window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center

Faisal Β· Jun 30, 2023 07:01 PM

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 01

Membeli kereta terpakai sebenarnya bukan setakat memilih calon yang betul. Selain kondisi yang baik, pembeli juga dinasihatkan untuk mencari tempat yang boleh memberi perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh supaya mudah untuk berususan mengenai penyelenggaraan kereta nanti.

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 02

Pemilikan yang menenangkan sebenarnya merangkumi banyak aspek dan selain pakej waranti yang menyeluruh, kemudahan untuk mendapatkan tempat servis dan kerja-kerja pembaikan yang mudah dan boleh dipercayai juga antara perkara yang perlu dititikberatkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, bengkel sembarangan belum tentu mahir untuk buat kereta anda dan terdapat kes di mana mereka enggan menggunakan alat ganti yang bertauliah tetapi tetap mengenakan bil yang tinggi kepada pelanggan. Jadi, apa yang harus anda buat untuk mengelakkan insiden seperti ini?

Memperkenalkan CARSOME Service Center

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 01

Bagi anda yang belum tahu, CARSOME Service Center dibangunkan untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan kereta dengan mudah, telus dan berkualiti.

Menariknya, pelanggan yang tidak membeli kereta dengan CARSOME juga boleh menghantar kereta mereka di sini. Malah, kereta lama yang sudah tamat waranti juga tidak terkecuali. Senang cerita, pelbagai model kereta boleh dihantar.

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 02

Antara perkhidmatan yang ada termasuklah:

  • Penukaran minyak enjin
  • Balancing dan alignment
  • Pembaikan suspensi
  • Servis penyaman udara
  • Servis dan penyelenggaraan brek
  • Pemeriksaan dan diagnosis

Secara amnya, kerja-kerja yang terlibat dibuat oleh juruteknik berkelayakan dan terlatih dan pelanggan dikenakan caj yang berpatutan dan telus.

Pakej servis yang ditawarkan pula adalah seperti di bawah:

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 03

Pakej servis di CARSOME Service Center
Pakej Essential Standard Comprehensive
Harga RM 98 RM 138 RM 288
Selang Setiap 5k km/10k km Setiap 20k km Setiap 40k km

Di sini, perlu dimaklumkan bahawa CARSOME Service Center hanya menggunakan alat ganti yang berkualtii serta bendalir dan cecair tulen supaya kereta pelanggan bebas dari sebarang potensi masalah.

Bergantung pada perbatuan, anda hanya perlu memilih pakej servis sesuai dan pihak professional akan mengira dan caj hanya yang perlu untuk kereta anda.

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 04

Sekiranya tidak pasti dengan penyelenggaraan kereta anda, CARSOME Service Center ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan 20-mata percuma untuk mengenalpasti komponen atau sistem yang perlu diganti atau diteliti dengan cepat. Antara pemeriksaan bahagian yang terlibat adalah seperti:

  • Kesihatan bateri
  • Bendalir kereta yang melibatkan coolant, brek, sistem stereng berkuasa dan transmisi
  • Kebocoran minyak
  • Pad brek
  • Bunga dan tekanan angin tayar
  • Suspensi
  • Brek tangan
  • Lampu dan pencahayaan
  • Belting komponen enjin
  • Mounting enjin

Bagaimana cara hendak servis kereta di CARSOME Service Center?

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 05

Apa yang perlu anda buat ialah hanya layari laman rasmi CARSOME Service Center dan pilih satu atau dua lokasi, masa dan tarikh yang anda nak dan isikan maklumat berkenaan kereta anda. Dari sini, anda akan dapat kesimpulan dan slot anda akan disediakan.

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 06

Apapun, pihak CARSOME Service Center tetap menerima pelanggan secara β€˜walk-in’ untuk menjimatkan masa. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk buat tempahan supaya tidak perlu menunggu lama.

Untuk pengetahuan anda, CARSOME Service Center terletak di Petaling Jaya dan Ampang. Ia dibuka dari jam 8.30 pagi – 5.30 petang (tutup pada hari Ahad dan cuti umum).

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 07

Pelanggan secara amnya boleh menunggu sebelum kereta siap sepenuhnya dan di fasiliti CARSOME ini, terdapat WiFi dan makanan serta minuman juga turut disediakan.

Dapatkan servis kereta yang berpatutan, telus dan berkualiti di CARSOME Service Center 08

Jadi, sekiranya anda baru membeli kereta terpakai atau akan memiliki sebuah kereta yang lebih berusia, apa kata anda buat tempahan servis seterusnya di CARSOME Service Center untuk menikmati penyelenggaran yang berkualiti, telus dan memudahkan anda.

Sementara itu, dapatkan juga pakej servis dari RM 98 + pemeriksaan PERCUMA. Jadi, terus buat tempahan untuk kereta anda di CARSOME Service Center sekarang atau muat turun aplikasi kami.

Juga baca: Servis kereta anda di CARSOME Service Center, dapat diskaun RM 50 untuk servis pertama!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda