window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak cukup "sold out", peruntukan Honda Civic Type R FL5 di Australia selama 2 tahun juga habis!

Haris ยท Apr 4, 2023 10:00 AM

Tak cukup

Honda Civic Type R terkenal sebagai sebuah hot hatch prestasi tinggi yang kekal setia dengan karakternya, lebih lagi ketika segala-galanya elektrik dan automatik. Civic Type R FL5 adalah generasi terbaharu yang membawa nama hot hatch berusia 25 tahun ini dan selain daripada legasi yang lama, ia juga mempunyai senarai menunggu yang lama.

Tak cukup

Berapa lama? Dilaporkan bahawa senarai menunggu untuk Civic Type R FL5 di Australia menjangkau hingga 24 bulan bermula Mac 2023. Tempoh menunggu ini meningkat daripada 18 bulan pada Januari dan Honda Australia kini memegang lebih daripada 1,000 tempahan untuk hot hatch.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak cukup

Populariti untuk Civic Type R FL5 bukan sahaja dilihat di benua kecil itu, malah ia turut dirasai secara global.

Jurucakap Honda Australia memberitahu media bahawa terdapat permintaan tinggi untuk Type R di Eropah, Amerika Syarikat, dan Jepun yang bermaksud bahawa peruntukan hanya dihadkan berdasarkan jangkaan masa hadapan.

Buka  itu sahaja, Honda Jepun pula telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan tempahan Honda Civic Type R kepada pengedar di sekitar Tanah Matahari Terbit itu bermula pertengahan Januari dan masih belum diminta sebaliknya sehingga kini.

Tak cukup

Apabila Honda Australia mula membuka tempahan untuk Civic Type R serba baharu, terdapat kira-kira 4,000 pendaftaran minat yang diterima. Walaupun jumlah ini tidak rasmi, beberapa pengedar Honda di Australia membuat spekulasi bahawa hanya 600 unit diperuntukkan untuk tahun pertama jualan Civic Type R FL5 di negara tersebut.

Baca: Honda Civic Type R (FL5) habis dijual di Australia dalam masa 24 jam, pesanan seterusnya akan diambil pada 2024

Tak cukup

Honda Civic Type R FL5 di 2023 Bangkok International Motor Show

Selain itu, di Asia Tenggara pula, Honda Civic Type R telah dilancarkan di Vietnam, Thailand, dan Filipina. Honda Malaysia dijangka akan melancarkan Civic Type R FL5 dalam tahun ini tetapi unit yang disahkan berkemungkinan sangat terhad dan habis ditempah sebaik sahaja diumumkan kelak.

Tak cukup

Bukan itu sahaja, Honda Civic Type R juga dijangka akan diposisikan pada harga yang jauh lebih mahal. Perbandingan awal dengan negara ASEAN lain menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya harga sekitar RM 350,000 untuk membeli hot hatch ini apabila ia dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

Baca: 5 kereta prestasi yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 2023 - Daripada 992 GT3 RS kepada Civic Type R

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda