window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama!

Zamil Syaheer · Jun 25, 2022 06:00 PM

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 01

  • Seperti generasi kedua, HR-V generasi pertama ialah ‘gamechanger’
  • Varian 3 pintu adalah antara kereta yang paling banyak dijual pada tahun 1990-an
  • Ia membuka jalan untuk crossover kompak

Honda HR-V adalah salah satu crossover yang paling dikenali dan popular di Malaysia. Model generasi akan datang mungkin merupakan salah satu kereta yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2022. Namun, sebelum crossover menjadi begitu popular, baik kompak mahupun besar, HR-V yang pertama adalah model yang benar-benar unik.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 02

Malah, HR-V generasi pertama sangat berbeza sehinggakan ia( mungkin) tergolong dalam kategori uniknya sendiri. Walau bagaimanapun, setelah anda membaca rencana kali ini, persamaan antara barisan HR-V adalah lebih daripada sekadar nama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Ia pada asalnya merupakan salah satu siri konsep

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 01

Macam kenal...

Walaupun pada pertengahan 1990-an menyaksikan zaman Bubble Era kian merudum, terdapat beberapa idea liar yang dilontarkan oleh pembuat kereta Jepun. Berbanding dengan tahun 1980-an, idea-idea ini lebih ‘manja’, dimana pembuat kereta hanya menumpukan pada satu segmen pada satu masa.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 02

Secara kolektif, trio ini (dan S-MX) berada di bawah siri Creative Mover

Bagi Honda, ia mahu memperkenalkan beberapa model funky dalam beberapa tahun akan datang untuk pasaran belia yang semakin berkembang. Honda sedang mengalami perubahan yang menyegarkan dengan model baharu daripada siri "Creative Mover" yang terdiri daripada Odyssey, Stepwgn dan CR-V.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 03

25 tahun yang lalu, Honda ingat trend fesyen ini bakal wujud pada tahun 2022

Model tersebut menekankan konsep praktikal dengan cara yang unik kerana ia berkongsi platform yang sama dengan kereta penumpang biasa. Pelan ini direalisasikan dengan barisan odel konsep J-Mover di Pameran Motor Tokyo 1997.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 04

Dari atas kiri, mengikut pusingan jam: J-VX, J-MW, J-MJ, dan J-WJ

"J" bermaksud "Joyful" dan empat konsep telah ditunjukkan - kereta sport ringan J-VX (Value X), hatchback tinggi J-MW (Multi Wagon), kenderaan aktiviti sukan J-MJ (Multi Joyful), dan wagon J-WJ (Wild & Joyful).

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 05

Dari atas kiri, mengikut pusingan jam: Insight, Capa, Element, HR-V

Daripada empat konsep ini, hanya J-MW dan J-WJ akan memasuki pengeluaran, masing-masing sebagai Capa dan HR-V. Sementara itu, J-VX akan menjadi asas untuk Honda Insight yang pertama manakala beberapa elemen J-MJ akan dilihat pada Honda...Element.

2. R di tengah HR-V bermaksud evolusi

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 06

Daripada empat konsep itu, model J-WJ menjadi kegemaran di kalangan pasukan pembangunan kerana ia benar-benar unik. Tetapi, model Capa yang mengambil asas kereta konsep J-MW akan memasuki pengeluaran terlebih dahulu. HR-V akan dilancarkan pada September 1998.

Baca juga: Honda SUV e:concept di pratonton; sekilas reka bentuk Honda akan datang?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 07

Dalam siaran akhbar pelancaran Jepun HR-V, matlamat Honda adalah untuk mencipta "genre kereta baru yang sepadan dengan bandar, orang ramai dan perasaan masa depan".

Dengan gabungan keseronokan pemanduan yang menarik, ciri praktikal yang meluas, tahap keselamatan yang tinggi, dan teknologi mesra alam, HR-V digembar-gemburkan oleh Honda sebagai revolusi untuk generasi akan datang.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 08

Big H mengambil perkataan "R" itu secara literal kerana HR-V bermaksud "Hi-rider Revolutionary Vehicle". Bahagian tunggangan tinggi dianggap sebagai titik jualan terbesar untuk SUV, atau patutkah kita memanggilnya crossover terawal?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 09

Istilah lain yang Honda gunakan untuk mempromosikan tema "hi-rider" ialah perasaan seperti “menaiki jet” bagi menggambarkan perasaan tinggi daripada tanah. Macam-macam.

3. Cara pemasarannya adalah kapsul masa 1990-an

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 10

Bercakap tentang tahun 1990-an, brosur dan pengiklanan HR-V yang pertama sarat dengan tema pop bubblegum dan tema berwarna-warni. Terdapat juga gabungan moody grunge dan gangster rap – satu benda yang jarang ditemui pada masa kini.

Honda HR-V membuat debut rasmi pada tahun 1998 dan pada asalnya hanya ditawarkan dengan varian 3 pintu. Iklannya menampilkan kumpulan ska-pop Amerika, Save Ferris, sambal menampilkan tema yang sangat terang dan 'poppy' dengan ahli kumpulan melompat-lompat di sekitar crossover.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 11

Brosur dan risalah HR-V pun sarat dengan perkataan 'play’ di dalamnya. Walaupun begitu, varian HR-V mempunyai skema penamaan yang sangat mudah - J, J4, dan JS4. Sekali lagi, tema yang menggembirakan daripada konsep telah dibawa ke HR-V.

4. Anda hanya boleh mendapatkan HR-V di pengedar tertentu yang turut menjual S2000 dan NSX di Jepun

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 12

Sama seperti Toyota dan Nissan, Honda mempunyai rangkaian pengedar berasingan yang memenuhi keperluan model dan pembeli yang berbeza. Terdapat tiga rangkaian iaitu Honda Primo (kereta Kei dan model asas), Honda Verno (model prestasi dan khusus), dan Honda Clio (model mewah dan premium).

Juga baca: Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 13

Oleh kerana HR-V adalah model yang unik, ia hanya dijual di pengedar Honda Verno yang boleh dikenali dengan skema warna hijau. Pengedar Verno juga menjadi tempat pembeli yang ingin mendapatkan model prestasi legenda Honda seperti NSX, S2000 dan Integra Type R.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 14

Keseluruhan barisan Civic hanya dijual di pengedar Honda Primo termasuk Type R

Menariknya, Civic Type R hanya dijual di kedai Honda Primo bersama Civic biasa walaupun merupakan model berprestasi. Honda akhirnya akan menggabungkan tiga pengedar menjadi satu di bawah pengedar Honda Cars pada tahun 2006.

6. HR-V bukan produk eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 15

Honda HR-V asal bukanlah JDM walaupun ia mempunyai sorotan unik yang membuatkan ia tampak lebih sesuai di Jepun. Sebaliknya, HR-V juga dijual di Eropah, Australia, dan beberapa pasaran Asia. Di Malaysia, hi-rider hanya dijual melalui pengedar recond dan kami menemui beberapa untuk dijual secara dalam talian dari bawah RM 30k.

Baca juga: Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal?

HR-V popular di Eropah dengan ketinggian tinggi dengan saiz padat yang diminati ramai pembeli. Pembeli Eropah yang lebih muda berminat pada kereta yang kelihatan sangat unik dan ini adalah pada masa ketika pasaran crossover berada di peringkat awal.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 16

Malangnya, kejayaannya di Eropah tidak akan berulang di pasaran domestik seperti yang akan kami jelaskan kemudian.

6. Ia adalah salah satu model Honda pertama yang direka untuk lulus ujian kemalangan Jepun

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 17

Pada tahun 1995, Program Penilaian Kereta Baharu di Jepun (JNCAP) telah dilancarkan untuk meningkatkan prestasi keselamatan kereta model yang dijual di negara matahari terbit.

Tahap keselamatan tidak menjadi keutamaan bagi kebanyakan pembuat kereta Jepun tetapi ia berubah dengan cepat apabila piawaian keselamatan negara itu disemak untuk menjadikan ujian kemalangan hadapan sebagai keperluan untuk model baru.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 18

Berikutan itu, pembuat kereta mula mempromosikan ciri keselamatan dengan mencipta istilah mereka sendiri untuk teknologi zon renyuk mereka. Bagi Honda, ia dipanggil G-CON yang bermaksud G-Force Control dan HR-V adalah salah satu model pertama yang menampilkan teknologi ini.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 19

Bukan itu saja, Honda juga meletakkan keutamaan keselamatannya kepada mereka yang berada di luar. Bahagian hadapan HR-V menggabungkan pelbagai ciri untuk mengurangkan kecederaan kepala kepada pejalan kaki melalui reka bentuk hud hadapan, fender dan engselnya.

7. Ia berkongsi casis dengan pendahulu model Jazz

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 20

Walaupun ia  tinggi, dimensi HR-V meletakkannya dalam kategori yang sama dengan kereta kompak di Jepun. Ini kerana HR-V dibina pada casis yang sama dengan Honda Logo yang merupakan pendahulu kepada Honda Jazz yang amat dirindui.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 21

Reka bentuk tinggi menafikan dimensi kompaknya dan walaupun dengan kekurangan pintu belakang, HR-V generasi pertama sangat praktikal. Tempat duduk belakang boleh dilipat rata dengan pembahagian 50-50 dan walaupun dengan tempat duduk di atas, ruang kargo adalah luas.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 22

Walaupun HR-V dihentikan selama beberapa tahun antara generasi pertama dan kedua, tidak menghairankan bahawa generasi kedua lebih besar walaupun dibandingkan dengan varian 5 pintu yang diperkenalkan kemudian.

8. Enjin VTEC hanya tersedia pada varian 4WD

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 23

HR-V ditawarkan dengan dua enjin 1.6 liter, D16W1 4-silinder (105 PS/135 Nm) dan D16W5 VTEC (124 PS/138 Nm). Enjin tersebut dipasangkan dengan sama ada Multimatic S CVT atau transmisi manual 5-kelajuan tetapi hanya VTEC yang disertakan dengan pacuan 4 roda (4WD).

Baca juga: Apa yang membuatkan VTEC cukup istimewa?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 24

Trenkuasa bukan VTEC hanya ditawarkan pada varian pacuan roda hadapan (FWD) sahaja. Sistem 4WD Real Time telah dibawa dari CR-V yang dilancarkan beberapa tahun lalu.

Baca juga: Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 25

Sistem ini juga digunakan pada model lain sebelum pelancaran SUV pertama Honda seperti Acty dan Civic. Ia menggunakan pam hidraulik dwi pada gandar belakang dan diaktifkan hampir serta-merta apabila di atas rupa bumi kasar atau licin yang memerlukan lebih cengkaman.

Baca juga: Tahukah anda, Honda Jazz pernah dijual sebagai SUV Isuzu yang di-rebadge?

9. HR-V yang dikemas kini lebih pendek dari segi ketinggian

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 26

Pada Julai 1999, kurang setahun selepas ia diperkenalkan, HR-V telah diberi kemas kini yang menyaksikan pelancaran model 5-pintu yang 100 mm lebih panjang berbanding varian 3-pintu.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 27

Selain menambah lebih banyak ruang kaki belakang untuk penumpang belakang sambil mengekalkan ruang kargo yang luas, HR-V yang dikemas kini juga menyaksikan satu lagi peningkatan untuk masuk dan keluar dari SUV - ia menjadi lebih pendek. Jarak kelegaan tanah untuk HR-V dikurangkan daripada 190 mm kepada 175 mm.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 28

Satu lagi perubahan daripada model pra-kemas kini ialah skema warna dalaman dua tona funky yang telah dikurangkan kepada gabungan generik kelabu dan kelabu. Ia adalah permulaan kejatuhan HR-V.

10. Jualan di negara asalnya amat teruk

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 29

Versi Mugen pun tak laku...

Sayangnya, Honda HR-V tidak mencetuskan kegembiraan bagi kebanyakan pembeli Jepun atau mungkin ia terlalu ‘advanced’ daripada masanya. Pada mulanya, Honda menyasarkan untuk menjual 3,500 unit sebulan untuk crossover beraninya tetapi pada penghujung pengeluaran HR-V pertama pada 2005, ia mencatatkan purata jualan sebanyak 300 unit sahaja sebulan.

Baca juga: Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 30

HR-V asal mungkin dilancarkan dengan varian 3-pintu yang kelihatan funky jika difikirkan semula tetapi mempunyai pintu yang lebih sedikit merupakan hukuman mati dalam pasaran kereta Jepun, walaupun untuk sesuatu yang khusus.

Baca juga: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 31

Pengenalan varian 5-pintu pun tidak mencukupi untuk melonjakkan jualan HR-V di Jepun. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia lebih popular di Eropah dan mendapat pengikut kultus di pasaran di mana ia tidak dijual secara rasmi.

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 32

Selepas berehat selama 7 tahun, HR-V generasi kedua membuat penampilan sulungnya tetapi disebabkan penerimaan model yang lemah di Jepun, ia dipanggil Vezel di sana yang merupakan gabungan perkataan "vehicle" dan "bezel".

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 33

Tidak seperti HR-V asal, Vezel ternyata menjadi kejayaan besar di Jepun dengan kedua-dua generasi menjadi antara crossover terlaris negara.

Baca juga: Honda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang Honda HR-V generasi pertama! 34

Di luar Jepun, HR-V generasi pertama menjadi salah satu model nostalgia yang sipi walaupun kehadirannya terhad kepada beberapa pasaran. Lelaran semasa HR-V lebih popular tetapi ia lebih konvensional dan tidak ‘fun’ dan unik seperti model generasi pertama.

Baca juga: Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda