereta ditayangkan, anda boleh menemui kereta yang sesuai dengan gaya hidup anda pada harga hebat setelah diskaun dan promo disertakan. Anda boleh melihat barisan kereta yang ada di sini untuk mencari kereta ‘baru’ anda.

CARSOME Juru Autofair tawar penjimatan di utara dari 7-9 Julai 2023, diskaun sehingga RM 10,000! 01

Antara promo dan diskaun ditawarkan di CARSOME Juru Autofair termasuklah diskaun sehingga RM 10,000 apabila anda membeli kereta. Tambahan pula, anda akan menerima diskaun tambahan sehingga RM 1,000 jika kereta berkenaan dibeli sepanjang tempoh Autofair berlangsung.

Lebih menarik, anda boleh menikmati rebat tunai tambahan bernilai RM 200 apabila anda membawa kereta anda untuk diperiksa sepanjang tempoh 3 hari Autofair ini berlangsung dan menjualnya kepada CARSOME sebelum 15 Julai 2023 berakhir.

Bagi ketenangan minda sepanjang pengalaman pemilikan anda, CARSOME juga akan memberikan ada waranti tambahan 1 tahun (1+1 Tahun Waranti) khas untuk pelanggan di Autofair.

Bukan itu saja, Autofair juga menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan pembiayaan atau ‘loan’ kereta. Public Bank akan turut serta dalam acara ini dengan menawarkan kadar faedah sewa beli hanya 3.25 peratus untuk pelanggan yang mendaftar dengan mereka. Ingat, tawaran ini hanya diberikan sepanjang tempoh Autofair.

CARSOME Juru Autofair tawar penjimatan di utara dari 7-9 Julai 2023, diskaun sehingga RM 10,000! 02

Akhir sekali, jika anda berniat untuk ‘trade in’ kereta anda sekarang untuk naiktaraf kepada yang ‘baru’, peluang keemasan anda adalah di CARSOME Autofair. Bukan saja anda boleh dapatkan nilai jualan terbaik untuk kereta anda, CARSOME juga akan memberikan tawaran tambahan sehingga RM 1,500 pada nilai kereta anda. Lagi sekali, tawaran ini hanya tertakluk sepanjang Autofair berlangsung, maka anda patut manfaatkannya sepenuhnya.

Antara barisan pilihan kereta yang ada di Autofair ini termasuklah kereta CARSOME Certified. Usah risau, kereta-kereta CARSOME Certified sudah melalui pembaharuan/’refurbishment’ berkualiti pada badan luarannya dan dalaman kereta supaya kereta yang ditawarkan kepada pelanggan terasa lebih ‘baru’. Hanya kereta dalam kondisi terbaik sahaja diterima oleh CARSOME Certified Lab dari awal lagi sebelum ia diperiksa secara menyeluruh dan dibaiki.

Juga baca: Baiki 2,000 unit kenderaan sebulan, Carsome Certified Lab kini pusat 'refurbish' kereta terbesar ASEAN!

CARSOME Juru Autofair tawar penjimatan di utara dari 7-9 Julai 2023, diskaun sehingga RM 10,000! 03

Proses membeli kereta dengan CARSOME adalah telus dan tidak merumitkan pelanggan. Harga yang anda dapat setelah semua diskaun diberi ialah harga sebenar yang anda bayar tanpa sebarang fi atau caj tambahan. Anda juga diberi Jaminan Pulangan Wang Semula 5 Hari sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kereta yang dibeli dari CARSOME, walau kemungkinannya tipis sekali.

Juga baca: Nak dapat status CARSOME Certified, kereta wajib lulus cek 175 mata, pembeli menikmati jaminan wang dikembalikan 5-hari

Memandangkan 7 Julai 2023 ialah hari cuti umum di Pulau Pinang sempena Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown, anda boleh merancang untuk berkunjung ke CARSOME Juru Autofair dengan lebih mudah dan lihat sendiri tawaran hebat yang ditawarkan di sana kelak. Berminat? Daftar di sini ataupun datang terus ke Juru Autocity nanti untuk rasai sendiri keseronokan di sana.

Semua kereta CARSOME Certified dijamin kualitinya menerusi pemeriksaan teliti 175 poin berserta pembaharuan profesional. Tambahan pula, setiap kereta dijual dengan harga tetap tanpa fi/caj tersembunyi, jaminan pulangan wang semula 5 hari, dan juga waranti 1 tahun. Kunjungi CARSOME hari ini atau muat turun app ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda