window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

19 unit sahaja untuk 2023, ini cara Honda Malaysia pilih siapa yang dapat beli Civic Type R FL5

Faisal ยท Sep 27, 2023 02:12 PM

19 unit sahaja untuk 2023, ini cara Honda Malaysia pilih siapa yang dapat beli Civic Type R FL5 01

Sebentar tadi, Honda Civic Type R FL5 baru sahaja dilancarkan ke tanah air kita. Bagi anda yang belum tahu, bekalan yang terhad menjadikan harganya naik iaitu dari julat RM 330k untuk generasi FK8 yang lalu kepada RM 399,900 untuk model terbaharu ini.

Di Jepun, tempoh menunggu adalah selama 2 tahun dan pengedar Honda di sana sudahpun diminta untuk berhenti mengambil tempahan buat hothatch ini.

Jadi, dengan situasi semasa dalam rantaian bekalan, kebolehan Honda Malaysia (tidak termasuk unit dalaman yang anda lihat ini) untuk mendapatkan 19 unit buat tahun ini sebenarnya agak hebat. Apapun, lebih banyak unit akan masuk pada tahun hadapan cumanya tidak tahu berapa banyak bilangannya kerana setiap pengedar Honda di seluruh dunia juga meminta peruntukkan yang lebih banyak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

19 unit sahaja untuk 2023, ini cara Honda Malaysia pilih siapa yang dapat beli Civic Type R FL5 01

Menariknya, anda yang menempah awal pun belum tentu dapat jentera ini kerana pemilihan pemilik akan dibuat secara undian.

Untuk layak masuk dalam undian itu, pembeli mesti membayar fi tempahan RM 3,500 (RM 2,500 untuk Langkawi dan Labuan).

19 unit sahaja untuk 2023, ini cara Honda Malaysia pilih siapa yang dapat beli Civic Type R FL5 02

Pembeli juga perlu menandatangan dokumen undang-undang di mana kalau undian itu memihak kepadanya tetapi tiba-tiba berhasrat untuk tidak meneruskan pembelian/pembayaran, Honda Malaysia hanya akan memulangkan semula 75% daripada fi tempahan tersebut.

Dalam masa yang sama, pembeli yang tidak terpilih dalam undian tersebut akan mendapat bayaran balik sebanyak 100%.

19 unit sahaja untuk 2023, ini cara Honda Malaysia pilih siapa yang dapat beli Civic Type R FL5 03

Untuk proses yang telus, proses undian akan dibuat secara fizikal dengan dokumen pembeli, tertakluk kepada proses piawaian audit Honda Malaysia.

Proses undian itu akan direkodkan dalam video dan keseluruhan proses perlu melibatkan audit pihak dalaman dan luaran.

Juga bacaHonda Civic Type R 2023 (FL5) dilancar di Malaysia pada harga RM 399k - terhad pada 19 unit!

@wapcar_zamil Amacam, meh la cuba menang ballot untuk jadi pemilik hothatch lejen ini! #fypmalaysia #carmalaysia #keretabaru #hondabaru #hondacivictyper #civictyper #civictyperfl5 #fl5typer #pelancaran #hondamalaysia #civicmalaysia โ™ฌ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda