window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit!

Faisal · Oct 5, 2022 04:00 PM

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit! 01

Proton nampaknya mengakhiri jualan suku ketiga tahun 2022 dengan pencapaian terbaik untuk kategori jualan suku tahun ini. Untuk September sahaja, jualan domestik dan eksport Proton mencecah 14,872 unit. Malah, untuk tiga bulan yang lepas, mereka berjaya menjual sehingga 42,229 unit. Untuk tahun ini setakat sekarang, jualan year-to-date (YTD) yang terkumpul pula sudah mencapai 102,353 unit.

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit! 02

Prestasi ini sebenarnya menunjukkan peningkatan 40.2% berbanding 9 bulan pertama tahun 2021. Malah, ini tahun ke-4 berturut-turut mereka mencapai jualan 100,000 unit dan yang hebatnya kali ini adalah Proton memperolehnya 2 bulan lebih awal berbanding tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSegmen SUV, sedan dan MPV julang Proton ke rekod jualan domestik dan eksport terbaik dalam 9 tahun!

Setakat September, bahagian pasaran Malaysia yang Proton pegang dianggarkan pada 23.8%.

Produksi Saga dan X50 telah mula stabil

Setelah berhadapan dengan isu bekalan komponen yang berpunca daripada banjir Disember tahun lepas, Covid-19 serta mikrocip global yang terhad, volum produksi Proton telah mula stabil.

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit! 01

Secara tidak langsung, stok SUV paling laku di Malaysia iaitu Proton X50 telah banyak dan pada September lepas sahaja, sebanyak 4,517 unit telah diserahkan. Malah untuk 4 bulan terakhir, lebih dari 4,000 unit telahpun diserah kepada pemilik. Untuk 9 bulan pertama tahun ini, jualannya juga mencecah 29,591 unit, melonjak 78.2% berbanding tahun 2021.

Juga bacaJualan Proton untuk Februari 2022 melonjak 107%, X50 capai 100,000 tempahan sejak lancar

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit! 02

Selain itu, Proton Saga pada September lepas juga meraih jualan bulanan tertinggi, iaitu pada 6,442 unit. Untuk 9 bulan pertama tahun ini, sedan segmen A Proton ini telah meraih 40,603 jualan, meningkat 49.3% berbanding tahun lalu.

Juga bacaJualan Proton naik 41.2%, Proton Saga dan eksport pecah rekod hampir 9 tahun?

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit! 03

Proton X70 pula kekal menerajui pasaran SUV segmen C di Malaysia dengan penyerahan sebanyak 1,730 unit pada September lalu. Kalau anda nak tahu, jualan YTD buat model ini sudah mencapai 14,145 unit, meningkat 32.1% berbanding tahun lepas.

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit! 04

Dengan penyerahan sebanyak 418 unit pada September lepas, Exora juga masih kekal popular walaupun ada pesaing baru. Malah, jualan YTD buat MPV ini mencecah 3,108 unit, naik 15.6% berbanding tahun 2021.

Juga bacaProton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard!

40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit! 05

Apapun, jualan Persona dan Iriz pada September lalu masing-masing jatuh 2.3% (1,159 unti) dan 13.2% (606 unit). Jualan setakat 9 bulan pertama tahun ini pula masing-masing setakat 10,787 unit dan 4,119 unit.

Prestasi jualan Proton untuk September 2022 (termasuk eksport)
Model Unit terjual Jualan YTD
Saga 6,442 40,603
Persona 1,159 10,787
Iriz 606 4,119
X50 4,517 29,591
X70 1,730 14,145
Exora 418 3,108
Jumlah 14,872 102,353

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda