window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu!

Zamil Syaheer · May 31, 2021 09:00 AM

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 01

Pada 21 Mei 1993, Perdana Menteri keempat pada masa itu, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan model terbaru Proton yang diberi nama Proton Wira bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 02

Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut Y.Bhg. Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), Tan Sri Dato’ Jamil Bin Mohd Jan dan Presiden Mitsubishi Motors Corporation, Dr. Hirokazu Nakamura.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 01

Proton Wira adalah Proton generasi baru yang lebih aerodinamik, berciri moden, canggih dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk penumpang. Ia mengambil masa selama empat setengah tahun untuk dikembang.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir mengesa Proton agar meningkatkan usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk memastikan kereta nasional terus berkemampuan menandingi prestasi kereta lain di pasaran antarabangsa.

Beliau juga berharap agar dengan adanya Proton Wira ini, usaha mencari pasaran baru dapat dipertingkatkan lagi.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 02

Pelancaran model terbaru ini juga melenyapkan berbagai- bagai anggapan negatif mengenai keupayaan rakyat Malaysia untuk menerima pindahan kemahiran berteknologi tinggi. Model terbaru Proton ini adalah hasil ciptaan, penyelidikan, rekaan serta usaha rakyat Malaysia.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 03

Lebih daripada itu, penyesuaian kilang Proton dan alat-alatnya untuk mengeluarkan kereta hari ini adalah juga hasil usaha jurutera dan pekerja tempatan. Dengan ini sebahagian daripada matlamat Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tempatan dalam bidang 'engineering' termasuk 'production engineering' sudahpun tercapai.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 04

Pada masa itu, terdapat lebih daripada 400,000 kereta Proton di jalanraya seluruh negara. Ini membuka peluang untuk satu lagi industri yang penting -- iaitu industri 're- condition- ing' kereta lama.

Dengan adanya industri ini, kereta yang telah dipakai bukan sahaja akan mempunyai kualiti yang baik, tetapi ada kemungkinan ianya juga dieksport jika harganya berpatutan.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 05

Pelancaran model terbaru ini merupakan satu lagi detik bersejarah dalam perkembangan dan kemajuan industri kereta negara.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 06

Ia merupakan satu kebanggaan dan kejayaan Malaysia yang telah membuktikan kemampuannya menerokai teknologi dalam industri automobil melalui satu proses perancangan, penyelidikan, pembangunan dan kepakaran kejuruteraan yang dimiliki anak-anak tempatan.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu! 07

Siapakah diantara para pembaca WapCar yang masih atau pernah memiliki Proton Wira? Saya sendiri masih lagi memandunya di jalanraya, dan jika anda memerlukan petua menaik taraf keselamatan kereta ini (maklumlah ia kereta nombor satu yang kerap dicuri di Malaysia, kami ada beberapa cadangan untuk anda.

Sumber imej: Jabatan Penerangan
Sumber maklumat: Koleksi Arkib Ucapan PMO 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda