window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris kemaskini 2023 - kekal RM 83k, port pengecasan USB-C, dah ada "paddle shifter"!

Haris · May 9, 2023 09:00 AM

Toyota Yaris kemaskini 2023 - kekal RM 83k, port pengecasan USB-C, dah ada

  • Port USB-C baru, paddle-shifter, estetika dalaman baharu
  • Varian asas J digugurkan
  • Berharga dari RM 83k hingga RM 88k

UMW Toyota Motor telah mengemas kini Toyota Yaris 2023 (NSP151) untuk tahun ini, kebanyakannya merangkumi perubahan kualiti dalaman. Perlu diingatkan, ini bukan model facelift sepenuhnya.

Kemas kini ini mengekalkan rupa tajam yang sama, dan harga juga kekal bermula dari RM 83,300 untuk Yaris 1.5E, kepada RM 87,600 untuk Yaris 1.5G.

Toyota Yaris kemaskini 2023 - kekal RM 83k, port pengecasan USB-C, dah ada

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam pada masa yang sama, varian asas Yaris 1.5J telah dihentikan. Antara kemaskini yang ditawarkan pada Toyota Yaris kemaskini 2023 ini adalah:

Toyota Yaris kemaskini 2023
Varian 1.5E 1.5G
Pembaharuan  - Roda stereng kulit lembut
- Paddle shifter

Tema merah / hitam pada kluster instrumen analog Optitron

Corak tempat duduk fabrik baharu

2x port USB Type-C di bahagian belakang

DVR belakang pilihan baru (dashcam), dengan sambungan telefon pintar

Pilihan tambahan untuk Toyota Yaris 2023 termasuk kamera belakang (RM 380) dan pengecas nirwayar (RM 490). Sumber yang arif mengenai perkara ini memberitahu bahawa Toyota Yaris 2023 mempunyai tempoh menunggu 2 hingga 3 bulan.

Toyota Yaris kemaskini 2023 - kekal RM 83k, port pengecasan USB-C, dah ada

Seperti sebelum ini, Toyota Yaris dikuasakan oleh enjin 1.5 liter yang disedut secara semula jadi, dengan 4-silinder sebaris menghamburkan 107 PS dan 140 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik jenis CVT. Rim 16-inci adalah standard, begitu juga lampu depan LED dan lampu ekor gabungan LED.

Toyota Yaris kemaskini 2023 - kekal RM 83k, port pengecasan USB-C, dah ada

Dari segi keselamatan, Toyota Yaris dilengkapi dengan sistem pra-perlanggaran (PCS), amaran pertukaran lorong (LDA), monitor titik buta dengan amaran trafik lintasan belakang (BSM, RCTA), dan kamera 360 darjah, bersama-sama dengan 7 beg udara.

UMW Toyota menyokong Toyota Yaris 2023 dengan jaminan perbatuan tanpa had selama 5 tahun.

Baca: Ujian semula membuktikan Toyota Vios menepati piawaian keselamatan; UMWT tidak memanggil semula (recall), jualan diteruskan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda