window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris 2023 di Malaysia terima kemaskini kedua - naik RM 5k tapi ada bermacam pembaharuan

Faisal · Sep 18, 2023 03:15 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, pembaharuan untuk kali ini menyaksikan peningkatan harga seperti di bawah:

  • Yaris 1.5 E – RM 88,000 (naik RM 5,000)
  • Yaris 1.5 G – RM 91,600 (naik RM 3,600)

Secara teknikal, kemaskini kali kedua pada Toyota Yaris (CKD) ini memperkenalkan infotainment 9 inci bagi menggantikan unit 7 inci yang ada selama ini. Malah, ia hadir sekali dengan Apple CarPlay/Android Auto jenis nirwayar.

Toyota Yaris 2023 di Malaysia terima kemaskini kedua - naik RM 5k tapi ada bermacam pembaharuan 01

Antara pembaharuan lain yang diberi termasuklah:

  • Reka bentuk baru untuk meter kluster Optitron
  • Tempat duduk fabrik hitam baru
  • Pengecas nirwayar hadir standard
  • DVR dan sambungan telefon diberi standard

Toyota Yaris 2023 di Malaysia terima kemaskini kedua - naik RM 5k tapi ada bermacam pembaharuan 02

Di samping itu, kemaskini ini mula menawarkan piliihan bumbung berwarna hitam tetapi ia hanya untuk warna Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl.

Ciri seperti paddle shifter dan roda stereng berbahan kulit pula kekal untuk varian 1.5G sahaja.

Selain daripada itu juga, Toyota Yaris kekal dengan enjin 1.5L NA 2NR-FE (107 PS, 140 Nm) yang digandingkan dengan transmisi CVT.

Toyota Yaris 2023 di Malaysia terima kemaskini kedua - naik RM 5k tapi ada bermacam pembaharuan 03

Ciri keselamatan juga kekal standard dengan penawaran 7 beg udara dan ADAS Toyota Safety Sense (TSS) pada kedua-dua varian yang merangkumi:

  • Pre-Collision System
  • Lane Departure Alert
  • Blind-Spot Monitors
  • Rear Cross-Traffic Alert

Untuk pengetahuan anda, Toyota Yaris datang dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda