window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum?

Haris · Jul 24, 2021 02:00 PM

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 01

Duo MPV yang dekat dengan rakyat Malaysia iaitu Toyota Wish dan Honda Stream adalah antara MPV yang sangat digemari rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Walaupun tidak dibawa melalui saluran pengedar rasmi, kedua-duanya tetap menjadi pujaan peminat kenderaan tempatan.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 02

Kedua-dua MPV bertahan selama 2 generasi sekitar 15 tahun tetapi keputusan untuk menamatkan jangka hayat model ini sebenarnya bukan disebabkan oleh ledakan SUV dan crossover yang lebih moden.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebaliknya, ia digagalkan oleh pilihan pintu yang salah.

Bagaimana pintu menjejaskan jualan?

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 01

Untuk itu kita haruslah kembali ke negara asal model duo ini. Toyota Wish dan Honda Stream memang popular di Malaysia, Taiwan, dan Hong Kong namun kedua-dua minivan ini pada awalnya dibangunkan untuk pasaran Jepun di dalam minda pengeluar.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 02

Honda Stream

Dua MPV ini menarik ramai peminat untuk membelinya kerana dinamik pemanduan yang menyerupai sedan. Tidak hairanlah kerana Honda Stream dibangunkan berdasarkan Honda Civic manakala Toyota Wish berkongsi platform dengan Toyota Corolla Altis.

Walaubagaimanapun, di negara maju dengan usia median yang semakin tua, van mini ini kurang mendapat sambutan disebabkan oleh pintu.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 03

Toyota Wish

Situasi yang sama berlaku pada Toyota Passo Sette yang dibangunkan untuk pasaran Jepun gagal teruk. Di sini, ia didambakan ramai peminat dan dijelmakan sebagai Perodua Alza.

Baca: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Pintu menjadi ciri utama pembelian rakyat Jepun kerana kebanyakan keluarga di Jepun sekurang-kurangnya memiliki seorang warga emas dalam isi rumah. Oleh itu, pintu berengsel kurang diminati di sana.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 04

Sebuah kederaan/MPV dengan pintu gelangsar lebih sesuai kerana pergerakan masuk dan keluar lebih mudah untuk keluarga di Jepun. Tambahan pula, kebanyakan pintu gelangsar ini dibuka dan ditutup secara elektronik, lebih mudah bagi golongan yang mempunyai kemampuan terhad.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 05

Atas: Odyssey gen pertama. Bawah: Odyssey terkini

Maka itulah sebabnya model seperti Nissan Serena dan Toyota Voxy terjual lebih baik berbanding Honda Stream atau Toyota Wish. Jika anda tak percaya, lihat sahaja langkah Honda yang menukar pintu Honda Odyssey dari pintu berengsel ke pintu gelangsar untuk meningkatkan jualan.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 06

Walaupun reka bentuk sporty berjaya menarik perhatian keluarga yang lebih muda di luar Jepun, reka bentuk itu tidak dihiraukan di pasaran asal yang dirancang untuk model ini.

Pintu adalah segala-galanya

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 07

Dari kiri atas mengikut arah jam: Roomy, Alphard. Freed, dan Voxy

Satu lagi bukti lain yang menunjukkan kepentingan pintu dalam mendominasi angka penjualan boleh dilihat dalam carta jualan kereta di Jepun.

Menurut laporan terbaru JADA, 5 daripada 10 kereta terlaris di Jepun pada separuh pertama tahun 2021 menggunakan pintu gelangsar. Mengikut turutan - Toyota Roomy (ke-2), Toyota Alphard (ke-3), Toyota Voxy (ke-8), Honda Freed (ke-9), dan Toyota Sienta (ke-10).

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 08

Bukan kenderaan normal sahaja, populariti pintu gelangsar turut dilihat pada kereta Kei yang terkenal di Jepun dengan 3 kereta Kei terlaris pada tahun 2021 setakat ini - Honda N-Box, Suzuki Spacia, dan Daihatsu Tanto - mempunyai pintu gelangsar.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 09

Menariknya, trend yang terbalik pula dilihat di seluruh dunia. Honda Freed (pintu gelangsar) pernah dijual di beberapa pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia tetapi tidak menunjukkan prestasi jualan yang baik.

Sementara itu, Toyota Sienta masih ditawarkan di Thailand dan Indonesia tetapi tidak cukup hebat untuk dikira laris.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 10

Berdasarkan bukti, kegagalan dan kejayaan Toyota Wish dan Honda Stream berkait rapat dengan sambutan di pasaran domestik pengeluarannya. Di Jepun, usia masyarakat yang semakin tua memberi petunjuk bahawa kedua-dua MPV diabaikan kerana kurang praktikal.

Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum? 11

Sementara itu di negara lain, kos pembuatan yang rendah pada pintu engsel diterjemahkan kepada harga MPV yang lebih murah. Justeru, ia mencukupi untuk model-model ini memenuhi keperluan penduduk setempat.

Adakah SUV/crossover 7 penumpang bakal menggantikan MPV? Apa pula kata anda?

Bacaan Lanjut:

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia?

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat!

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda