window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3!

Zamil Syaheer · Apr 8, 2023 04:00 PM

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 01

Race. Rally. Research. Dikenali sebagai R3, 3 perkataan ini mentakrifkan divisyen sukan permotoran Proton suatu masa dahulu. Hari ini, nama R3 itu digunakan pada barangan cenderamata, pelincir dan model edisi khas tetapi apabila ia diasaskan pada 2003, R3 mahu mewakili cabang prestasi automotif tempatan Malaysia.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 02

Permulaan terawal R3 pada tahun 2003

Dari satu segi, Proton R3 bukan sahaja mewakili penyelidikan dan kejuruteraan daripada sukan permotoran ke dalam kereta jalan raya, tetapi ia juga merupakan kebanggaan negara. Lagipun, rakyat Malaysia mana yang tidak akan berasa bangga melihat Proton memenangi rali atau perlumbaan touring car di pentas antarabangsa?

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum penubuhan R3, Proton telah pun giat bersaing dalam perlumbaan kereta rali dan touring car. Walau bagaimanapun, ini tidak banyak memberi kesan kepada kebanyakan orang ramai selain daripada beberapa peminat tempatan. Penubuhan R3 pada asasnya memberi bahagian sukan permotoran Proton satu jenama dan pendedahan yang lebih besar untuk membina pangkalan peminat.

Baca juga: Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 01

Salah seorang peminat itu ialah seorang guru dari Pulau Pinang yang dikenali sebagai Cikgu Amin Yahaya. Cikgu Amin ini memang penyokong tegar Proton. Dia memiliki beberapa model lain seperti Iriz dan X50, namun model yang paling disayangi adalah Proton Waja 1.6 CamPro 2006. Di rumahnya, Waja ini dibelai dan dijaga dengan begitu rapi, sehingga ia saja yang mempunyai sarung penutup!

Baca juga: 21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah?

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 02

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut, anda pastu nak tahu apa sebenarnya yang istimewa tentang Waja ini? Baiklah, sebelum kita melangkah masuk, mari kita lihat apa yang berlaku dengan Proton pada masa itu.

Soal ketahanan

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 03

Sebelum menjenamakan semula sebagai Sepang 12 Hours, Merdeka Millennium Endurance (MME) merupakan salah satu perlumbaan ketahanan terulung di Malaysia dan diadakan sekitar Ogos sempena bulan Merdeka.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 04

Proton PERT dengan skema warna Petronas memenangi acara perlumbaan MME pertama pada tahun 2000. Kredit

Perlumbaan pertama pada tahun 2000 dimenangi oleh Proton EON Racing Team (PERT) yang dipandu oleh Jimmy Low, Karamjit Singh, dan Tommy Lee dalam Proton PERT. Ia akan mengambil masa 5 tahun lagi sebelum Proton akan memenangi perlumbaan ini sekali lagi, kali ini di bawah nama Proton R3.

Baca juga: Karamjit Singh kembali semula ke rali selepas terpaksa jual Proton Waja, dapat tajaan baru

Pada tahun 2005, Proton R3 Amprex melengkapkan perlumbaan MME dengan Lotus Exige 300RR yang dibina khas sebagai juara keseluruhan setelah menamatkan 279 pusingan dalam masa 12 jam. Kereta #15 itu dipandu oleh Tengku Djan Ley, Genji Hashimoto, dan Tony Ricciardello.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 05

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 06

Untuk memperingati kemenangan tahun 2005 sebelum bermulanya acara perlumbaan MME 2006, Proton R3 melancarkan Waja dan Gen.2 MME Edition. Kedua-dua kereta menerima kit badan yang unik, beberapa penambahan interior, warna unik untuk Waja MME, dan peningkatan prestasi.

Baca juga: 6 model ikonik dari divisyen prestasi Proton, Race Rally Research (R3)

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 07

Enjin CamPro 1.6 liter standard menghasilkan 110 PS tetapi dengan talaan R3, kuasa dinaikkan kepada 118 PS. Model MME Edition hanya tersedia dengan transmisi manual 5-kelajuan. Sebanyak 200 unit telah dirancang tetapi pada hakikatnya, hanya 100 unit dibina dengan setiap satu menerima plak bernombor unik.

Impian seorang guru

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 08

Cikgu Amin dan anak-anaknya bergambar di sebelah Waja peraknya, dan MME Waja merah Tengku Djan (Kredit: Cikgu Amin dan DSR)

Apabila Cikgu Amin mendengar pengumuman Waja MME, dia berasa kecewa kerana dia baru sahaja membeli Waja CamPro dua bulan sebelumnya. Namun, terdapat kemungkinan besar ada penawaran untuk pengubahsuaian kerana kerana R3 ada menawarkan pelbagai alat ganti dan aksesori.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 09

Mendiang Daryl Lam, bekas pengurus Proton R3

Dia bertemu dengan pasukan R3 dan menjadi rapat dengan Daryl Lam yang menguruskan R3. Daryl juga yang mencadangkan kepada guru itu untuk mengumpulkan semua bahagian dan membina Waja MME sendiri. Sedikit demi sedikit, guru itu membeli semua yang tertera pada katalog Proton R3 dan menyimpan di rumahnya di Butterworth, Pulau Pinang.

Baca juga: Proton Satria Neo S2000 supercharged ini adalah simbol penghormatan kepada konsep berusia 10 tahun!

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 10

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 11

Apa sahaja yang disenaraikan dalam katalog, dia telah mengumpulkan semuanya. Daripada bahagian utama seperti kit badan dan ekzos prestasi cat-back kepada benda kecil seperti penutup minyak enjin aluminium dan stokin takungan bendalir brek.

Malangnya, impian guru itu terhenti secara tiba-tiba apabila Daryl Lam meninggal dunia pada tahun 2019. Tetapi seperti kata pepatah, apabila satu pintu ditutup, pintu lain terbuka dan di belakang pintu terbuka itu ialah Suriya Sankaran dari Dream Street Restoration (DSR).

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 12

Kami telah memaparkan beberapa projek DSR yang lain seperti Proton Putra yang diinspirasikan oleh Tottenham Hotspurs dan Proton Wira 1.8 C99. Dia juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan R3 dan merupakan kawan rapat kepada Daryl, menjadikannya orang yang ideal untuk memenuhi impian guru itu.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 13

Jadi, pada September 2022, Cikgu Amin memuat masuk semua bahagian R3 yang dia telah kumpulkan sejak 15 tahun lalu dan memandu ke bengkel DSR di Subang Jaya. Dia memberitahu Suriya bahawa dia mempunyai tiket kereta api sehala untuk pulang ke Pulau Pinang dan mahu dia menghasilkan Waja ini untuk mengenang rakan mereka, Daryl.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 14

Suriya berkata beliau tidak pernah melakukan projek pemulihan untuk Waja kerana DSR lebih pakar dalam memulihkan model Proton yang dikuasakan oleh enjin 4G93P dan Satria Neo. Namun, memandangkan guru fanatik itu mempunyai banyak bahagian R3 yang baru serta bebarapa ujikaji di internet, ia sedikit sebanyak memudahkan proses pengubahsuaian serta restorasi.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 15

Suriya dan Cikgu Amin (Credit: DSR)

Oleh itu, Suriya menerima cabaran ini kerana dia sendiri mengetahui betapa besarnya makna ini untuk kedua-dua guru dan rakannya yang telah meninggal dunia. Pertemuan pada bulan September itu adalah kali pertama kedua-dua lelaki bertemu secara bersemuka tetapi dia sudah mendengar rancangan Cikgu Amin untuk mengumpulkan segala-galanya dalam katalog alat ganti Waja MME semasa dia bekerja dengan Daryl di R3.

Segar daripada ladang

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 16

Waja Cikgu Amin sebelum menerima transformasi daripada DSR (Kredit: Cikgu Amin dan DSR)

Walaupun Waja CamPro ini kelihatan hampir standard, Cikgu Amin telah pun memasang bampar hadapan Waja MME bersama-sama satu set roda JRD Comel berukuran 15 inci (ya, rim itu dipanggil Comel). Namun, dia mempunyai satu lagi bampar depan dan set roda yang masih dibalut plastik yang diserahkannya kepada DSR.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 17

Keseluruhan proses pemulihan mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk disiapkan tetapi Suriya berkata bahawa Waja guru itu berada dalam keadaan yang sangat baik walaupun sudah berusia 17 tahun. Bacaan odometer telah menunjukkan bahawa ia telah mencatatkan lebih daripada 350,000 km, namun enjin masih berjalan seperti baru tanpa sebarang bunyi kerincing atau berderit!

Baca juga: Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian?

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 18

Daripada melakukan baik pulih sepenuhnya pada enjin atau menjalani proses ‘blueprint’ seperti kebanyakan projek DSR sebelum ini, mereka hanya melakukan penyelenggaraan biasa pada enjin seperti menggantikan cecair dan menukar ‘timing belt’.

Enjinnya sudah pun berada dalam keadaan rapi seperti setiap bahagian dan aksesori yang dipasang pada MME Waja ini berkat kesungguhan guru ini menservis kereta setiap 2,000-3,000 km.

Baca juga: Memandu Proton Putra 1.8 EXi yang macam baru ini mengimbau era kegemilangan Proton pada 90an!

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 19

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 20

Enjin CamPro ini juga menggunakan manifold ekzos daripada Powerzone, yang dipasangkan dengan ekzos R3 dengan hujung tip muffler berbentuk bujur yang mempunyai tulisan R3 padanya. Apabila Waja MME dilancarkan, R3 mendakwa sistem ekzos ini mampu menghasilkan peningkatan kuasa sebanyak 8 PS.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 21

Selain itu, lampu hadapan telah ditukar dengan unit HID Xenon sama seperti Waja MME sebenar, pad brek Mintex R3 dipasang, dan cat perak asal ditukar kepada warna Crystal Deep Burgundy.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 22

Exige 300RR yang memenangi MME 2006

Butiran sebegini yang menjadikan ini Waja MME yang unik. Rona Deep Burgundy bertukar antara hitam dan ungu gelap bergantung pada pencahayaan, dan perkataan "MME Edition" telah di ‘airbrush’ ke dalam cat di bahagian bawah pintu.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 23

Satu lagi perincian menarik di bahagian luar ialah kalungan laurel pada fender hadapan. Waja MME asal dibuat untuk memperingati kemenangan sulung Proton R3 di MME dengan nombor 15 dan bintang pada kalungan bunga. R3 akan mengulangi kemenangannya pada 2006 dalam #12 Lotus Exige 300RR yang dipandu oleh Tengku Djan Ley, Faidzil Alang, dan Damien French.

Jadi, kalungan bunga istimewa ini benar-benar unik pada Waja MME ini dengan nombor 12 dan dua bintang. Ia di ‘airbrush’ ke dalam cat sama seperti holografik MME Edition pada pintu bawah.

Waja MME yang sepatutnya

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 24

Walaupun bahagian luar Waja MME ini hampir sama dengan 100 unit yang asal, bahagian interior ini yang menjadikannya jauh berbeza daripada 100 unit tersebut. Suriya mahu Waja MME ini menjadi apa yang R3 ingin lakukan pada masa itu, tetapi tidak dapat direalisasikan.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 25

Waja Cikgu Amin sedang menjalani proses restorasi dalaman (Kredit: DSR)

Malah dalam Waja MME yang asli, bahagian interior berwarna beige dan coklat yang tidak begitu menyerlahkan intipati R3. Versi DSR bagi Waja MME menggantikan bahagian dalaman yang kelihatan jelas eksekutif dengan sesuatu yang sepadan dengan luarannya yang sporty.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 26

Daripada ini... (Kredit: DSR)

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 27

...ke tempat duduk yang diilhamkan oleh Recaro yang sporty ini

Ini bermakna, tona interior coklat didalam perlu dirombak semula. DSR telah menggantikan set fabrik hitam dan merah. Reka bentuk tempat duduk dengan kemasan tona merah hitam diilhamkan oleh Recaro Tomcat dengan perkataan MME Edition dicantumkan pada tempat letak kepala.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 28

Selain itu, tali pinggang keledar merah telah dipasang bersama dengan pelapik hitam berbanding warna kelabu standard. Stereng standard Waja turut digantikan dengan Momo Tuner yang dipasang dengan bosskit R3 asal dan penukar gear automatik 4-kelajuan kini mempunyai tombol gear R3 yang direka khas.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 29

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 30

Interior Waja MME yang asal. Kredit

Kalau Waja MME sebenar, ia menggunakan transmisi 5-kelajuan manual, namun Waja ini menggunakan transmisi 4-kelajuan automatik. Menurut Cikgu Amin, dia lebih cenderung memandu dengan santai, jadi transmisi automatik sesuai dengannya.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 31



Seperti yang dinyatakan, asalnya R3 merancang untuk menghasilkan 200 unit, namun hanya 100 unit sahaja yang berjaya dihasilkan. Ini kerana pada ketika itu Proton ingin mengeluarkan model facelift kedua bagi Waja, serta terdapat beberapa kekangan daripada pihak atasan. Oleh itu, baki 100 lagi unit tersedia untuk orang ramai melalui katalog alat ganti R3.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 32

Memandangkan proses restorasi Waja MME ini kelihatan amat cantik, bahkan tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa ia jauh lebih baik daripada 100 unit yang asal. Untuk memberi penghormatan kepada model 100 yang asal, DSR menghasilka plak dengan nombor "0101", menjadikannya versi kedua terakhir bagi Waja MME walaupun ia tidak dibina secara teknikal di kilang yang sama.

Mengimbas kembali zaman kegemilangan

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 33

Dedikasi daripada Cikgu Amin untuk mengumpul semua barang yang diperlukan sejak 15 tahun lalu bersama-sama dengan kerja yang dilakukan oleh Suriya dan pasukannya di DSR adalah bukti bahawa budaya modifikasi serta restorasi kereta di Malaysia boleh berkembang maju, terutama untuk jenama tempatan.

Baca juga: Retrospektif: EON & USPD - Ketika Proton mempunyai rangkaian pengedar berasingan seperti Toyota pada 90an

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 34

Walaupun Proton telah menghidupkan semula jenama R3, ia terasa jauh dari zaman kegemilangannya ketika mereka bergiat aktif dalam sukan permotoran dan juga menambahkan sedikit rangsangan kuasa kepada beberapa modelnya. Bahagian sukan permotoran Proton telah menjenamakan semula dirinya kepada Proton Motorsports tetapi era semasa tidaklah sehebat sebelum ini.

Baca juga: Proton Saga R3 Limited Edition 2021 - gaya saja, peminat R3 boleh terima ke?

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 35

Pasukan R3 mempunyai visi yang kukuh apabila ia ditubuhkan 20 tahun lalu dengan pasukan yang hebat. Malangnya, disebabkan peralihan Proton dalam usaha membina semula imejnya, legasi R3 sedikit sebanyak merudum dan menjelang 2017, dananya akan disalurkan kepada operasi teras Proton.

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 36

Perniagaan automotif sukar untuk mengimbangi keterujaan peminat untuk meningkatkan kredibiliti jenama dengan pembeli biasa yang membawa keuntungan kepada syarikat. Walaupun Proton terus mempamerkan pertumbuhan jualan setiap tahun, ramai peminat R3 seperti Cikgu Amin pastinya mengharapkan suatu hari kegemilangan R3 akan kembali.

Baca juga: Ini kisah Proton Putra Rali! Siapa kata Proton buang sejarah?

Proton Waja MME Edition 'fully restored' ini milik seorang guru sekolah yang fanatik jenama R3! 37

Namun, buat masa ini, terpulang kepada pakar restorasi seperti DSR atau pun bakat tempatan di seluruh negara dalam mengekalkan harapan itu. Pulihkan. Hidupkan semula. Mula semula.

Terima kasih khas kepada Suriya dan pasukannya di Dream Street Restoration (DSR) kerana memberi peluang kepada WapCar untuk melihat dengan lebih dekat projek Waja MME yang unik ini.

@wapcar_zamil Kami salute dedikasi Cikgu Amin & @dreamstreetrestoration, memang cun!! #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #tahukahanda #malaysia #protonwaja #protonmalaysia #r3 #waja #wapcar ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda