window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela?

Faisal · Dec 7, 2022 08:00 PM

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 01

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 02

KEMASKINI pada Julai 2023 - Untuk tempoh masa terhad, CARSOME menawarkan waranti tambahan 1+1 tahun untuk model ini. Ketahui lebih lanjut disini!

_____________________________________

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pepatah automotif ada mengatakan bahawa “Hidup ini terlalu pendek untuk pandu kereta bosan”. Tetapi 99% daripada masa kita sebenarnya hanya memerlukan kereta yang praktikal dan tahan lama.

Lagipun, apa gunanya ada kereta gempak kalau tak boleh bawa barang atau rosak memanjang?

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 01

Perkara ini sekaligus membawa topik ini kepada sebuah model yang cukup popular di Malaysia iaitu Honda City generasi GM6. Kalau diikutkan, inilah antara sedan paling baik yang pernah dijual di Malaysia kerana tahap ruang dan praktikalitinya di satu kelas lebih atas. Trenkuasanya pula tahan lama dan mempunyai perhalusan yang baik. Hari ini, harga Honda City GM6 sudah lebih kurang Perodua Bezza sahaja. Jadi, adakah ini pembelian yang lebih berbaloi untuk anda yang mencari sedan terbaik dalam julat harga tersebut?

Juga bacaHonda City GM6 (generasi sebelum): Berbaloi beli model ini secara terpakai?

Varian yang ditawarkan di Malaysia

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 02

Honda City GM6 model facelift.

Sewaktu dilancarkan pada tahun 2014, Honda City GM6 datang dengan varian S, S+, E dan V. Kesemua varian menggunakan trenkuasa 1.5L i-VTEC yang menghembuskan 120 PS/145 Nm. Kuasanya diurus oleh transmisi CVT.

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 03

Atas: Enjin petrol konvensional, Bawah: Enjin Sport Hybrid i-DCD.

Kemudian pada tahun 2017, Honda City GM6 dikemaskini dengan gaya lebih moden dan kelengkapan yang lebih banyak. Pada masa yang sama, varian Sport Hybrid i-DCD (GM7) turut diperkenalkan, sekaligus mengubah penawaran varian kepada S, E, Sport Hybrid dan V.

Juga bacaPanduan: Honda City Hybrid (GM7) terpakai kini serendah RM 60k, pilihan terbaik sebelum harga minyak naik?

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 04

Dari segi teknikal, Honda City Hybrid dikuasakan oleh enjin 1.5L yang dipadankan dengan transmisi CVT 7 kelajuan Ia turut menggandingkan motor elektrik dan bateri ion-litium.

Apa yang bagusnya trenkuasa hibrid i-DCD ini ialah penyaman udara akan tetap sejuk walaupun enjin bukan dalam mod hidup. Senang kata, ia bukan macam sistem hibrid Integrated Motor Assist (IMA) yang sebelumnya.

Trenkuasa Honda City GM6/GM7
Enjin Output Transmisi
1.5L
i-VTEC – varian S,E,V
120 PS, 145 Nm CVT
1.5L
i-DCD – Sport Hybrid
137 PS, 170 Nm
(gabungan)
7DCT

Varian yang patut anda pilih dan harga dalam pasaran terpakai

Model tahun 2014 – 2015 sekarang berharga lebih kurang RM 50k. Unit tahun 2019 – 2020 pula kini tak sampai RM 75k. Varian hibrid pula sekarang dalam lingkungan harga RM 55k ke RM 65k sahaja.

Juga bacaHonda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k?

  • 2015 Honda CITY S+ I-VTEC 1.5

    RM 47,800
    RM 524
    /bulan

    102,899 km

    8.5 years

    Cheras

  • 2016 Honda CITY E 1.5

    RM 50,300
    RM 590
    /bulan

    107,923 km

    7 years

    Kuala Lumpur

  • 2016 Honda CITY V I-VTEC 1.5

    RM 55,000
    RM 603
    /bulan

    97,069 km

    7.5 years

    Cheras

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 01

Mengenai hibrid, tidak dinafikan bahawa trenkuasanya lebih kompleks. Komponen seperti bateri dan inverter yang digunakan pula agak mahal untuk diganti apabila masanya tiba. Tetapi apa yang bagusnya adalah tahap penjimatan minyak dan prestasi yang anda dapat dengan harga tersebut.

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 02

Ruang kaki belakang luar biasa luas.

Walau apa jua sekalipun, Carsome ada banyak unit terpakai yang dijamin dalam kualiti dan keadaan yang baik. Malah, terdapat waranti lanjutan dan diskaun tunai yang anda boleh dapat sekarang.

Kos penjagaan asas buat Honda City GM6/GM7
Varian City S, E, V City Sport Hybrid
Cukai jalan (RM) 90
Saiz tayar 175/65R15 / 185/55R16 185/55R16
Tayar/biji (RM) 145 - 250 / 170 - 280 170 - 280
Bateri - NS40 (RM) 200 - 260

Penyelenggaraan dan isu umum?

Sebagai kereta yang mempunyai jangka hayat yang bagus, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai penjagaan Honda City GM6.

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 03

Kalau anda ikut jaduan penyelenggaraan, nak guna sampai 250,000 km pun tiada isu.

Di bawah adalah jadual penjagaan asas buat Honda City GM6:

Kos penyelenggaraan Honda City GM6/GM7
Penyelenggaraan / Selang  Item Kos (RM)
Servis / 10k km Minyak enjin, penapis minyak & pembasuh drain plug 280
Penapis udara / 20k km (NA/Hybrid) Penapis udara enjin 95/170
Penapis kabin / 40k km NA, 30k km Hybrid Penapis hama dan zarah 105 / 140
Penapis bahan api / 80k km NA, 120k km Hybrid Penapis bahan api dan pengekal 365
Servis brek / 60k km Minyak brek 60
Servis transmisi / 40k km (CVT) Minyak ATF dan penapis 200
Servis transmisi / 160k km (7DCT) Minyak ATF dan penapis 100
Ganti cecair penyejuk / 200k km Cecair penyejuk (coolant) 150
Palam pencucuh / 100k km (NA/Hybrid) Ganti palam pencucuh (spark plug) 365 / 450

Dari segi kos servis, ia agak murah cuma varian hibrid mempunyai sedikit perbezaan dari segi harga penukaran penapis udara dan minyak transmisi.

Menariknya, penyelenggaraan varian hibrid sebenarnya lagi kurang dan selangnya lebih panjang. Cumanya, setiap 20k km, penapis udaranya perlu ditukar dan ia harganya lebih mahal daripada varian petrol biasa.

  • 2015 Honda CITY S+ I-VTEC 1.5

    RM 47,800
    RM 524
    /bulan

    102,899 km

    8.5 years

    Cheras

  • 2016 Honda CITY E 1.5

    RM 50,300
    RM 590
    /bulan

    107,923 km

    7 years

    Kuala Lumpur

  • 2016 Honda CITY V I-VTEC 1.5

    RM 55,000
    RM 603
    /bulan

    97,069 km

    7.5 years

    Cheras

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 01

Setelah beberapa tahun, komponen suspensi akan haus. Foto.

Dalam perbatuan 125k km pula, komponen trenkuasa dan suspensi akan mula menunjukkan tanda haus. Jadi di bawah, kami lampirkan juga isu dan kos yang berkait.

Isu umum pada Honda City GM6/GM7
Komponen Simptom Kos (RM)
Lower arm depan gegaran / hentakan dari permukaan jalan 750 (Ori)
Absorber depan Pengendalian macam sampan / bunyi suspensi 580 (Ori)
Absorber belakang Bunyi suspensi 480 (Ori)
Ignition coil Rough idle / loss of power 200 / unit
Engine leaks Engine oil sump, transmission sump, valve cover gasket 1,000

Untuk makluman anda juga, terdapat isu yang akan berlaku sekiranya penjagaan kurang ataupun mekanik itu sendiri membuat kesilapan. Apa yang kami maksudkan adalah kebocoran minyak pada bahagian oil sump enjin dan transmisi.

Disebabkan itu, anda disarankan membuat dahulu pemeriksaan pada bahagian bawah kenderaan untuk lihat secara jelas mengenai komponen ini.

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 02

Spesifik untuk City Hybrid, bateri hibridnya disokong oleh waranti 8 tahun dan harga untuk menggantinya adalah RM 5,500. Namun begitu, usia varian ini belum lagi cecah 5 tahun. Jadi, ia masih dalam jaminan waranti kalau berlaku apa-apa.

Lagi satu, berdasarkan rekod model hibrid IMA, hibrid Honda menunjukkan maklum balas yang lebih memuaskan daripada pemlik di mana ia lebih tahan daripada Toyota. Masalah seperti pam ABS, pemampat penyaman udara dan rak stereng sememangnya kurang dirungut, bukan seperti yang banyak dialami oleh pemilik Toyota Prius.

Honda City GM6/7 terpakai dari RM 50k; praktikal bak segmen C, harga Bezza, berapa kos nak bela? 03

Konklusi

Setelah saban tahun, City GM6 masih kekal sebagai sedan yang sesuai untuk pelbagai jenis penggunaan kerana ia sememangnya serba boleh, menjimatkan kos dan tahan lama.

Kalau anda cenderung untuk beli kereta Jepun terpakai berbanding sebuah Proton Saga atau Perodua Bezza baru, Honda City GM6 boleh menawarkan aspek praktikaliti, kualiti, prestasi dan nilai yang cukup memuaskan.

  • 2015 Honda CITY S+ I-VTEC 1.5

    RM 47,800
    RM 524
    /bulan

    102,899 km

    8.5 years

    Cheras

  • 2016 Honda CITY E 1.5

    RM 50,300
    RM 590
    /bulan

    107,923 km

    7 years

    Kuala Lumpur

  • 2016 Honda CITY V I-VTEC 1.5

    RM 55,000
    RM 603
    /bulan

    97,069 km

    7.5 years

    Cheras

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda