window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah lebih kuota, penerimaan tempahan Honda Civic Type R FL5 2023 untuk Indonesia dihentikan

Faisal · Jun 3, 2023 08:00 PM

Dah lebih kuota, penerimaan tempahan Honda Civic Type R FL5 2023 untuk Indonesia dihentikan 01

Sumber foto dari AutoFun ID.

Honda Civic Type R 2023 generasi FL5 untuk Indonesia dilancarkan pada Mac yang lalu tetapi menurut rakan kami dari AutoFun ID, penerimaan tempahannya kini sudah dihentikan.

Dah lebih kuota, penerimaan tempahan Honda Civic Type R FL5 2023 untuk Indonesia dihentikan 02

Menurut Yusak Billy selaku Pengarah Pemasaran & Inovasi Perniagaan PT Honda Prospect Motor (HPM), unit yang diperuntukkan buat Indonesia sudahpun melebihi kuota. Apapun, beliau telahpun berunding dengan prinsipal Honda untuk menambah peruntukkan tersebut. Demi mengurangkan penantian peminat, tempahannya akan dibuka semula pada bulan Julai tetapi hanya untuk penyerahan tahun 2024.

Dah lebih kuota, penerimaan tempahan Honda Civic Type R FL5 2023 untuk Indonesia dihentikan 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jelas beliau dalam acara pandu uji media buat Honda Civic Type R FL5 di Litar Mandalika, Lombok baru-baru ini, tempahan yang dikutip sudah mencapai 114 unit dan 18 unit telahpun diserahkan ke pelanggan. Apapun, tempahan yang selebihnya belum tentu dapat ditunaikan dalam tahun ini.

Juga bacaHonda Civic Type R FL5 2023 memecah rekod FWD litar Nürburgring dengan catatan masa 7:44.881!

Dah lebih kuota, penerimaan tempahan Honda Civic Type R FL5 2023 untuk Indonesia dihentikan 01

Untuk pengetahuan anda, harga hothatch ini dijual di sana sekitar 1.3 bilion IDR (~RM 400k).

Sementara itu, jentera keunggulan Honda ini akan dilancarkan di Malaysia dalam tahun ini juga.

Juga bacaHonda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda