window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik?

Haris · Dec 25, 2020 11:59 AM

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 01

Tayar adalah antara komponen yang penting dalam sesebuah kenderaan. Ia juga merupakan satu-satunya komponen yang bersentuhan dengan jalan dengan jangka hayat sekitar 60,000 km - 70,000 km ataupun paling lama 5 tahun sebagai panduan.

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menukar tayar pula kadang kala memakan kos yang tinggi. Lihat sahaja kos tayar bagi SUV, paling murah adalah RM 300. Kalau nak tukar keempat-empat tayar akan memakan kos sehingga RM 1,200. Bulan tu sahaja kos tayar dah sama atau mungkin lagi tinggi dari bayaran bulanan kereta.

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 01

Banyak duit boleh tukar sekali 4

Jadi ramai yang memilih untuk menukar tayar 2 biji sahaja. Sama ada 2 biji tayar itu ditukar pada bahagian hadapan atau belakang, itulah keputusan yang perlu dilakukan. Jadi bagaimana?

Tukar tayar hadapan

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 02

Menukar tayar pada bahagian hadapan adalah logik yang selalu terlintas dalam fikiran pembeli. Kebanyakan kereta moden adalah pacuan roda hadapan justeru tayar pada bahagian ini menerima lebih banyak bebanan yang memakan bunga tayar.

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 03

Selain itu, tayar pada bahagian hadapan juga digunakan untuk membelok dan daya brek. Setiap pusingan dan brek yang dilakukan akan menambah lagi geseran pada permukaan tayar.

Tayar belakang juga masih boleh digunakan. Untuk penukaran tayar yang seterusnya, pemilik harus ingat untuk menukar keempat-empat tayar tanpa kompromi.

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 04

Kredit gambar: Autocraze

Kelebihan: Jarak brek yang lebih pendek, pemandu lebih sensitif dengan keadaan jalan.

Kekurangan: Kurang stabil pada kelajuan tinggi

Tukar tayar belakang

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 05

Terdapat juga pandangan yang popular di mana anda menukar tayar baharu pada bahagian belakang.

Hal ini kerana tayar belakang memastikan kereta anda stabil ketika pemanduan. Tayar belakang mencengkam kereta pada permukaan jalan dan ini sangat penting ketika memandu dalam keadaan jalan yang basah.

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 06

Kekurangan beban juga menyebabkan jangka hayat tayar belakang lebih sedikit berbanding tayar hadapan. Harus diingatkan bahawa ini hanyalah panduan sahaja.

Apa yang lebih penting, anda perlu berwaspada dalam pemanduan kerana sedang menggunakan 2 tayar lama pada bahagian hadapan. Ini menjadikan kendalian anda kurang sensitif di samping jarak brek yang lebih pendek. Risiko untuk menghentam atau terlajak ke hadapan adalah lebih tinggi.

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 07

Kelebihan: Lebih kestabilan pada kelajuan tinggi

Kekurangan: Jarak brek yang lebih panjang, pemanduan yang kurang sensitif kerana tayar hadapan lebih teruk

Jadi, yang mana lebih baik?

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 08

Menurut artikel Consumer Reports, menukar tayar belakang adalah lebih digalakkan. Kumho juga mengesyorkan untuk menukar tayar belakang.

Michelin USA juga pernah menerbitkan video untuk membuktikan bahawa menukar tayar belakang adalah lebih baik.

Malah, komen daripada pemilik kedai tayar tempatan juga memperakui kenyataan tersebut.

Konsensus dari badan-badan yang lebih arif dengan tayar adalah menukar 2 tayar baru pada bahagian belakang lebih afdhal.

Walaubagaimanapun, jika masih terdapat segelintir netizen yang mempercayai teori bumi leper, tidak mengejutkan jika ada yang berpendapat bahawa menukar 2 tayar depan lebih baik. Di kumpulan Facebook Wapcar-BM, kami meraikan pendapat.

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik? 09

Pemanduan berhemah lebih penting

Ingat, kedua-duanya masih mempunyai risiko kemalangan dalam pemanduan yang basah. Kemalangan bukan dikira dengan risiko besar atau kecil, malah ia harus dielakkan. Justeru, sentiasa berhemah dalam pemanduan sekiranya memilih untuk menukar 2 tayar sahaja, tidak kiralah sama ada pada bahagian depan mahupun belakang.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda