window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top!

Faisal · Oct 7, 2023 12:00 PM

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 01

Kalau difikirkan sebentar tentang pasaran kita yang serba luas ini, bukan semua orang mampu membeli kereta baharu dari bilik pameran rasmi. Menariknya, membeli kereta terpakai juga tiada masalah langsung sekiranya anda tahu apa yang perlu dibuat atau dititikberatkan.

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 02

Dan perkara ini akan menjadi lebih mudah jika anda berurusan terus dengan CARSOME. Pertama sekali, kami dibuka 7 hari seminggu jadi anda boleh memandu uji kereta terpakai CARSOME Certified walaupun pada hari cuti, manakala untuk majoriti penjual kereta terpakai yang lain, bukan setiap hari anda boleh memandu uji kereta yang mereka jual.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 01

Jadi, untuk menempah slot pandu uji, anda boleh terus berbuat demikian di aplikasi CARSOME atau melalui laman rasminya di sini. Kemudian, pilih kereta apa yang anda berminat dan Konsultan CARSOME akan membantu anda mendapatkan slot pandu uji untuk kereta tersebut. Kalau hendak ke CARSOME Experience Center terus juga boleh di mana terdapat 12 cawangan di seluruh negara dan ia dibuka setiap hari.

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 02

Di sana pula, Konsultan CARSOME yang cukup ramah akan membantu anda dalam apa jua bentuk pertanyaan ataupun urusan, dari melihat kereta secara mendalam sehinggalah menyediakan sesi pandu uji untuk anda. Apa yang anda perlu sediakan hanyalah kad pengenalan dan lesen memandu.

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 03

Soal memandu uji kereta terpakai ini, tujuannya adalah untuk mengenalpasti isu atau kerosakan yang akan ada. Jadi, apa perkara asas yang patut anda periksa sebelum memandu uji kereta yang anda nak beli?

1. Periksa bahagian badan kereta

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 04

Tetapi sebelum apa-apa, anda boleh melihat laporan pemeriksaan penuh yang ada di laman kami atau aplikasi terlebih dahulu supaya anda sedia maklum akan keadaan semasa bagi kereta tersebut. Malah, anda juga boleh membandingkannya dengan keadaan sebenar apabila melihat secara berdepan nanti. Jadi pertama sekali, sebelum anda masuk ke dalam kereta, periksa dahulu bahagian luar kereta tersebut dan pastikan bahagian badan, enjin, bawah kereta serta jurang antara panel tidak mempunyai kecacatan seperti tidak rapi, kemek, karat atau warna yang berbeza.

2. Pandu uji pada kelajuan rendah

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 05

Dengan memandu uji seolah-olah menyamai bagaimana anda memandu secara harian begini, anda boleh memastikan supaya tiada gegaran enjin yang keterlaluan sewaktu idle/melahu dan tiada isu transmisi seperti pertukaran gear yang tak lancar, tiada senggukan atau bunyi pelik, tiada kelewatan masuk gear antara P-R-N-D dan tiada pertukaran gear secara tiba-tiba.

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 06

Malah, anda juga perlu memeriksa sama ada komponen sistem stereng dan gandar masih dalam keadaan baik sewaktu anda membuat pusingan penuh, misalnya di kawasan tempat meletak kenderaan.

3. Pandu di lebuh raya

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 07

Setelah berpuas hati, masuk ke lebuh raya dan tingkatkan ke had laju nasional untuk memastikan gear tinggi beroperasi dengan lancar, tiada bunyi bearing roda dan tiada isu jajaran seperti kereta bergerak ke satu sisi sekiranya stereng dilepaskan. Kalau ada ciri kawalan suai pandu, anda juga boleh mencuba sistem tersebut.

4. Pandu pada bahagian jalan berlubang atau permukaan kasar

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 08

Melalui cara ini, anda dapat mengenal pasti bahagian kabin yang mungkin sudah longgar, komponen suspensi yang sudah haus seperti bunyi pelik atau pergerakan badan yang tidak begitu terkawal.

5. Periksa agar semua kelengkapan berfungsi dengan baik

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 09

Dan akhir sekali, anda boleh mencuba setiap kelengkapan yang ada pada kereta tersebut untuk memastikan bahawa ia masih berfungsi dengan baik.

Konklusi

Jadi, itulah 5 perkara wajib yang anda perlu buat sewaktu memeriksa dan memandu uji kereta terpakai yang anda minat. Sewaktu memandu uji, anda juga boleh bertanya terus dengan Konsultan CARSOME tersebut berkenaan sebarang ketidaklancaran yang anda perasan pada kereta tersebut.

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 10

Bagi memudahkan anda, mulakan terus pencarian kereta terpakai anda dari CARSOME di mana kereta CARSOME Certified yang ditawarkan telah lulus pemeriksaan ketat 175 titik, dengan laporan pemeriksaan penuh dan dibaik pulih secara profesional. Malah, ia juga bebas dari sebarang kerosakan akibat kemalangan besar, banjir, kebakaran dan penipuan kilometer.

Juga bacaDapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center

5 tips penting untuk anda yang hendak mencari dan membeli kereta terpakai berkualiti tip-top! 11

Selain itu, setiap kereta juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tersembunyi, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti 1 tahun. Jadi, layari CARSOME hari ini atau muat turun aplikasi CARSOME sekarang.

Juga bacaJaminan pulangan wang 5 hari dari CARSOME tiada tandingan! Ini cara mudah untuk anda mendapatkannya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda