Pengumpul kereta terkenal, JP Chin, tunjuk koleksi berharganya di JPM Museo - 100 buah pelbagai jenis!
Mersita · Jun 29, 2023 06:00 PM
0
0
Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertumpukan kereta dan kita juga ada sepasang jenama otomobil tempatan yang dibanggakan sepanjang meningkat dewasa. Selain daripada pameran-pameran bermusim dan festival meraikan peminat kereta, tak banyak muzium atau lokasi tetap yang menayangkan sejarah otomotif negara secara berterusan.
Sebuah Bufori di National Automobile Museum dan kereta-kereta yang ditayangkan di Muzium Nasional
Jika ada sekalipun, ia hanya menayangkan sebahagian kecil koleksi kenderaan seperti National Automobile Museum di Litar Antarabangsa Sepang dan Muzium Nasional yang diisi hanya oleh beberapa buah kereta.
Proton Saga dipamerkan di COE
Mungkin ada yang menganggap Centre of Excellence (COE) Proton di Subang Jaya sebagai satu bentuk muzium bagi pengeluar kereta pertama Malaysia, namun koleksinya tidaklah sebesar jenama lain di luar negara. Barangkali rakyat Malaysia âtak layanâ aktiviti menghargai dan menambah ilmu tentang sejarah otomobil negara sendiri.
Mujur seorang pengumpul kereta yang cukup tersohor di kalangan peminat-peminat tegar tempatan mengambil keputusan untuk membenarkan orang awam menyaksikan sendiri sebahagian daripada koleksi peribadinya. Muzium bergelar JPM Museo ini ditubuhkan oleh Chin Jit Ping - juga dikenali sebagai JP Chin - dan terletak di Jalan Teknologi, Kota Damansara.
Berbekalkan sekitar 100 buah kereta dan motosikal, koleksi di muzium ini nampak seperti kotak Hot Wheels dalam saiz hidup. Inilah satu-satunya muzium di dunia yang mempamerkan McLaren P1, Benz Patent Motorwagen roda 3, dan Perodua Kancil semuanya di satu lokasi yang sama.
Anak JP Chin, Cassius, menjadi pemandu pelancong kami
Pastinya, 97 lagi kereta di dalam muzium tersebut mempunyai kisah tersendiri yang tak kurang keunikannya. Kami berterima kasih kepada JPM Collections yang sudi menjemput beberapa kumpulan media untuk melihat sendiri pameran yang disediakan, diiringi oleh anak lelaki En. Chin, Cassius. Dia menceritakan kisah-kisah di sebalik kereta yang dipamerkan; antaranya kenapa dan bagaimana setiap kereta diperolehi.
Kami juga diberi peluang untuk mengalami sendiri ngauman V12 daripada Ferrari 599 dan juga demonstrasi tentang cara menghidupkan enjin satu silinder di dalam kereta ciptaan pertama dunia. Kami sememangnya leka mendengar sejarah menarik yang menggambarkan bagaimana dunia otomotif berkembang sejak 140 tahun lalu apabila Karl Benz menyambung enjin pada pedati tanpa kuda.
Selain mendengar sejarah kereta dari abad lalu, pengunjung juga cukup tertarik dengan beberapa buah kereta daripada filem-filem terkenal seperti DeLorean dari Back to the Future â lengkap dengan âstainless steel bodyworkâ berkilau â dan juga model-model jarang jumpa seperti Mercedes-McLaren SLR.
Seluruh muzium ini dibahagikan kepada seksyen-seksyen berbeza; dimana setiap satunya didedikasikan kepada negara asal seperti Jepun dan Itali, ataupun tema seperti kereta dari filem, sukan permotoran, dan kereta âvintageâ bersejarah.
JPM Museo akan dibuka kepada orang awam pada Julai dan mereka yang berminat untuk mendapatkan tour perlu membeli JPM Museo Merch Kit di laman sesawang JPM Lamoda terlebih dahulu. âMerch kitâ ini dijual pada harga RM 250 bagi setiap seorang dan ia disertakan dengan beg saguhati premium berisi:
Satu t-shirt âoversizedâ
Satu topi JPM
Satu âlanyardâ
Pelekat JPM
Baucar JPM Lamoda dan makanan/minuman
Klik pada imej di atas untuk menempah tour di JPM Museo
Bagi bulan pertama operasinya, JPM Museo menawarkan harga istimewa âearly birdâ iaitu RM 180 untuk âmerch kitâ berserta âtourânya sekali. Setakat waktu penulisan, JPM Museo menyediakan 4 tarikh untuk pengunjung iaitu 8 - 9 Julai dan 29 - 30 Julai 2023. Terdapat 3 sesi untuk setiap hari ia dibuka; iaitu pada 10 am - 12 pm, 1 pm - 3 pm, dan 4 pm - 6 pm.
Setiap sesi tour terhad hanya untuk 20 pengunjung pada satu-satu masa dan mengikut âa first-come, first-serve basisâ. Keutamaan akan diberi kepada âcar groupsâ yang juga layak menerima diskaun istimewa.
Ini barulah âpop and bangsâ betul!
Jika anda berminat untuk melihat sendiri koleksi eksklusif ini yang dipenuhi 100 buah kereta dari 1886 sehinggalah ke masa kini, bolehlah berkunjung ke JPM Museo. Nak buat âcar meetâ pun seronok, boleh pergi ramai-ramai!
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.