window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter!

Haris Β· Mar 23, 2023 05:00 PM

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 01

Honda CR-V 2023 serba baharu dengan kod nama RY untuk model 1.5 liter turbocaj dan RS untuk model hibrid petrol-elektrik e:HEV telah membuat kemunculan serantaunya di Thailand awal minggu ini.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 02

Honda Malaysia telah mengesahkan bahawa Honda CR-V serba baharu ini akan dilancarkan tidak lama lagi di tanah air kita. Sebelum ia hadir, apa kata kita tinjau gambar langsung Honda CR-V 2023 dari Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2023 yang sedang berlangsung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 01

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 02

Untuk pasaran Thailand, Honda akan menawarkan 5 varian CR-V 2023 serba baharu iaitu:

  • CR-V 1.5 Turbo E 2WD 5-penumpang: THB 1,419,000 (~RM 186k)
  • CR-V 1.5 Turbo ES 2WD 5-penumpang: THB 1,599,000 (~RM 210k)
  • CR-V 1.5 Turbo EL 4WD 7-penumpang: THB 1,649,000 (~RM 217k)
  • CR-V 2.0 e:HEV ES 4WD 5-penumpang: THB 1,589,000 (~RM 209k)
  • CR-V 2.0 e:HEV RS 4WD 5-penumpang: THB 1,729,000 (~RM 227k)

Beberapa unit Honda CR-V 2023 serba baharu ada dipertontonkan, termasuk varian 1.5 liter turbocaj serta varian yang dikuasakan oleh sistem hibrid petrol-elektrik e:HEV hibrid penuh dua motor Honda.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 03

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 04

Gabungan output sistem untuk hibrid petrol-elektrik baru ialah 185 PS dan 335 Nm.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 05

Juga perlu diberi perhatian bahawa Honda Thailand telah menggugurkan enjin 2.4 liter turbodiesel dan 1.6 liter turbodiesel yang sudah lama digunakan daripada model terdahulu. Enjin 1.5 liter turbocaj ini sebenarnya sudah sinonim digunakan oleh rakyat Malaysia, kini ditawarkan pada Honda CR-V baharu pasaran Thailand.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 06

Di samping rangkaian kuasa baharu, Honda telah memberikan Honda CR-V 2023 spesifikasi Thailand dengan suatu lonjakan yang besar dari segi ciri kelengkapan.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 07

Standard untuk semua varian Honda CR-V 2023 termasuk kelengkapan seperti lampu depan LED penuh, lampu DRL siang hari LED, lampu kabus depan LED, isyarat belok LED, pendingin hawa dwi-zon automatik, cermin pandangan belakang malap automatik, kerusi depan boleh laras kuasa, serta sistem infotainment 9-inci yang menyalurkan audio melalui sistem bunyi 8-pembesar suara.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 08

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 09

Berada pada hierarki paling atas ialah CR-V 2.0 e:HEV RS dan ia mendapat beberapa kelengkapan eksklusif.

Terdapat lambang RS yang dipasang di seluruh bahagian luar dan dalaman, Active Cornering Light  (ACL), paparan papan pemuka, lampu kabus belakang, roda aloi 19-inci yang lebih besar, sistem bunyi Bose 12 pembesar suara dan Adaptive Driving Beam (ADB).

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 10

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 11

Bagi ciri keselamatan standard untuk semua varian Honda CR-V 2023 termasuk:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low-speed Follow (ACC dengan LSF)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Honda LaneWatch

Ya, kesemua varian Honda CR-V baharu menerima kesemua ciri-ciri keselamatan ADAS Honda Sensing.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 12

Jumlah beg udara untuk semua varian kini mencecah 8 unit kerana Honda CR-V serba baharu kini menambah 2 beg udara lutut.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 13

Rakyat Malaysia boleh menjangkakan Honda CR-V 2023 serba baharu akan sampai ke pengedar pada akhir tahun ini. Honda CR-V 2023 bakal menjadi salah satu daripada 4 pelancaran model yang telah dirancang oleh Honda Malaysia untuk tahun ini, dengan 3 lagi ialah Honda WR-V, Honda City facelift dan Honda Civic Type R FL5.

Honda CR-V generasi baharu menyusul 2023, ini imej dari debut ASEAN - tiada lagi enjin 2.0 liter! 14

Harga Honda CR-V generasi sekarang bermula daripada RM 146,900 untuk kemasukan 2.0 liter varian i-VTEC semulajadi. Spesifikasi tertinggi varian VTEC Turbo AWD 1.5 liter bermula dari RM 171,400.

Baca: Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Accord & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda