window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian?

Zamil Syaheer · Sep 12, 2021 08:00 PM

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 01

Kalau sebut sahaja kereta idaman, tak ramai yang berpeluang untuk memandu ataupun memilikinya. Kereta-kereta sebegini menambat hati para peminat pemanduan dari pelbagai sudut seperti reka bentuk, mekanikal, kualiti binaan, dan mungkin mitos jenama itu sendiri.

Perusahaan Automobil Nasional, atau lebih dikenali sebagai Proton, suatu ketika dahulu lincah bersaing di arena sukan permotoran rali tempatan dan juga antarabangsa. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Maklumlah, kerjasama mereka dengan salah satu otai dalam rali iaitu Mitsubishi menjadikannya ia sebagai pilihan natural kepada Proton untuk membuktikan kehebatan mereka.

Proton Wira 1.8 EXi LE merupakan salah satu produk ‘masterpiece’ keluaran Proton hasil daripada pembabitan meraka dalam arena rali. Kalau sebut sahaja model Proton mana yang digiur ramai, selalunya tak sah kalau nama Wira 1.8 EXi ini tak disebut sekali dengan Satria GTi dan Putra.

Juga baca: Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 01

Namun begitu, berbanding Satria GTi dan Putra, Wira 1.8 EXi ini lebih unik dan istimewa. Ia adalah satu-satunya produk Proton yang mempunyai pengiktirafan homologasi oleh Fédération Internationale de l'Automobile, atau lebih dikenali sebagai FIA, badan sukan permotoran sedunia yang membolehkan Wira ini bertanding di dalam acara rali, terutamanya Group N pada masa itu.

Ini dah kira sama taraf dengan Toyota GR Yaris, Mitsubishi Lancer Evolution, dan juga Subaru Impreza. Bukan kaleng-kaleng.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 02

Kereta harian saya, Proton Wira 1.5 GL 1993 dengan enjin 4G15 karburetor.

Sebagai pemilik Proton Wira 1.5 GL 1993 standard yang telah saya miliki sejak 10 tahun lalu, saya acap kali bertanya, “apa yang ‘power’ sangat pasal Wira ni sampai dia jadi ‘legend’?,”

Akhirnya, pada hari Jumaat, 10 haribulan September 2021, persoalan itu akhirnya terjawab.

Nampak macam Wira dengan kit badan, tetapi ia lebih daripada itu

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 03

Bagi orang biasa, mesti mereka tidak dapat membezakan apa yang unik sangat pasal Wira C99 ini. Mungkin sayap ‘tiang gol’ itu je lah kot.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 04

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 05

'Low-profile' - antara beberapa ciri yang membezakannya daripada Wira biasa adalah gril depan, emblem, dan ketinggian Wira ini.

Hanya peminat kereta sejati yang boleh melihat perincian yang berbeza seperti ketinggian kereta yang lebih rendah, roda 14-inci AAC, brek cakera depan dan belakang, serta warna kereta yang unik kepada 1.8 EXi LE ini.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 06

Tip ekzos kembar adalah satu lagi petanda, jika anda 'tak nampak' betapa besarnya sayap belakang ini.

Berbalik semula kepada ciri ikonik model C99 ini, iaitu sayap ‘tiang gol’ di belakang – ia sebenarnya bukan setakat gaya sahaja, kerana sayap ini direka khas bagi memenuhi ciri-ciri homologasi FIA.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 07

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 08

Walaupun Mitsubishi dan Proton merupakan rakan kongsi, Proton tidak boleh dengan selambanya memasang sayap daripada Lancer Evolution 1, 2, ataupun 3.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 09

Menurut legenda yang dikongsikan oleh beberapa individu yang terlibat dalam projek C99 seawal pengembangannya, para jurutera Proton mencipta reka bentuk sayap belakang dengan sendirinya.

Hasilnya, sayap 'tiang gol' ini membolehkan Wira C99 ini kekal stabil pada kelajuan melebihi 150 km / j, melepasi ujian terowong angin yang merupakan sebahagian daripada standard homologasi Group N FIA.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 10

C99 LE yang asli hadir dengan bar penstabil setebal 23 mm dan 13 mm di bahagian depan dan belakang.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 11

Kimpalan tambahan di sepanjang strut suspensi.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 12

Ya, hanya 704 km pada masa uji pandu- enjin yang baru dibina semula masih belum habis pantang!

Segala yang ada pada Wira C99 ini mempunyai fungsi dan bukan setakat gaya, daripada 20 kimpalan sirat berganda (double stitch welded) di mana frem dan cantuman komponen cesis telah dikimpal sebanyak dua kali bagi menguatkan struktur dan mengurangkan tahap lentur (body flex) ke jumlah yang minima, bar penstabil di belakang dan depan, hingga ke tempat duduk Recaro Enjoy serta stereng dan tombol gear Momo.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 13

Tahukah anda Proton Wira 1.8 EXi LE ini merupakan kereta Malaysia pertama yang menggunakan beberapa aksesori dan kemasan dalaman daripada jenama Itali ini? Memang mantap.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 14

Selain itu, Wira C99 juga dilengkapi dengan beberapa ciri yang pertama dalam aspek lain, seperti kereta Proton pertama yang menggunakan dengan enjin dual-overhead cam (DOHC) dan sistem brek anti-kunci (ABS).

Kereta ini adalah 1 daripada 1,380 unit yang dibina pada tahun 1996. Secara keseluruhan, 2,500 C99 LE dibuat; 2,450 daripadanya di Majorca Black (seperti ini) dan 50 lagi dalam bentuk RS yang lebih asas dan ringan.

Otai masih berbisa

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 15

Encik Suriya. Imej daripada DSR.

Kredit untuk restorasi ini diberikan kepada Dream Street Restoration (DSR), diketuai oleh Encik Suriya Sankaran, anaknya Encik Dharveen (pengasas DSR & DSR Production House) serta Nizar Faez (media).

Sebagai sebuah perniagaan keluarga yang ditubuhkan pada tahun 2020, DSR dengan pantasnya menjadi terkenal sebagai pakar pemulihan casis Proton C99.

Ini didukung oleh pengalaman yang diambil dari masa Encik Suriya bekerja sebagai bekas kakitangan Proton R3 dan pemandu rali pada era 90an.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 16

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 17

Casis yang diberi nombor DSR-009-C99 ini, dimiliki oleh seorang individu di Pulau Pinang, dan merupakan kereta ke-9 yang melalui restorasi mendalam oleh DSR. Menariknya, ada beberapa bahagian yang telah dikekalkan menurut keadaan asal semasa Wira ini keluar daripada kilang Proton pada tahun 1996.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 18

Kami yakin banyak pemilik Wira tidak ingat tahu akan kewujudan bekas tempat letak minyak di belakang C99 ini!

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 19

Original!

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 20

Sarung manual pemilik agak teruk untuk dipakai. Sebelah lain masih ada nama dan perincian pemilik pertama.

Beberapa kelengkapan 'kapsul-masa' ini termasuk tayar ganti (yang bermula pada minggu ke-23 tahun 1996), kit kecemasan (botol cecair, penyumbat tayar, jek kereta), dan ‘sunblind’ di bahagian belakang yang masih lagi berfungsi dengan cemerlang.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 21

Ciri menarik yang amat dialu-alukan pada kereta moden.

Bagaimana perasaan memandu Wira C99 ini?

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 22

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 23

Terdapat banyak lagi perincian yang boleh kami kongsikan seperti kemasan trim kayu ASLI di papan pemuka, dan gril yang spesifik kepada varian, tetapi dalam artikel ini, kami ingin memberikan perhatian lebih khusus kepada pengalaman pemanduan.

Maklumlah, banyak media lain asyik-asyik melaporkan perkara yang sama, jadi kami di WapCar ini melihatnya dari sudut yang berbeza.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 24

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 25

Tempat duduk Recaro Enjoy dengan corak 90an memegang anda dengan begitu selesa, dan mencari kedudukan memandu yang ideal bukanlah sesuatu yang sukar sama sekali.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 26

'Heatshield' manifold asal kekal.

Walaupun ia merupakan sebuah kereta yang dilengkapi dengan pelbagai ciri homologasi, masih terdapat banyak lagi pelarasan dan penyesuaian yang boleh dilakukan. Malah penglihatan di sekeliling Wira C99 ini juga agak baik.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 27

Penyambung baru, kabel, serta skru bolt dan nat tergalvani member isyarat bahawa ini bukan sekadar baik pulih biasa.

Fokus pemulihan dan penambahbaikan pada trenkuasa ini begitu ketara sekali. Enjin 1.8 liter 4G93P yang telah melalui proses 'blueprint' ini ringan, lancar, dan senyap.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 28

Proses 'blueprint' ini kerap kali disebut oleh Encik Suriya pada kesemua projek restorasi C99 di DSR, tetapi anda jangan tersilap pula dengan mengatakannya ia adalah ayat glamor untuk baik pulih (overhaul)!

'Blueprinting' adalah proses pemesinan besar-besaran yang memakan masa, mengorek, mengasah, ‘squaring’, dan segala macam lagi untuk mengembalikan enjin ke toleransi yang lebih ketat daripada kilang.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 29

Dalam ayat yang ringkas, membina semula enjin ke keadaan lebih baik daripada yang baru.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 30

Hasilnya, ia adalah sebuah kereta yang sememangnya sesuai dengan legasi dan aura Wira berlegenda in. Penghantaran kuasa teramatlah lancar, termasuklah transmisi 5-kelajuan dengan yang klac ringan dan penukaran gear yang lembut, hampir setara dengan kereta pada zaman itu.

Angka 140 PS dan 167 Nm pada enjin 1.8 liter 4G93P ini mungkin bukan angka yang menakjubkan pada masa kini, tetapi ia terasa begitu sebati dengan casis ini.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 31

Ringan juga, sekitar 1,100kg sahaja.

Berbanding Wira standard, ia lebih keras dan tegap. Penggunaan tayar Goodyear moden dengan sisi yang keras memberikan input stereng yang begitu langsung.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 32

Antara poin tambahan lain ialah pengendalian casis. Ia amatlah mengagumkan, terutamanya dari segi meresap segala lekuk dan liku di jalan raya.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 33

Sebahagian dari kehebatan pengendaliannya berasal daripada kekuatan pakar yang dipilih sendiri oleh DSR. Fawster Suspension, milik anak tempatan dan pemandu profesional Faidzil Alang telah menggabungkan strut Satria GTI dengan gegelung daripada Wira SE, serta ‘mangkuk’ strut yang lebih rendah untuk memastikan geometri suspensi yang lebih optima, Wira ini menawarkan perjalanan yang selesa di samping pengendaliannya yang hebat.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 34

Ia adalah sebuah kereta yang sangat komunikatif, tidak pernah terasa kekok, mempunyai dinamik casis yang mantap, dan paling penting - mempunyai jiwa pemanduan yang amat menusuk kalbu.

Ikon dan khazanah Malaysia?

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 35

Ini mungkin kedengaran seperti terlalu ‘over’, tetapi kami rasa yang Wira 1.8 EXi ini berada pada taraf yang sama dengan Lancer Evolution, Impreza WRX STI, malah juga Toyota GR Yaris.

Apa yang membuatkannya kami berkata sebegitu? Seperti yang kami sebutkan, ia adalah sebuah kereta yang mampu anda ‘belasah’ di hujung minggu ataupun di trek, tetapi pada masa yang sama selesa untuk membawa ahli keluarga/isteri/rakan-rakan berjalan.

Juga baca: Top 10 - Proton Wira yang ‘rare’ dan unik!

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 36

Yang penting, harga barang tidaklah terlalu mahal dan banyak alat ganti masih boleh lagi dicari (melainkan yang unik kepada kereta ini sahaja).

Terdapat banyak poin yang saya suka tentang mengenai Wira C99, dan ia membuatkan saya terasa sayang lebih kepada Wira 1.5 GL standard milik saya.

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 37

Mhmm barang baru...

Antara pendapat yang saya dan Encik Suriya setuju adalah kereta-kereta sebegini patut dipelihara untuk generasi akan datang agar mereka tahu Proton bukan setakat sebuah syarikat yang menjual SUV daripada China, tetapi mereka lebih daripada itu.

Juga baca: Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu!

Bagaimana 'feel' memandu Proton Wira 1.8 EXi LE 1996 pada tahun 2021, 25 tahun kemudian? 38

Tidak dapat dinafikan, untuk wang yang tuan punya badan belanja untuk projek restorasi Wira ini, anda boleh membeli sebuah Perodua Axia baru. Namun begitu, kepuasan memiliki lagenda, ikon, dan juga perincian yang telah dihasilkan oleh DSR, membuatkan jumlah itu terasa seperti biasa sahaja. Hidup Proton Wira.

Terima kasih kepada Dream Street Restoration kerana menjemput saya dan Sanjay, rakan sekerja di WapCar untuk mengetahui apakah yang membuatkan Wira ini ‘crème de la crème.

@wapcar_zamil

Terima kasih kepada Dream Street Restoration kerana bagi chance test drive! ♥️ ##learnontiktok ##fypmalaysia ##carmalaysia ##kelastiktok ##belajaronline ##jombelajar ##malaysia ##ilmu ##proton ##protonwira ##wira ##lancer ##lancerevo ##mitsubishi ##rally ##wrc ##r3 ##momo ##recaro ##legend

♬ Despair (抖音热播) - 初梦

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda