window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman!

Haris · Jul 20, 2021 02:00 PM

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 01

Terdapat beberapa model retro klasik yang sangat diidam-idamkan peminat kereta secara global misalnya Nissan Skyline GT-R atau Toyota Supra A80. Model kereta keluaran tahun 90-an sepertu yang disebutkan memang direka supaya malar segar justeru apakah rekaan kereta malar segar zaman milenium ini?

Menurut Frank Stephenson, Honda CR-Z berkemungkinan menjadi kereta dengan rekaan malar segar atau retro klasik masa hadapan untuk era 00-an.   

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Resume yang tidak asing lagi, Frank Stephenson adalah pereka yang bertanggungjawab untuk beberapa rekaan ikonik abad 2000 antaranya MINI generasi pertama, BMW X5 E53, Ferrari F430, Fiat 500, Maserati Quattroporte, Maserati MC12 dan McLaren 720S.

Dalam video terbaru ini, beliau telah menyenaraikan sebanyak 8 kereta yang berpotensi menjadi retro klasik masa depan.

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 01

Antara kereta yang disenaraikan adalah Alfa Romeo Brera (beliau ada 2), BMW Z4 Coupe, dan Honda S2000. Beliau kemudiannya menambah bahawa Honda CR-Z juga boleh dilihat sebaris dengan nama-nama yang disebutkan dari segi reka bentuk coupe hibrid.

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 02

Frank Stephenson berpendapat bahawa Honda CR-Z adalah model yang sangat baik, pewaris terbaik evolusi CR-X (dari segi rekaan) dan bentuk keseluruhan coupe hibrid tersebut memanfaatkan ciri reka bentuk Honda CR-X yang klasik.

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 03

Ciri 'hidup' juga adalah antara ciri rekaan yang bagus. Sebagai rujukan, MINI generasi pertama diilhamkan daripada anjing 'bulldog' dari sudut pandangan hadapan yang juga merupakan ikon British.

Bagi beliau, Honda CR-Z pula kelihatan seperti seekor anjing yang ingin menerkam tetapi terikat pada tali cawak pada sudut pandangan sisi.

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 04

Beliau turut menyimpulkan bahawa reka bentuk Honda CR-Z menunjukkan kepada dunia bahawa kereta hibrid juga mampu kelihatan menarik tanpa perlu kompromi terhadap dinamik rekaan.

Hal ini kerana, kereta hibrid (pada era tersebut) selalu direka dengan tahap aerodinamik yang sangat tinggi untuk mengurangkan rintangan angin, meningkatkan efisiensi kereta tetapi mengurangkan nilai estetika. Lihat sahaja model seperti Prius dan Insight.

Mampukah ia mencapai harga 'cukai' JDM?

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 05

Cukai JDM adalah terma kepada harga tinggi tak masuk akal yang perlu dibayar untuk mendapatkan model JDM yang sedang hangat di pasaran. Justeru, adakah Honda CR-Z ini mampu mencapai harga cukai JDM ini?

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 06

Harga untuk Honda CR-Z terpakai kini bermula sekitar RM 40,000 dan ini sebenarnya agak berpatutan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan model ini, ikuti panduan kami seperti berikut. Jangan takut dengan model hibrid.

Baca: Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli ‘second hand’?

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 07

Jika anda rasa bahawa model ini boleh dijadikan pelaburan, perlu diingatkan bahawa setiap pelaburan ada risiko.

Malah, ia mungkin memerlukan sesuatu yang ikonik untuk mencapai harga tidak masuk akal seperti terlibat dalam satu penggambaran filem Hollywood atau pempengaruh (influencer) membeli kereta ini secara berduyun-duyun.

Bekas pereka Ferrari puji Honda CR-Z, antara rekaan terbaik sepanjang zaman! 08

Honda CR-Z adalah sebuah model sport hibrid di dalam pasaran yang niche, ditambah dengan pilihan transmisi kotak gear manual. Untuk diberikan status lagenda, mungkin masih belum lagi ketika ini tetapi siapa tahu, tuah CR-Z ada pada rekaannya?

Bacaan Lanjut:

Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan!

Honda Civic Type R EK9 terpakai harga RM 400k rekod dunia, tengok odometer dulu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda