window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun!

Faisal · Nov 3, 2022 04:00 PM

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 01

  • Prestasi jualan tahun ini setakat Oktober sudahpun mengalahkan tahun 2021
  • 115,366 unit merupakan jumlah jualan tertinggi dalam tempoh lapan tahun
  • Tahun ini, sudah hampir 50,000 SUV Proton telah diserahkan

Proton nampaknya memulakan suku akhir tahun 2022 dengan pencapaian tinggi yang mana sebanyak 13,013 unit (domestik + eksport) telah terjual pada bulan Oktober, sekaligus melonjakkan jualan kepada 115,366 unit. Untuk maklumat anda, prestasi mereka sudahpun mengatasi 114,708 unit yang dicapai sepanjang tahun 2021 dan ia merupakan hasil jualan terbaik syarikat sejak tahun 2014. Pencapaian ini juga bermakna menunjukkan peningkatan jualan YTD sebanyak 33.10% untuk sepuluh bulan pertama pada tahun ini dan angka itu dijangka terus meningkat dalam dua bulan terakhir tahun 2022.

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 02

Untuk pengetahuan anda, Proton kini menduduki tempat kedua dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 21.1%, manakala angka pegangan pasaran YTD telah merosot sedikit kepada 19.9%. Keseluruhan total industry volume (TIV) Malaysia untuk Oktober dianggarkan melebihi 60,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut dan pasaran automotif kita juga dalam perjalanan untuk memecahkan rekod jumlah jualan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan SUV Proton hampir cecah 50,000 unit manakala eksport sudah cecah paras tertinggi dalam sembilan tahun

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 01

Tidak sampai empat tahun selepas melancarkan SUV pertama pada 12 Disember 2018, Proton sudahpun menguasai segmen B dan C dan mereka juga muncul sebagai jenama SUV paling laris di Malaysia. Proton X50 yang menjadi peneraju jualan nasional bagi segmen B sebagai contoh telah menyerahkan 3,602 unit pada bulan Oktober. Jumlah yang terjual setakat tahun ini adalah 33,193 unit. Proton X70 pula mencapai 1,391 unit pada bulan lepas dan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 15,536 unit. Jadi setakat ini, sebanyak 48,729 unit SUV Proton telahpun diserahkan untuk tahun 2022.

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 02

Kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, “Pertumbuhan volum empat tahun berturut-turut Proton bersamaan dengan kemasukan jenama itu ke pasaran SUV dengan Proton X70. Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan walaupun terdapat pelancaran saingan baharu, model itu kekal sebagai peneraju kelas dan malah dinamakan sebagai SUV Besar Terbaik di Anugerah Pilihan Editor Carsifu 2022. Oleh itu, untuk meraikan ulang tahun yang ke-4, kami menawarkan hadiah yang terdiri daripada aksesori bernilai RM1,499, kadar faedah serendah 2.52% dan banyak lagi tawaran menarik daripada pengedar kami jika pelanggan membeli Proton X70 pada bulan November”.

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 03

Walau bagaimanapun, model Proton terlaris kekal jatuh kepada Proton Saga yang mana sebanyak 5,262 unit telah diserahkan pada bulan Oktober, sekaligus menjadikan jumlah jualan YTDnya pada 45,965 unit. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 42% berbanding tahun sebelumnya dan ia membuktikan model yang dikemas kini dan dilancarkan pada 12 Mei lepas sebenarnya lebih popular berbanding model sebelumnya.

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 04

Sementara itu, Proton Persona dan Proton Iriz juga turut menunjukkan peningkatan jualan. Dengan 1,697 unit diserahkan pada bulan Oktober, Proton Persona kini mendahului sebanyak 0.4% daripada jumlah volum pada tahun sebelumnya, manakala Proton Iriz mencapai 661 unit pada bulan lepas. Proton Exora pula kekal menerajui MPV segmen C dan dengan 400 unit diserahkan, jumlah volum untuk tahun 2022 kini berada pada 3,508 unit.

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 05

Selain daripada kejayaan pasaran tempatan, jumlah pertumbuhan volum Proton untuk tahun 2022 juga telah dirangsangkan oleh prestasi bahagian eksportnya. Oktober lalu, sebanyak 416 unit dieksport telah dicapai, iaitu dengan peningkatan jumlah volum eksport kepada 4,741 unit. Kalau anda nak tahu, ini adalah prestasi terbaik eksport Proton sejak tahun 2013. Sama seperti jualan domestik, Proton Saga adalah model paling banyak dijual di pasaran luar dengan 2,106 unit, diikuti oleh Proton X70 dengan 1,608 unit setakat ini.

Jualan YTD Proton untuk 2022 sudah mengalahkan tahun 2021, paling laris dalam 8 tahun! 06

Juga baca40.2% lagi laku berbanding 2021, jualan YTD Proton setakat S3 2022 dah cecah 100,000 unit!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda