Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan!

Zamil Syaheer ยท Aug 28, 2021 11:59 AM

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 01

Sebut saja nama Honda, tak sah kalau tak sebut enjin VTEC. Teknologi yang bermula sejak 30 tahun lepas ini telah mengalami pelbagai penambahbaikan dan evolusi saban tahun.

Namun kami yakin kenapa ramai yang suka VTEC adalah disebabkan oleh model-model berpretasi seperti Civic Type R yang berlegenda, menawan hati dengan jeritan enjin ‘over 9,000!’

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 02

Ori EK9, bukan 'convert' dari EK4

VTEC adalah singkatan dari Variable Valve Timing & Lift Electronic Control. Pada dasarnya, ia menggunakan Variable Valve Lift (VVL), yang membolehkan gabungan dua ciri enjin menjadi satu enjin dan boleh bertukar antara satu sama lain semasa enjin sedang berjalan.

Kami telah memperincikan sistem VTEC dan anda boleh membacanya di sini.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 01

Sampai ada yang rempuh kedai makan

Seperti yang kita ketahui, penggunaan tenaga elektrik akan menggantikan enjin pembakaran dalaman pada masa akan datang. Oleh itu, untuk meraikan pencapaian Honda dalam beberapa dekad terakhir ini, kami telah menyusun senarai enjin VTEC kegemaran kami.

Juga baca: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

5. B16A (1989)

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 02

Kereta pertama yang menggunakan sistem VTEC ialah Honda Integra 1989. Pada generasi pertama, enjin B16A 1.6 liter 4-silinder DOHC VTEC menghasilkan 162 PS pada 7,600 rpm dan 150 Nm pada 7,000 rpm, yang hingga hari ini, masih agak mengagumkan untuk enjin aspirasi natural.

Ia adalah enjin pertama yang mempunyai aspirasi natural arus perdana yang mencapai angka 100 PS / liter. Secara teknikal, kereta produksi pertama yang menghasilkan 100 PS / liter adalah Ferrari 250 GTO, tetapi ia bukanlah sebuah kereta arus perdana.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 03

Selama bertahun-tahun, enjinnya mempunyai banyak variasi dan peningkatan, walaupun reka bentuk dasarnya dikatakan tidak berubah. Ia dihasilkan sehingga awal 2000-an dan digantikan dengan enjin siri-K.

4. C30A

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 04

Honda NSX adalah percubaan pertama Jepun untuk membuat supercar, walaupun ada yang berpendapat bahawa ia adalah sebuah kereta sport yang dek kerana angka prestasinya yang bukanlah level supercar, tetapi jangan sampai kita terikat dengan istilah yang tidak tepat.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 05

Pada tahun-tahun pertama pengeluarannya, NSX dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 DOHC VTEC aspirasi natural yang menghasilkan 274 PS pada 7,300 rpm dan 284 Nm pada 6,500 rpm. Ini adalah enjin kedua yang menampilkan sistem VTEC setelah B16A.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 06

Honda NSX dikembangkan pada saat Honda sedang bergiat aktif dalam program Formula 1, memenangi Kejuaraan Pemandu berturut-turut dengan barisan pemandu seperti Nelson Piquet, Ayrton Senna, dan Alain Prost.

Bercakap tentang mendiang Senna, salah satu video pemanduannya yang paling popular menampilkan NSX.

3. B18C (1995)

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 07

Enjin ini disebut-sebut sebagai "ultimate VTEC" dan amat mudah untuk mengetahui sebabnya. Enjin 1.8 liter 4-silinder DOHC VTEC menghasilkan 200 PS pada 8,000 rpm dan tork maksimum 178 Nm pada 7,200 rpm.

Model pertama yang menggunakan enjin ini adalah Honda Integra Type R 1995 (DC2).

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 08

Wartawan di seluruh dunia mengatakan "Honda Integra Type R DC2 merupakan kereta prestasi pacuan roda depan terhebat yang pernah ada" dan "kereta pacuan roda depan terbaik yang pernah wujud”. Semestinya, kenyataan ini disebut pada tahun 1995.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 09

Memandangkan model ini amat jarang untuk ditemui, Honda Integra Type R DC2 adalah salah satu daripada banyak model pasaran domestik Jepun (JDM) yang nilainya kian meningkat pada masa ini.

2. F20C

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 10

Pada tahun 1999, Honda memperkenalkan salah satu roadster kegemaran dunia sepanjang masa - Honda S2000. Ia adalah kenderaan sport pacuan roda belakang dengan enjin depan dengan bahagian bumbung yang boleh dibuka.

Ia menggunakan enjin 2.0 liter 4-silider DOHC VTEC aspirasi natural F20C yang menghasilkan 250 PS pada 8,600 rpm dan tork maksimum 203 Nm pada 7,500 rpm.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 11

Enjin itu memegang rekod untuk output spesifik tertinggi enjin aspirasi natural dalam sebuah kereta produksi, dengan 125 PS / liter. Selepas lebih daripada 10 tahun kemudian, barulah Ferrari mengambil takhta tersebut dengan model 458 pada tahun 2010, itupun hanyalah tambahan 1 PS / liter.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 12

Enjin F20C juga telah memenangi beberapa anugerah enjin terbaik berturut-turut selama bertahun-tahun dari 2000 hingga 2003. Sama seperti DC2 Integra Type R, Honda S2000 telah menyaksikan kenaikan harga yang ketara selama bertahun-tahun di pasaran kereta terpakai.

1. K20A

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 13

Enjin siri-K mendorong sejumlah besar model Honda dari awal 2000-an hingga pertengahan 2010-an, dan masih menjalankan khidmatnya pada beberapa model terbaru seperti Honda Civic Type R (FK8), yang menggunakan enjin K20C.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 14

Pilihan kami untuk enjin siri K terbaik adalah K20A, khususnya varian berprestasi tinggi pada model Type R seperti DC5 Integra Type R dan FD2 Civic Type R. Dalam versi yang paling kuat, ia menghasilkan 225 PS pada 8,000 rpm dan tork puncak 215 Nm pada 6,100 rpm.

Top 5: Enjin VTEC dari Honda yang TERBAIK pernah dihasilkan! 15

Sebilangan daripada kami di WapCar cukup bernasib baik apabila diberi peluang untuk merasai kekuatan enjin K20A di Civic Type R FD2, dan banyak perkataan yang tidak boleh disebutkan disini telah keluar daripada mulut masing-masin.

Ini adalah pengalaman asli terakhir dari era VTEC berprestasi tinggi dengan aspirasi natural, sebelum peraturan pelepasan memaksa Honda untuk menghentikan produksi enjin ini.

Inilah dia, Top 5 enjin VTEC berlegenda kesukaan kami. Adakah anda setuju dengan senari ini? Tinggalkan komen di bawah.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru