window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024

Zamil Syaheer ยท Jan 21, 2023 02:00 PM

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 01

Sambutan bagi Honda Civic Type R (FL5) bukan sahaja hangat di Jepun, malah hot hatch generasi terbaru yang ikonik ini juga dilaporkan telah habis dijual di Australia. Buku pesanan untuk Civic Type R FL5 telah dibuka pada 1-Disember 2022 dan dalam masa satu hari, habis disapu kesemua unit untuk kumpulan pertama.

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 02

Ini dilaporkan oleh penerbitan automotif Australia Drive dengan beberapa pengedar mengatakan bahawa pusingan pesanan seterusnya hanya akan bermula pada awal hingga pertengahan 2024. Pada asasnya, mereka yang ingin membuat pesanan untuk FL5 perlu menunggu selama 18 bulan lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Tempahan Honda Civic Type R (FL5) digantung buat sementara waktu di Jepun sebab permintaan 'kaw kaw!'

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 01

Ini baru sahaja bab membuat pesanan kerana mereka yang berjaya merebut FL5 bulan lepas dijangka perlu menunggu sehingga 2 tahun untuk sampai ke garaj mereka.

Sesetengah pengedar telah memberitahu Drive bahawa penghantaran boleh tiba pada akhir 2024 atau hingga 2025. Semestinya, warna Championship White yang ikonik untuk model ini merupakan permintaan yang paling tinggi.

Baca juga: 2023 Honda Civic Type R FL5 debut ASEAN - dari RM 470k, lagenda baru dah tiba!

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 02

Walaupun Honda Australia masih belum mengesahkan secara terbuka jumlah FL5 dalam peruntukan tahun pertama, para pengedar menganggarkan bahawa ia adalah sekitar 600 unit. Sebelum pembukaan buku pesanan, terdapat kira-kira 4,000 ungkapan minat diterima.

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 03

Sebanyak 1,300 FK8 telah dijual di Australia

Dianggarkan antara 1,200 hingga 1,300 FK8 Civic Type R telah dijual di Australia sepanjang tempoh jualan. Civic Type R generasi sebelumnya telah dijual di sana dari Oktober 2017 hingga pertengahan 2021.

Baca juga: 2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda?

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 04

Ini bukan berita buruk untuk peminat dan pembeli Civic Type R di Australia kerana menurut para pengedar lagi, beberapa unit pertama akan tiba di Australia pada Februari atau Mac 2023.

Unit lain akan tiba secara progresif sepanjang tahun ini jadi mungkin beberapa pembeli bertuah boleh mendapatkannya secepat mungkin.

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 05

Honda Civic Type R FL5 berharga AUD 72,600 (~RM 220k), kira-kira AUD 12,000 (~RM 36k) lebih tinggi daripada FK8. FL5 untuk pasaran Australia dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter K20C1 4-silinder pengecas turbo yang menghasilkan 320 PS, kurang 10 PS berbanding model setara di Jepun (330 PS). Ingat bahawa angka keluaran yang lebih rendah ini adalah serupa dengan FL5 spesifikasi Vietnam.

Baca juga: Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand!

Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024 06

Manual sahaja

Namun, angka tork kekal tidak disentuh (420 Nm) dan unit itu hanya dipasangkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Di tanah air tercinta, Honda Malaysia masih belum mengumumkan ketibaan FL5 di sini tetapi berkemungkinan besar ia akan tiba juga kerana model generasi sebelumnya pernah ditawarkan secara rasmi.

Baca juga: Video: Proses pemasangan Honda Civic Type R 2023 FL5 di Jepun, jentera abadi lambang 'H'!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda