window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelibat Honda Civic Type R FL5 muncul di Malaysia tanpa seurat benang - unit rasmi atau recond?

Faisal ยท Aug 25, 2023 04:26 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, Vietnam merupakan negara pertama dalam rantau kita yang mengimport hothatch ini secara rasmi. Menariknya, harga anggaran yang dikeluarkan di pasaran jiran kita iaitu Thailand adalah sekitar RM 478k.

Sebagai konteks, model FK8 sebelum ini dijual oleh Honda Malaysia pada harga RM 330k.

Di Jepun, generasi FL5 5% lagi mahal berbanding FK8. Jadi kalau ikut matematik, model yang bakal dilancarkan di pasaran kita akhir tahun ini akan berharga sekitar RM 350k.

Juga bacaTempahan Honda Civic Type R (FL5) digantung buat sementara waktu di Jepun sebab permintaan 'kaw kaw!'

Kelibat Honda Civic Type R FL5 muncul di Malaysia tanpa seurat benang - unit rasmi atau recond? 01

Secara teknikal, FL5 adalah Type R paling berkuasa pernah dihasilkan iaitu dengan output setinggi 330 PS/420 Nm dari nadi K20C 2.0L VTEC Turbo yang memandu roda depan melalui transmisi manual 6-kelajuan.

Hothatch ini lengkap dengan limited slip differential (LSD), brek Brembo dan roda 19-inci bertayar Michelin Pilot Sport 4S.

Kelibat Honda Civic Type R FL5 muncul di Malaysia tanpa seurat benang - unit rasmi atau recond? 02

Model recond yang dilihat ini pula diimport (CBU) dari Jepun. Bercakap mengenai Jepun, tempoh menunggu di sana sudah mencecah 4 tahun. Pelanggan di Australia pula kena tunggu tahun depan untuk membuat tempahan kerana ia ditutup buat sementara waktu. Pasaran seperti Filipina dan Thailand pula diperuntukkan secara terhad.

Juga bacaTak cukup "sold out", peruntukan Honda Civic Type R FL5 di Australia selama 2 tahun juga habis!

Kalau anda nak tahu, tempahan di peringkat global sudah mencecah 20,000 unit.

Apapun, bilangan tempahan di Malaysia setelah dilancarkan nanti juga dijangka luar biasa.

Juga bacaDah lebih kuota, penerimaan tempahan Honda Civic Type R FL5 2023 untuk Indonesia dihentikan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda