window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang?

Faisal · Sep 30, 2020 02:38 PM

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 01

Pernahkah anda terfikir kenapa angin tayar perlu dijaga? Tayar yang kekurangan tekanan angin akan meningkatkan rintangan kerana penambahan kadar geseran (friction). Hal ini akan menganggu prestasi dan penjimatan minyak. Sebaliknya, tekanan angin yang berlebihan berisiko untuk meletupkan tayar kerana getah tayar turut mempunyai had tekanan. Oleh itu, anda haruslah memeriksa tekanan angin tayar dari semasa ke semasa.

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 02

Namun begitu, pernahkan anda terfikir akan punca tekanan angin boleh berkurangan? Perkara ini sering berlaku dari semasa ke semasa. Kadangkala, anda mungkin sedar bahawa tekanan angin telah berkurangan pada waktu malam walaupun sudah diperiksa pada siang hari. Hal ini tidak semestinya bermaksud tayar anda pancit atau terkena paku. Asalkan perubahan tekanan angin tidak ketara, anda tidak perlu risau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan angin tayar berkurangan dari semasa ke semasa. Antaranya ialah:

Penembusan molekul

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 01

Imej : autodeal.com.ph

Udara mempunyai molekul yang boleh menembusi bahan pepejal seperti getah. Getah pula mempunyai sifat yang boleh meresap sesetengah molekul. Maka ini, berlakulah pengurangan angin tayar disebabkan oleh molekul yang boleh menembusi getah setelah diresap.

Bergantung kepada pembuatan tayar, setiap pengeluar memiliki campuran yang berlainan lantas memberikan kadar penembusan molekul yang berbeza.

Perubahan suhu

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 02

Anda mungkin perasan akan perubahan pada tekanan angin tayar pada hari yang panas atau sejuk. Untuk maklumat anda, molekul udara berkembang apabila suhu persekitaran tinggi. Sebaliknya, ia akan mengecut. Secara tidak langsung, ia meningkatkan tekanan angin tayar pada waktu siang hari yang lebih panas dan mengurangkannya pada waktu malam yang lebih sejuk.

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 03

Suhu tayar pada kereta Formula 1

Untuk mendapatkan bacaan tekanan angin tayar yang tepat, anda dinasihatkan untuk memeriksa sewaktu cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.

Altitude (ketinggian dari paras laut)

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 04

Secara saintifik, tekanan berkurangan apabila altitude meningkat kerana isipadu udara semakin berkurangan. Perkara ini dibuktikan oleh juruterbang jet pejuang yang memakai topeng udara kerana perubahan altitude yang ketara sewaktu penerbangan jet dilakukan. Di samping itu, ia memberi kesan sewaktu anda menaiki tempat yang lebih tinggi dimana telinga anda akan terasa kurang selesa kerana tekanan telah berubah.

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 05

Imej: garrettmotion.com

Secara umumnya, tekanan turut menerima tindak balas yang sama. Tekanan di luar tayar yang lebih rendah mengakibatkan tekanan yang lebih rendah terhadap molekul di dalam tayar. Dengan itu, molekul berupaya untuk berkembang lantas meningkatkan tekanan angin tayar apabila altitude meningkat.

Impak yang kuat

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 06

Kesan hentakan yang kuat boleh mengurangkan tekanan angin di dalam tayar kerana kejutan pada tekanan molekul mengakibatkan ia menembusi getah dengan lebih mudah. Walau apapun, anda perlu menjaga tekanan dan keadaan tayar dari semasa ke semasa supaya keselamatan pemanduan anda sentiasa terjamin.

Kenapa angin tayar saya boleh berkurang? 07

Sekiranya anda mengalami pengurangan tekanan angin yang ketara, ia berkemungkinan bahawa tayar anda terpijak paku atau sudah melebihi jangka hayat kerana kadar penembusan molekul sudah meningkat. Anda boleh merujuk ke pusat servis tayar untuk maklumat yang lebih lanjut. Selamat beramal dan memandu dengan berhemah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda