window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan?

Zamil Syaheer Β· Feb 9, 2023 06:00 PM

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 01

Kalau sebut sedan segmen D di Malaysia, sudah semestinya nama Honda Accord dan Toyota Camry akan keluar daripada bibir anda. Kedua-dua model ini sering menjadi pilihan kerana ia tahan lasak, mempunyai kos penjagaan yang rendah dan serta boleh digunakan untuk jangka hayat yang panjang.

Namun, jika anda inginkan sesuatu yang lebih berhaluan kiri ataupun unik, maka Mazda 6 generasi GJ dengan reka bentuk Kodo merupakan pakej yang agak menarik.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbeza dengan kedua-dua pesaingnya, Mazda 6 masih kekal segar dan tampan walaupun ia sudahpun berusia 10 tahun. Hanya beberapa kemaskini kecil pada estetika dan kelengkapan adalah semua yang diperlukan untuk kekal relevan, membuktikan betapa kukuhnya produk asal Mazda ini.

Tambahan pula, teknologi SkyActiv-G Mazda telah mengekalkannya di barisan hadapan dalam perjalanan dan pengendalian sejak sekian lama.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 01

Walau bagaimanapun, semua ini memberikan Mazda 6 reputasi yang kurang enak. Ramai yang anggap ia lebih mahal untuk dijaga. Usah risau; kami akan merungkaikan segalanya yang anda perlu tahu tentang sedan ini.

Panduan kali ini akan memberi tumpuan kepada varian 2.0L dan 2.5L SkyActiv-G berkuasa petrol. Walaupun kami menggemari enjin diesel SkyActiv-D, ia adalah varian yang berbeza dan berhak mendapat panduannya sendiri.

Rangkaian Mazda 6 di Malaysia

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 02

Mazda 6 generasi ketiga telah dilancarkan di sini sebagai model yang diimport sepenuhnya (CBU) pada 2013 dan boleh didapati dalam 3 varian:

  • 2.0L sedan - RM 159,455
  • 2.5L sedan - RM 189,728
  • 2.5L Touring (wagon) - RM 193,832

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 03

Kedua-dua enjin yang ditawarkan adalah unit SkyActiv-G 4-silinder aspirasi natural. Model asas 2.0 liter mendapat 153 PS dan 200 Nm tork manakala unit 2.5 liter menghasilkan 185 PS dan 250 Nm. Kedua-duanya mempunyai transmisi SkyActiv-Drive 6-kelajuan automatik yang memacu roda hadapan.

Ia juga mempunyai brek penjanaan semula i-ELOOP, lampu depan adaptif, dan brek kecemasan autonomi.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 04

Mazda tidak cuba untuk melakukan sebarang peningkatan diluar kotak ataupun begitu ketara. Ia hanya menerima kemas kini ataupun peningkatan yang ringan. Hanya pada tahun 2018 sahaja menyaksikan Mazda 6 menerima kemas kini komprehensif yang merangkumi perubahan mekanikal.

Berikut ialah imbasan pantas kemas kini yang dijalankan mengikut tahun Mazda 6 GJ sejak dilancarkan di sini:

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 05

Kemas Kini 2015:

  • 2.0L sedan - RM 159,158
  • 2.5L sedan - RM 194,647
  • 2.5L Touring - RM 198,647
  • Konsol tengah dengan brek letak kereta elektrik (EPB)
  • Rim gunmetal (2.5 sahaja)
  • Lampu depan dan lampu belakang LED (2.5 sahaja)
  • Paparan utama (HUD, 2.5 sahaja)

Kemas Kini 2017

  • 2.0L sedan - RM 165,518
  • 2.5L sedan - RM 201,007
  • 2.5L Touring - RM 211,006
  • G-Vectoring Control (GVC)
  • Stereng yang disemak semula
  • Paparan utama berwarna (HUD, 2.5 sahaja)
  • Paparan berbilang maklumat berwarna (MID, 2.5 sahaja)

Kemas Kini 2018:

  • 2.0L sedan - RM 156,190
  • 2.5L sedan - RM 189,698
  • 2.5L Touring - RM 193,472
  • Kuasa enjin meningkat: 2.0L (164 PS / 213 Nm), 2.5L (195 PS / 258 Nm)
  • Bahagian hadapan yang disegarkan
  • Lampu depan dan lampu belakang LED baharu
  • Roda aloi 19-inci direka semula (2.5 sahaja)
  • Kunci automatik walk-away (2.5 sahaja)
  • Papan pemuka dan konsol tengah yang disemak semula
  • Kemasan pintu baru
  • Upholsteri tempat duduk yang dikemas kini
  • Kamera pandangan 360 darjah (2.5 sahaja)

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 06

Kemas Kini 2019

  • 2.0L sedan - RM173,659
  • 2.5L sedan - RM211,148
  • 2.5L Touring - RM215,148
  • GVC Plus
  • Android Auto dan Apple CarPlay

Kemas Kini 2021:

  • 2.0L Sedan - RM 170,917
  • 2.5L Sedan - RM 207,642
  • 2.5L Touring - RM 211,478
  • Roda aloi hitam metalik 19 inci (2.5 sahaja)
  • Cermin pintu luar hitam berkilat (2.5 sahaja)
  • Upholsteri kulit merah Burgundy (2.5 sahaja)
  • Apple CarPlay tanpa wayar
  • Kunci automatik walk-away untuk 2.0
  • Paddle shifters untuk 2.0

Baca juga: Mazda 6 2021 diperbaharui di Malaysia – standard dengan 'wireless' Apple CarPlay!

Varian mana yang hendak dibeli?

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 07

Bergantung pada tahun, enjin adalah faktor penentu utama. Jika anda mempunyai wang yang lebih, pilih varian dengan enjin 2.5 liter. Percayalah, anda akan menghargai kuasa dan ciri tambahan.

Selain daripada, hasil daripada kemas kini berterusan, model 2.0 liter peringkat permulaan juga mula menggunakan beberapa ciri utama daripada varian tertinggi.

Lanjutan daripada itu, terdapat premium yang jelas dalam penyelenggaraan untuk enjin yang lebih besar.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 01

Selain penjimatan yang lebih dari segi penggunaan bahan api, varian 2.0L ini menggunakan rim berdiameter lebih kecil dengan tayar dinding sisi yang lebih tebal yang menjadikannya lebih selesa.

Bahkan juga, varian 2.0L tidak dilengkapi dengan kapasitor i-Stop yang mahal dan boleh mengugat dompet anda jika gagal. Kos lebih lanjut ada di bawah.

Oleh sebab ia adalah model berhaluan kiri, susut nilai tidak begitu memihak kepada Mazda 6 berbanding rakan sebayanya. Dengan bajet sekitar RM 60-70k, anda mempunyai pilihan varian 2.0L yang baik daripada tahun 2015-16 dengan perbatuan rendah dan servis yang direkodkan sepenuhnya.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 01

Jika anda berminat dengan enjin yang lebih besar, harga untuk unit 2015 kekal dalam julat RM 60k yang rendah tetapi unit yang dipertingkatkan dari 2016 berada dalam julat RM100k. Atas sebab yang jelas, varian 2.5L kurang laku dan permintaan dalam pasaran terpakai masih memihak kepada 2.0L.

Bagi bentuk badan Touring, ia berkisar antara RM 70k hingga 100k.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 01

Kos Asas Mazda 6 GJ
Varian 2.0L 2.5L
Cukai jalan (RM) 380 880
Saiz Tayar 225/55/R17 225/45R19
Tayar / sebiji (RM) 440 680
Bateri (Q85 EFB) 450 450
  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 60,000
    RM 677
    /bulan

    88,538 km

    10.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Mazda 6 SEDAN SKYACTIV-G 2.0

    RM 77,000
    RM 808
    /bulan

    102,174 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 62,400
    RM 655
    /bulan

    62,745 km

    10 years

    Kuala Lumpur

Untuk memudahkan anda, pertaruhan terbaik anda adalah dengan model pasca 2015 yang telah menerima kemas kini luaran kecil dan papan pemuka.

Sebagai sebuah sedan yang agak sporty, sesetengah pemilik cenderung kepada pengubahsuaian ringan pada Mazda 6 mereka. Selalunya  ia adalah roda yang besar dan menukar sistem suspensi kepada jenis aftermarket.

Kami mengesyorkan unit asal (setakat tukar rim, tiada masalah sangat) dengan sejarah perkhidmatan yang komprehensif kerana kos penyelenggaraan yang dianggap lebih mahal sebahagiannya berpunca daripada kekurangan penyelenggaraan berkala yang betul.

  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 60,000
    RM 677
    /bulan

    88,538 km

    10.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Mazda 6 SEDAN SKYACTIV-G 2.0

    RM 77,000
    RM 808
    /bulan

    102,174 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2013 Mazda 6 SEDAN 2.0

    RM 62,400
    RM 655
    /bulan

    62,745 km

    10 years

    Kuala Lumpur

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 01

Terdapat banyak unit Mazda 6 terpakai di Carlist dengan pelbagai jenis warna, varian, tahun, dan macam-macam lagi.

Apakah masalah biasa dan berapa banyak kos penjagaan?

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 02

Sekarang ke soalan utama: kos. Pada peringkat permukaan, Mazda 6 lebih mahal untuk diselenggara berbanding Honda Accord atau Toyota Camry. Walau bagaimanapun, itu bukan kerana ia menyusahkan tetapi lebih kepada skala ekonomi.

Bahagian segmen D bagi Mazda adalah sangat kecil berbanding Honda dan Toyota. Oleh itu, stokis pun hanya memesan kumpulan alat ganti yang lebih kecil. Ini bermakna harga komponen menjadi lebih tinggi kepada para pengguna.

Walau bagaimanapun, Mazda 6 sendiri agak bebas masalah. Beberapa isu biasa yang mungkin anda hadapi semasa pengalaman pemilikan anda adalah seperti berikut:

Permasalah/isu biasa Mazda 6 GJ
Barang Simptom Kos (RM)
Fan belt tensioner Bunyi merengek / belt lebih cepat haus 650 (original)
Mounting enjin Gegaran meningkat 750 (OEM)
Lower arm (depan) Bunyi ketukan/ menyerap lebih gegaran 1,300 (original)
Upper arm (depan) Bunyi ketukan / menyerap lebih gegaran 780 (original)
Top mount penyerap hentak (depan) Bunyi ketukan / menyerap lebih gegaran 250 (original)
Drive shaft depan (kedua-dua) Bunyi ketukan / bunyi berdetik ketika membelok 2,500 (original)
Kapasitor i-Stop (2.5L) i-Stop / i-ELOOP tidak berfungsi 2,500 (terpakai), 4,000 (original)
Lampu depan Pemeluwapan terhasil, DRL rosak 450 (gantikan lens)

Selain itu, anda mungkin perasan bahawa Mazda 6 anda mungkin mengalami masalah pad brek pramatang dan kehausan cakera. Penyebabnya ialah pin penahan pad brek tersekat (kelembapan / serpihan) yang mengehadkan kebebasan pergerakan pad dalam kaliper brek, bermakna terdapat sentuhan berterusan yang menyebabkan kehausan.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 03

Pastikan mekanik anda memeriksa kaliper brek setiap pertukaran minyak lain dan bersihkan komponen untuk mengelakkan pin tersekat.

Akhir sekali, bunyi ketukan dari bahagian bawah kereta biasanya bermaksud komponen penggantungan yang haus. Ia bukan sahaja menjengkelkan, malah pengalaman pemanduan yang menyeronokkan juga akan terganggu.

Kesimpulan

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 04

Mazda 6 mempunyai penampilan yang tampan dan pengendalian yang lebih baik berbanding pesaingnya. Anda pasti akan nampak lebih bergaya berbanding Accord atau Camry yang tampak biasa sahaja.

Tambahan pula, berbanding rakan sebayanya, 6 mempunyai rasa yang lebih premium di dalam yang bergema dalam semua aspek. Pemandu akan menikmati tunggangan yang responsif dan casis yang kukuh manakala penumpang akan merasai kualiti binaan yang padu dan pengalaman perjalanan yang lancar ihsan GVC.

Mazda 6 (GJ) terpakai dengan harga bawah RM 80k - Berapa modai yang perlu untuk penyelenggaraan & pembaikan? 05

Jika keluarga anda telah berkembang sehingga memerlukan sedan segmen D, jangan sekali-kali percaya anda tidak boleh berseronok dengannya. Apa tunggu lagi, lawati laman web Carlist untuk mencari Mazda 6 yang sesuai dengan anda!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mazda 6 Sedan 2.0 SkyActiv-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda