window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu!

Zamil Syaheer · Jun 5, 2021 11:59 AM

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 01

Proton Waja iaitu sebuah lagi kereta keluaran Proton telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada 8 Mei 2000.

Kereta Proton Waja ini merupakan sebuah model yang katanya direka sepenuhnya oleh anak tempatan dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 1 bilion untuk kos reka bentuk dan kejuruteraan fizikal. 

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 02

Imej oleh Motormuse.

Dalam menyempurnakan pembuatan model Waja ini. Proton memerlukan masa selama 1.7 juta jam dengan menggunakan tenaga kerja seramai 300 jurutera.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenderaan ini dihasilkan dalam dua bentuk iaitu model GX 1.6 liter 4 silinder yang menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 SOHC dan GX 1.8 liter dengan menggunakan enjin Renault F4P DOHC.

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 01

Model Proton Waja ini menggunakan 95 peratus kompenen tempatan dan telah berjaya menjimatkan RM 400 juta hasil wang negara dari mengalir keluar akibat dari kos mengimport komponen.

Kenderaan ini juga memiliki casisnya sendiri dan dijangkakan sebanyak 40,000 hingga 60,000 unit akan dikeluarkan dalam tempoh masa setahun.

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 02

Dari aspek ciri-ciri keselamatan pula Proton Waja mempunyai beg udara dan ABS (varian 1.8 sahaja) yang akan melindungi pemandu dari kecederaan akibat kemalangan. Selain itu juga Proton Waja memiliki struktur rangka yang kukuh dua kali ganda dari model-model keluaran Proton sebelum ini.

Enjin-enjin yang digunakan oleh model Proton Waja ini telah mendapat kelulusan piawaian ‘European Step’ dan mampu mencapai kelajuan 186 km/j bagi model Waja 1.6 dan kepantasan mendaki ialah 12 saat dari 0 km/j ke 100 km/j.

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 03

Antara fakta lain yang menarik tentang Proton Waja adalah:

Proton membeli hakcipta platform ini, secara tak langsung menjimatkan Proton sebanyak RM 500 juta bagi jangka hayat Waja. Harganya bermula pada RM 58,000 untuk varian aras mula sehingga RM 63,000 untuk varian tertinggi.

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 04

Casis Proton Waja. Imej oleh Dreamstime.

Platform Waja diasaskan dari platform kolaborasi diantara Volvo (S40) dan Mitsubishi (Carisma) tetapi diubah oleh sebuah agensi kejuruteran Jerman, EDAG untuk mengukuhkannya agar ia lebih selamat dan selesa.

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 05

Proton sebenarnya ada pelan untuk menghasilkan Waja versi diesel dengan enjin 1.9L dari Renault, tetapi ia dibatalkan atas faktor tidak sesuai.

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu! 06

Merekalah yang menala suspensi Waja anda. Imej oleh Wan Ahmad Farouk.

Sistem gantungan Waja ditala oleh jurutera-jurutera Proton sendiri (salah seorangnya adalah Wan Ahmad Farouk, pengasas F Tuned Racing Suspension, produk anak tempatan) yang kemudiannya mendapat pengiktirafan dari anak syarikat Proton - Lotus.

Juga baca: 20 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah?

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda