window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela?

Faisal · Dec 25, 2022 04:00 PM

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 01

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 02

KEMASKINI pada Julai 2023 - Untuk tempoh masa terhad, CARSOME menawarkan waranti tambahan 1+1 tahun untuk model ini. Ketahui lebih lanjut disini!

_____________________________________

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios generasi ketiga iaitu selepas model ‘dugong’ dilancarkan ke Malaysia pada tahun 2013. Dengan gaya baru, saiz lebih besar dan kabin yang dinaik taraf, Vios generasi NCP 150 merupakan alternatif kepada Honda City GM6 dan Nissan Almera generasi terdahulu.

Pada tahun 2016, Vios NCP 150 dikemaskini dengan enjin 1.5L 2NR-FE dan transmisi CVT.

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 01

Untuk makluman anda, enjin baharu ini lebih menjimatkan petrol daripada siri 1NZ sebelumnya tetapi kurang dari segi prestasi.

Jadi, setakat mana bezanya kedua-dua nadi ini dari segi penyelenggaraan dan pengalaman memandu? Mari kita lihat dengan lebih mendalam.

Gambaran keseluruhan

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 02

Enjin 1NZ-FE.

Kalau anda nak tahu, enjin VVT-i 1NZ-FE sudah diguna pada Toyota VIos sejak generasi pertama (NCP 42) tetapi dengan sedikit peningkatan dalam saban tahun untuk menawarkan penggunaan petrol yang lebih menjimatkan.

Secara teknikal, enjin ini beransur sehingga Vios NCP 150 model sebelum facelift dan ia menghasilkan 109 PS dan 141 Nm tork. Kuasanya diurus oleh pilihan transmisi automatik Super ECT 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan (varian J).

Dalam Vios generasi ketiga ini, Toyota mencapai 5% peningkatan dari segi penjimatan minyak berbanding Vios terdahulunya (generasi NCP 43). Perkara ini dicapai melalui penggunaan komponen lebih ringan dan aksesori yang direka semula seperti pada bahagian perumah penapis udara.

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 54,500
    RM 572
    /bulan

    68,030 km

    7 years

    Cheras

  • 2019 Toyota VIOS E 1.5

    RM 69,900
    RM 733
    /bulan

    14,011 km

    5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 48,200
    RM 561
    /bulan

    98,931 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 01

Enjin 2NR-FE.

Pada akhir 2016, Vios NCP 150 facelift diperkenalkan ke pasaran dengan enjin 2NR-FE dan ia merupakan Toyota kedua yang menggunakan enjin ini selepas Avanza 2015. Untuk makluman anda, Toyota Yaris juga menggunakan enjin 2NR-FE.

Dari segi mekanikal, enjin 1.5L 2NR-FE ini hadir dengan teknologi Dual VVT-i yang mana ia ada variable valve timing untuk camshaft intake dan ekzos. Dalam masa yang sama, ia menggunakan palam pencucuh jenis iridium bagi meningkatkan tahap penjimatan petrol.

Mengenai enjin itu sendiri, silinder pada unit 2NR-FE menggunakan bore 72 mm x strok 91.8 mm. Sebagai perbandingan, enjin 1NZ-FE menggunakan bore 75 mm x strok 84.7 mm.

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 02

Tahun 2015 ke atas, Vios mengenakan interior warna hitam sepenuhnya.

Walaupun Toyota mendakwa ia 18% lebih menjimatkan minyak, enjin 2NR-FE sebenarnya menghasilkan lagi kurang kuasa iaitu pada 107 PS (menurun 2 PS) dan 140 Nm (turun 1 Nm).

Varian J pula kekal menggunakan transmisi manual 5 kelajuan tetapi yang automatik 4AT diganti dengan jenis CVT.

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 54,500
    RM 572
    /bulan

    68,030 km

    7 years

    Cheras

  • 2019 Toyota VIOS E 1.5

    RM 69,900
    RM 733
    /bulan

    14,011 km

    5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 48,200
    RM 561
    /bulan

    98,931 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

Berapa harga Vios NCP 150 dalam pasaran sekarang?

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 01

Vios NCP 150 model facelift datang dengan DRL LED pada bampar depan.

Unit terpakai tahun 2014 – 2016 kini dalam julat harga bawah RM 50k ke RM 60k. Unit 2017 – 2019 pula lebih kurang RM 60k – RM 70k.

Kalau anda berminat dan sekiranya nak mudah, cari terus Toyota Vios di Carsome yang mana mereka ada beri waranti dan pakej diskaun RM 10,100 untuk masa terhad.

Juga bacaJimat sehingga RM 10,100 apabila anda pandu uji dan siarkan gambar kereta Carsome Certified!

Penyelenggaraan dan isu umum?

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 02

Memandangkan ia dari Toyota, jangka hayat buat kedua-dua enjin 1NZ-FE dan 2NR-FE amatlah panjang.

Kos penyelenggaraan Toyota Vios (NCP 150) 1NZ-FE vs 2NR-FE
Penyelenggaraan / Selang 1NZ-FE  2NR-FE
Servis / 10k km Semi-syn (RM 175), Fully-syn (RM 295)
Penapis udara / 20k km RM 95
Penapis kabin / 30k km RM 25
Servis brek / 40k km RM 60
Servis transmisi 40k km (RM 150) 80k km (RM 300)
Cecair penyejuk enjin / 160k km, selepas itu untuk setiap 80k km  RM 120
Palam pencucuh  40k km (RM 80) 100k km (RM 350)

Dari segi penjagaan, apa yang membezakan pembelaan enjin yang lebih baru itu adalah palam pencucuh iridium yang lebih mahal dan selang servis transmisi CVT yang lebih lama.

Apapun, enjin 1NZ-FE terkenal dengan isu kecoboran kecil pada bahagian seal minyak crankshaft dan cover timing belt. Dalam kes ini, unit yang sudah mencapai perbatuan tinggi mungkin mengalami putaran idle yang rendah (juga berpunca dari throttle body kotor, kegagalan Idle Control Valve ICV dan Mass Air Flow Sensor MAF).

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 03

Enjin 1NZ-FE. Kiri: Kecoboran seal minyak camshaft. Kanan: Kebocoran cover timing belt.

Mengenai unit 2NR-FE pula, terdapat sesetengah pemilik yang mengalami isu enjin bising (selepas perbatuan mencecah 100k km) di kawasan timing belt. Kalau anda nak tahu, puncanya datang dari kehausan pengetat tali sawat sahaja.

Pengalaman memandu

Secara amnya, maklum balas tork rpm rendah dan saiz bore yang lebih besar pada enjin 1NZ-FE membantu menghasilkan lebih kuasa dan julat tenaganya dibiaskan ke seluruh putaran enjin.

Juga bacaPanduan: Toyota Vios generasi ketiga terpakai kini dari RM 40k, alternatif Proton/Perodua terbaik?

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 04

Dengan gabungan transmisi automatik 4 kelajuan yang boleh membuat pertukaran gear dengan pantas, Vios NCP 150 yang menggunakan nadi 1NZ-FE sebenarnya agak syok untuk dipandu walaupun penggunaan petrolnya tidak berapa menjimatkan. Menariknya, enjin ini juga mengeluarkan bunyi yang mengasyikkan kalau anda melenjan.

Sebagai perbandingan, enjin 2NR-FE ditala untuk memberikan penjimatan minyak terbaik dan kuasanya pula banyak pada rpm rendah. Di samping itu, transmisi CVT yang digandingkan juga memberikan pecutan yang lebih lancar.

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 54,500
    RM 572
    /bulan

    68,030 km

    7 years

    Cheras

  • 2019 Toyota VIOS E 1.5

    RM 69,900
    RM 733
    /bulan

    14,011 km

    5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Toyota VIOS E 1.5

    RM 48,200
    RM 561
    /bulan

    98,931 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 01

Kebanyakan pemilik juga turut memberitahu bahawa Vios dengan enjin 2NR-FE dengan mudahnya mendapat jarak pandu lebih 500km untuk satu isian petrol penuh.

Konklusi

Secara majoriti, gandingan enjin 2NR-FE dengan transmisi CVT lebih sesuai dengan Vios NCP 150. Ia lebih menjimatkan petrol, lebih lancar dan putarannya rasa lebih senyap. Untuk keluarga muda atau bujang yang perlu banyak kehulu kehilir setiap hari, pendekatan ini sudah pastinya lebih sesuai.

Toyota Vios generasi ke-3 terpakai - 1.5L 1NZ-FE vs 2NR-FE, mana lagi hebat & berapa kos membela? 02

Untuk pemandu fanatik pula, maklum balas tork 1NZ-FE, bunyi yang mengasyikkan dan julat kuasa yang lebar tetap lebih menyeronokkan.

Yang bestnya, enjin itu turut ada pilihan transmisi manual 5 kelajuan. Dalam segmen ini dengan julat harga itu, pilihan kotak gear tersebut memang lain daripada yang lain dan tidak ada pada pesaing-pesaingya.

Juga bacaPengalaman balik Raya dengan Toyota Vios 1.5G, otai masih berbisa walaupun Honda City lagi baru!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda